KookV🌸
.
.
.
.
"I Loved You"
🎶 I Loved you - Day6 ❤️
Jeon Jungkook,
Salah seorang peminat setia taehyung. Kim Taehyung bukanlah seorang artis. Dia hanyalah menjadi primadona sekolah. Dan Jeon Jungkook orang pertama yang menyukai taehyung.
Bahkan dia tak pernah malu jika dia mengkagumi pemuda cantik itu. Walaupun dia tahu primadona sekolah itu tidak mungkin pandangnya. Tapi jungkook tetap menjadi yang pertama disisinya.
Bukan sekadar menyukai, jungkook juga jatuh cinta dengan kim taehyung. Taehyung memang tua denganya setahun. Tapi jungkook tak kisah soal itu. Dia selalu berharap taehyung akam menjadi miliknya. Lebih tepat kekasihnya.
Jungkook tahu taehyung memang banyak pengemar yang lebih hebat dan tampan darinya. Tetapi jungkook sanggup mendapatkan hati taehyung walau terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih hebat darinya.
Salah satu teman rapat taehyung adalah park jimin. Namja bermarga park itu selalu sahaja melekat dengan taehyung. Dah macam belangkas yang tak boleh dipisahkan.
Kadang-kadang dia jelas cemburu nampak jimin sering rapat sehinggakan jimin boleh sentuh taehyung lebih dari itu.
Dia juga hampir fikir,
Jimin ni sahabat atau friend with benefit je?
Yang jelas jungkook sedikit sebanyak tergugat dengan jimin.
Harini Jungkook akan beri hadiah seperti biasa kepada taehyung secara senyap-senyap. Taehyung kira crush jungkook juga.
"Woi!"
Jungkook terkejur dengan suara itu. Tak lain tak bukan itu suara sahabatnya. Yugyeom! Lelaki tu selalu terjah tiba-tiba.
"Kau ni! jangan terkejut aku macam tu boleh tak? mati sakit jantung akulah!"
Jungkook memukul kepala yugyeom mengunakan sikunya. Yugyeom mengaduh kesakitan. Siku jungkook boleh tahan tajam dia.
"Sakitlah! sorrylah.. aku sengaja je!"
"Sudahlah kau! nasib baik tak ada orang datang. Kalau tak, tak pasal-pasal orang fikir kita nak mencuri pulak!"
"Kaulah tu.. siapa suruh bagi senyap-senyap. Bagi depan-depan kan bagus. Bodoh!"
"Amboi sedap je kau bodohkan aku! Dah nama pun secret admire tak akanlah nak beri depan-depan. Bukan rahsia namanya."
"Kau ni, cuba jelah mengaku yang kau suka dia!"
"Excuse me! bukan aku jelah yg suka dia. Peminat dia tu ramai. Bahkan lagi bagus dari aku. Mustahil dia terima aku. Dan memang nyatakan aku akan ditolak olehnya. Dia cantik weyh! kaya. Dibandingkan dengan aku ni apalah sangat.."
"Dah tu, kau nak biarkan dia melepas dengan orang lain.."
"Aku boleh buat apa gyeom! Aku still tak berani. Aku takut kene reject je. Kau tahulah ramai kot peminat dia. Dan aku terpaksa bersaing dengan budak bagus-bagus dari aku."
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)