🌸KookV🌸
.
.
.
"Silent"
Jungkook selesai sudah berjumpa dan menghabiskan masa bersama taehyung. Sepatutnya jungkook memang tak nak balik buru-buru. Kerana dia masih ingin menghabiskan masa bersama kekasihnya.
Tadi, dia menerima panggilan dari ibunya untuk pulang cepat kerana ada tetamu yang penting. Entah itu berkait dengan dirinya atau tidak tetapi jungkook tetap perlu mengikuti kata kata sang ibu.
Maka berakhir dengan terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk menghabiskan masa bersama dengan lebih lama. Tapi, taehyung tak kisah kalau jungkook mengatakan ada sesuatu yang urgent dan di perlu pulang ke rumah dengan segera.
Dan disinilah jungkook berada dihadapan mansion mewah. Dahinya berkerut seribu, jungkook melihat kearah kereta yang sedikit asing itu berada dihadapan rumahnya.
"Oh, mungkin inilah tetamu yang ibu cakapkan tu.." Bisik jungkook. Lalu berjalan menuju ke tempat ruang tamu rumah. Jungkook melihat ada pasangan suami isteri berserta dengan seorang gadis yang cantik.
Tidak dinafikan gadis itu memang cantik. Lagipun, semua perempuan memang cantik. Mana ada perempuan yang tak cantik betulkan?!
Entah, jungkook tidak menganggapi gadis itu kemudian berjalan menuju ke arah sang ibu yang kini menatapnya dengan tatapan yang berbinar-binar. Mungkin faktor kerana dia sudah pulang.
"Ah, jungkook.. akhirnya!"
Ucap sang ibu dengan nada yang sungguh ceria. Pelik, tak pernah-pernah ibu dia seceria ini tiba-tiba sahaja menyambutnya dengan wajah yang sangat ceria.
"Kenalkan, ini keluarga park. Mereka datang ke sini ada hajat. Jadi duduklah dahulu.." Ucap sang ibu. Sebelum duduk, jungkook menyapa keluarga park dengan mesra. Lalu mengikut serta perbualan mereka.
"Jadi, inilah Jeon Jungkook Putra tunggal awak?" wanita berparas cantik itu tersenyum melihat jungkook. Jungkook tak kalah turut tersenyum. Jungkook tidam memandang ke arah anak gadis mereka. Entahlah mungkin sebab tak berminat.
"Iya.. jadi macam mana? sesuai ke dengan yura?" Setelah mendengar jawapan dari sang ibu. Jungkook berasa sungguh terkejut menatap sang ibu dengan tatapan yang tak dapat diertikan.
"Huh?"
Jungkook tercengang sebab tak faham apa yang dikatakan oleh mereka.
"Sesuai sangat! Yura pun cantik. Jungkook pun hensem. Jadi sesuailah mereka berdua.
Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua." Ujar Lelaki paruh baya. Gadis yang bernama Yura itu hanya tersipu-sipu malu setelah mendapat pujian dari sang ayah dan juga ibu.
"Bu.. apa ni? kook tak fahamlah. Apa yang ibu dengan keluarga park bincang sekarang ni."Jungkook mencelah dia ingin tahu segalanya. Apa yang sedang ibunya rancangkan sekarang ini.
"Oh, maaf ibu tak bagitahu. Sebenarnya niar keluarga park datang hari ini untuk menjodohkan kami dengan anak mereka. Park Yura. Yura perempuan yang baik. Cantik, memiliki sifat yang sangat lemah lembut. Dia memang sesuai dengan kamu sayang." Jelas sang ibu. Jungkook berasa sungguh terkejut lantas dia bangun dari kerusi itu. Dia tidak menerima semua ini. Mengapa ibunya menjodohkanya dengan seseorang padahal dia sudah mempunyai seseorang yang mengetuk pintu hatinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)