🌸KookV🌸
.
.
.
"Sick Taetae"
"—Uhuk!"
Jungkook mengalihkan perhatianya pada taehyung yang sedang terbatuk itu. Menghampiri sang kekasih lalu mengusap leher sang kekasih bagi meredakan batuknya yang terdengar berat itu.
"Jungkookie?"
Suara yang terdengar sayup. Taehyung memang akan manja kalau dalam keadaan yang sakit. Manjanya itu lain daripada ketika dia sedang sihat.
Taehyung akan selalu ingin dinempeli oleh jungkook. Tidak suka jika jungkook pergi tinggalkanya walau hanya ingin ke tandas untuk sementara. Taehyung kalau sakit akan mula sikap kebudak-budakanya.
Taehyung tak suka dengan ubat, mahupun cecair atau pil. Keduanya kalau dinamakan ubat taehyung tetap tidak mahu.
Jeon Jungkook, pemuda itu kekasih yang sangat protecting ketik sang kekasih sedang jatuh sakit. Padahal sakit taehyung tidak terlalu serius cuma demam biasa.
Jungkook punya risau, sampaikan dia MC untuk beberapa hari alasan ingin menjaga sang kekasih yang sedang sakit. Menjaga taehyung bagaikan menatang minyak yang penuh.
Tapi, lihatlah taehyung bahkan degil tidak mahu memakan ubat.
"Tae, makan ubatnya."
Jelas jungkook. Dia cukup bengang dengan sang kekasih saat ini. Kekasihnya itu sangat degil ketika sedang ingin memakan ubat.
Si manis itu kini menutup mulutnya rapat-rapat tidak mahu makan ubat katanya.
"Tak nak!"
Ucapnya dengan nada yang manja. Jungkook memaksanya untuk makan. Kalau tidak sampai bila taehyung hendak baik kalau ubat je tak nak makan.
Memangnya, antibodi taehyung kuat untuk melawan bakteria-bakteria jahat itu.
"Sayang.."
Ujar sang kekasih.
"Tak mau! taetae tak nak.."
Masih keras kepala. Dasar singa yang manja. Untung sayang, untung cinta. Kalau tidak dah lama kene gigit budak ni.
"Please..sayang makan ubatnya.. Macam mana nak baik kalau tak nak makan ubat." Sedaya upaya jungkook cuba memujuk sang kekasih untuk makan ubat.
"Taetae tak nak! ubat rasanya pahit kookie!"
"Memanglah ubat rasa pahit sayang. Kalau tak pahit itu bukan ubat namanya." Jelas jungkook lagi. Taehyung tetap mengelengkan kepalanya.
"Kalau begitu, kookie akan tinggalkan taetae kalau tidak makan ubat."
"J-jangan!"
ucap taehyung dengan nada yang cukup risau. Dia tidak mahu kalau jungkook tinggalkanya. Bahkan ramai lagi yang mahukan jungkook diluar sana.
"Makan ubat.. kalau tak mahu kookie pergi."
"J-janji tak akan pergi, kalau taetae makan ubat nae?!"
"Tidak sayang.."
jawab jungkook tanpa ragu-ragu. Mana mungkin dia tinggalkan taetaenya yang polos ini. Dia begitu menyayangi pemuda ini. Gila jika dia meninggalkan taehyung pergi.
"T-tapi rasanya pahit.. kookie!"
Lirih taehyung. Jungkook merasa tidak sedap hati melihat taehyung yang seperti ingin menangis. Sebegitu sekali kah? taehyung takut untuk makan ubat.
"Sayang.. ubat memang rasanya pahit. Kalau tidak pahit, maka kita tidak akan baik. Kerana itu orang akan mengatakan setiap usaha diawal memang akan rasa perit dan pahit. Tapi percayalah pasti akan ada kemanisan dihujung kepahitan itu."
"Jadi jika, taetae ingin baik. Taetae kene makan ubat dan biar ubat melawan bakteria yang jahat itu." Jelas jungkook seakan akan sedang memujuk anak buahnya untuk bangkit dari jatuh. Lebih kuranglah tu.
Taehyung mengangguk dan akhirnya taehyung meminumkan kesemua ubat itu. Dan berakhir taehyung bergelayut dilengan jungkook.
"J-jungkookie jangan pergi ke mana mana."
"T-tapi, kookie nak letak ubat ni dekat dapur. Sekejap je boleh eh?"
"Tak mau!"
Taehyung malah mengeratkan lagi pelukan pada lengan berotot milik jungkook. Mahu tak mahu jungkook pasrah dengan sang kekasih. Kalau dah sakit memang macam tu. Cuba kalau tak sakit, tak dilayanya aku macam ni. Guman jungkook.
"Okey.."
Jawab jungkook pelan lalu mengusap rambut sang kekasih dengan lembut.
"Kookie, nak peluk.."
gumam taehyung pelan. Jungkook terkekeh melihat sikap taehyung yang manja itu. Dengan senang hati, jungkook memeluk tubuh kurus itu.
Tak sampai beberapa minit, kedengaran dengkuran halus milik taehyung. Jungkook tersenyum lalu mengucup dahi dan berakhri dengan kucupan pada bibir cherry milik taehyung.
"Tidurlah sayang dan kembali sihat seperti sediakala." Ucap jungkook sambil memainkan rambut halus taehyung.
🌸End🌸
"Sick Taetae"❤️
3/12/2019
Done Update
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)