16 ; Pickupline

659 39 0
                                        

🌸KookV🌸

.
.
.

"Pickupline"

Jeon Jungkook seorang pelajar dari kelas pertama. Tak hairanlah kalau jungkook memang benar-benar pintar dan bijak. Banyak pelajar yang cukup iri dengan jungkook.

Dia mempunyai otak yang cerdas dan bijak. Mempunyai tubuh badan yang ideal. Pandai menarik hati seseorang. Jeon Jungkook memang terkenal dengan badboy.

Nak kata dia jahat. Actually, jungkook tak jahat cuma nakal sedikit sahaja. Biasalah pelajar sekolah menengah tidak jahat hanya sahaja mereka nakal.

Itu sudah biasa, terlebih jungkook selalu menjadi buah mulut sekolah. Entah, dia tak kisah langsung.

Jeon Jungkook boleh juga dikategorikan dengan playboy. Dia suka bertukar-ganti pasangan. Kejap perempuan itu, kejap perempuan ni. Dalam masa 2 minggu 3 atau 4 kali jungkook bertukar ganti kekasih.

Kerana itu dia dicapkan sebagai Playboy yang berjaya. Contohilah Jeon Jungkook. Ehek! gurau.. jangan ikut contoh yang tidak baik itu.

Jungkook memang tak pernah serius dengan hubunganya. Dia tak pernah tahu bagaimana hendak menjadikan sesuatu hubungan itu dengan serius. Sumpah dia tak tahu sebenarnya.

Dia bertukar-ganti pasangan kerana dia itu adalah sesuatu hal yang menghiburkanya. Dia suka, itu sahaja. Kalau dia sudah bosan maka dia akan mencari yang lain untuk dijadikan kekasih.

Bukan kerana dia suka mempermainkan perasaan orang. Entah hanya suka. Hanya seorang yang jungkook rasa sungguh tertarik denganya.

Buat kali pertama dia tertarik oleh seseorang seperti itu.

Kebiasaanya orang lain akan cari jungkook. Bukan jungkook yang cari mereka. Lihat, jeon jungkook benar-benar tertarik dengan pemuda itu.

Kim Taehyung.

Pemuda itu baru sahaja masuk ke sekolah beberapa bulan yang lalu. Jungkook tertarik denganya. Dia ingin menghampiri pemuda manis itu. Dia ingin segera memiliki pemuda cantik nan manis itu sekarang juga.

Tapi bagaimana?

"Kau kenapa jungkook.. lagi tadi aku perhati je kau ni. Resah semacam je! ada apa apa yang menganggu kau ke?" Ujar sang sahabat. Mereka sedang berada dikantin. Maklumlah sekarang waktu rehat.

"Entahlah.. kau rasa apa pendapat kau kalau aku ni memang betul-betul tertarik pada seseorang." Balas jungkook. Ketiga dari mereka turut terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakanya.

"Kau jatuh cinta ke?"
Ujar Jackson tidak percaya.

"Biar betik?"
Yugyeom turut tidak percaya. Jungkook terdiam dan menatap mereke dengan cukup sinis.

"Kepala hotak kau! Aku bukan jatuh cinta. Aku hanya tertarik dengan seseoranglah.." Nak aja dia ketuk kepala sekor-sekor. Bebal tu tahan dewa sangat. Bagi aku, cinta dengan tertarik itu adalah dua hal yang berbeza.

"Oh, tapi bagi aku.. kalau dah tertarik tu. Sama jelah kau suka dia." Ujar yugyeom sambil menyedut air minuman miliknya. Jungkook terdiam, tak semena-mena matanya tertumpu pada seseorang yang kini sedang sibuk membaca buku sambil mengigit roti yang berada ditanganya itu.

[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang