🌸KookV🌸
.
.
.
"What is Love?"
Taehyung memang seorang anak remaja yang polos. Walaupun sudah berinjak usia 19 tahun. Taehyung tetap bodoh dalam hal-hal yang berbau dewasa. Padahal dia memang sudah sepenuhnya dewasa.
"Hyungie!"
Taehyung memanggil lelaki yang lebih tua darinya. Nak kata tua sangat taklah. Hanya beza dua tahun sahaja.
Jungkook yang kini sedang mengunyah buah apel itu menoleh ke arah suara tersebut. Mereka sedang berdua disitu. Tak buat apa pun, hanya bersembang-sembang sedikit.
Taehyung dan jungkook adalah jiran sebelah rumah je. Mereka selalu bermain bersama. Pergi sekolah sama-sama. Semuanya bersama-sama. Jadi tak ada masalah antara keduanya.
Walaupun taehyung masih berusia 19 tahun. Pemuda jeon itu tidak keberatan dengan usia. Dia berkawan dengan sesiapa yang mahu berteman denganya.
"Hn?"
jawab jungkook. Mulutnya tak berhenti mengunyah-gunyah buah apel itu.
"Apa itu cinta?"
akhirnya taehyung bertanya, membuatkan jungkook menghentikan kunyahanya itu lalu menatap wajah taehyung. Memastikan apa yang baru sahaja dikatakan taehyung si budak polos.
"Kenapa tanya.."
Ucap jungkook.
"Saja je.."
Balasnya singkat.
"Hm, Cinta itu entahlah.. hyung tak berapa tahu sangat. Tapi apa yang hyung nampak cinta itu adalah dimana kita menyukai seseorang melalui perasaan kita. Apa yang kita rasa dengan orang itu. Hm lebih kurang macam tu lah." Jelas jungkook. Bab bab cinta manalah dia handal sangat. Sebab tulah sampai sekarang jungkook tak ada kekasih sebab dia terlalu bodoh tentang percintaan.
"Oh, yeke."
Jawab taehyung. Jungkook hanya sekadar menganggukan kepala. Lalu sambung mengunyah kembali buah apel miliknya.
"Cinta itu best tak?"
tanya taehyung lagi.
"Tae.."
Membuatkan si cantik itu menoleh ke arah si tampan yang menghampirinya dengan lebih rapat lagi.
"Kadang-kadang cinta ini boleh membuatkan seseorang itu bahagia. Dan cinta juga boleh membuat seseorang itu berduka. Cinta boleh mendatang dua perasaan. Lumrah jika seseorang manusia itu ada perasaan cinta dalam hatinya. Itu fitrah manusia tae."
"Cinta juga boleh mendatangkan kegagalan dalam sesuatu hubungan. Cinta itu tidak salah, memang ramai mengatakan cinta itu salah. Sebenarnya, cinta tidak pernah salah, yang salah disini ialah mencintai seseorang yang salah. Dan berhujung dengan kesakitan. Maka jangan pernah jatuh pada seseorang yang belum kita pastikan sepenuhnya."
"Cinta itu juga, kadang buta. Kita mencintai seseorang itu tanpa kita sedari kita telah dibutakan olehnya. Kita sanggup melakukan apa sahaja demi seseorang yang kita cintai."
"Maka jangan pernah salah mengutarakan perasaan tae. Sebab jika kita tersilap langkah, kita akan berhujung dengan kegagalan dan kesakitan dalam percintaan."
Taehyung terdiam.. menatap jungkook dengan tatapan yang penuh bermakna.
"Hyungie.."
panggil taehyung.
"Hn?"
"Tae cintakan hyung.."
balas taehyung membuatkan jungkook hampir menyembulkan
kedua biji matanya. Terkejut bukan main. Apa yang baru sahaja dikatakan oleh taehyung itu ialah benar atau sekadar main-main.
"T-taehyung?"
"Hyungie cintakan taetae tidak?"
"Kenapa?"
"Sebab apa yang hyungie beritahu, semuanya ada pada tae.."
"T-tae—"
"Tae dapat rasakan sesuatu yang berbeza pada hyungie. Adakah tae salah mengutarakan perasaan taetae saat ini hyung." Jelas taehyung.
"Tidak, tae tidak salah mengutarakan perasaan tae. Kerana yang jelasnya, Hyung sedang menunggu tae ada perasaan yang sama dengan hyung merasakan sesuatu yang berbeza pada taetae." Balas jungkook.
"Terima kasih kerana sudah menunggu dengan perasaan tae saat ini.
"Cinta tidak salah, yang salah bila kita menyintai seseorang yang bukan tepat. Cinta itu tidak sakit, tapi akan menjadi sakit. Bila kita mencintai seseorang itu yang jelas tidak mencintai kita."
🌸End🌸
"What is Love?"
Done Update
2019
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
Fiksi PenggemarBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)