🌸KookV🌸
.
.
.
"Silent"
Jeon Jungkook seorang lelaki yang berusahawan tinggi, mempunyai syarikat yang besar sendiri. Mempunyai keluarga yang aman damai. Jungkook mempunyai wajah yang cukup menawan hati gadis-gadis diluar sana.
Jungkook tidak mempunyai kekasih. Dia bukan seorang yang memilih hanya sahaja setiap gadis yang mendekatinya hanya kerana harta yang dimiliki.
Jungkook mahukan seseorang yang boleh terima baik buruk dirinya. Tahan dengan kelakuanya. Menerima kelemahan pada dirinya.
Memiliki seorang isteri bukanlah mudah. Dia tahu kalau dirinya ramai yang meminatinya. Cuma, dia tahu kalau mereka hanya menginginkan harta jungkook bukan kerana ikhlas dari hati.
Seorang isteri itu nak guna sampai ke mati. Bukanlah sementara waktu. Dia nak habiskan masanya dengan isterinya sahaja. Yang selalu ada bersamanya. Tapi buat masa ini, jungkook tidak ingin memikirkan tentang perkahwinan.
Sampai satu saat nanti, jika dia telah jumpa seseorang yang pantas untuknya, barulah dia akan menikah dengan orang itu.
"Jungkook.."
sang pemilik nama menoleh ke arah si pemanggil. Wanita paruh baya yang kini sedang menyiapkan beberapa menu sarapan mereka untuk pagi ini.
"Ye, Bu?"
Jungkook menghampiri sang ibu dengan lebih dekat. Wanita itu sudah menyiapkan sarapan pagi buat sekeluarganya.
"Kamu tak nak cari pasangan hidup ke? Umur kamu dah meningkat jungkook. Kamu dah berusia 27 tahun sudah seharusnya ibu menerima seorang menantu dan juga cucu." Ujar sang ibu. Jungkook hanya terdiam, dia bukan tak suka kalau ibunya selalu mengatakan hal yang sama. Perkahwinan.
Iya dia tahu kalau umurnya memang sudah seharusnya dia berkahwin. Cuma jungkook tidak menjumpai seseorang yang ia mahukan. Bukan sebab memilih cuma nak cari yang terbaik sahaja.
"Entahlah.. kook bukan tak nak kahwin, cuma kook tak jumpa lagi seseorang yang kook mahukan bu.." Jawab jungkook. Wanita itu menghela nafasnya panjang. Lalu kembali menatap sang anak.
"Jungkook, kamu tak perlu memilih nak.."
Kata sang ibu.
"Tidak bu.. kook tak memilih pun. Cuma nak cari isteri tu bukan hanya pakai satu kali. Tapi nak pakai berkali-kali. Kook tak memilih, tapi mencari seseorang yang boleh serasi dengan kook. Yang boleh faham keadaan kook. Bukan yang jenis memaksa. Ibu fahamkan apa yang kook cuba sampaikan. Jadi kook harap sangat ibu bersabar ye." Jelas jungkook. Wanita itu memasang raut yang mencuka. Jungkook faham kalau ibunya sudah berusia jangkau. Wanita itu hanya ingin melihat anaknya menikah dan mempunyai sebuah keluarga yang baik.
"Hm.. bukan apa nak.. ibu cuma nak tengok kamu bahagia je. Ibu takut, kalau suatu hari nanti ibu tak dapat tengok anak ibu ni, akan berkahwin." Ucap sang ibu dengan nada yang lirih. Jungkook menggenggam tangan sang ibu dengan erat.
"Tidak, ibu akan lihat anak ibu ini bernikah. Percayalah.. Ibu hanya perlu bersabar, sampailah kook jumpa seseorang yang pantas untuk kook." Balas jungkook. Wanita paruh baya itu tersenyum pada anaknya lalu jungkook menarik sang ibu kedalam pelukanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)