25; Kisah Cinta Kita

583 32 18
                                    

KookV🌸

.
.
.
.

Kisah Cinta Kita

Buka lagu Untukmu Cinta by hafiz dan adira. Bagi memeriahkan suasana membaca. ❤️

"Aku cinta dia.. Aku cintakan dia sampai rasa nak mati jika kami dipisahkan. Tapi cinta itu tak semua dapat miliki. Tetapi aku ingin memiliki cinta itu. Dan aku percaya kalau cinta itu murni."






Kediaman Jeon

Aku diam. Tak bergerak kemana pun. Aku masih di ruang tamu bersama ibu dan ayahku. Keduanya memandang serius ke arahku. Aku menunduk menatap pada jari jemariku sahaja.

"Kau masih berhubungan dengan dia lagi?"

Wanita paruh baya itu menatap tajam wajah sang anak. Pemuda itu hanya diam tak ingin menjawab pertanyaan sang ibu.

"JAWAB JEON JUNGKOOK!"
Teriak sang ayah. Pemuda itu memejamkan matanya untuk seketika. Dia tak pernah melawan kata kata sang ayah begitu juga dengan ibunya. Dia tak ingin menjadi anak derhaka. Tapi untuk kali ini dia ingin pertahankan kebahagiaanya.

"Iya, kook masih berhubungan dengany—" Belum sempat aku menyelesaikan percakapanku. Ayah aku mula memberikan tamparan kuat pada pipiku. Sehingga bekas tapak tanganya ada pada permukaan pipiku yang tirus. Sakitnya menjalar ke seluruh tubuh. Dan sekali lagi aku tidak bertindak apa apa melainkan dengan hanya pasrah padanya.

"KAU!"
Lelaki itu sudah tidak dapat menahan dirinya lagi. Iya, jungkook tahu kalau ayahnya memang seorang yang panas baran. Lelaki tua itu berwajah dingin dan angkuh. Tidak berperikemanusian. Dan sayangnya, Jeon Jungkook mewarisi perangai dan sifat sang ayah.

"Sudah berapa kali aku cakap! Jangan pernah berhubungan dia."

Jungkook diam lagi. Tolonglah, hanya sekali ini dia ingin menegakkan segalanya. Dia hanya ingin mengecapi kebahagian sendiri apakah itu salah. Kenapa? beritahu aku. Salahkah aku mencintainya dengan sepenuh hati aku.

"Appa.."
Lirihku. Untuk hari ini aku ingin menbantah segalanya. Aku ingin ayah mendengarkan aku. Bahawa aku tidak pernah main-main dengan perasaanku.

"Aku nak kau putuskan dia. Dan nikahi Jung Eunha. Jika kau ingin tetap bersamanya. Kau bukan lagi anak aku."

Jelas lelaki tua itu. Lalu beredar pergi dari ruang tamu. Begitu juga dengan sang isteri yang mengikuti langkah suaminya. Jungkook memejamkan matanya lagi sekali. Keputusan yang sangat sulit dia buat. Untuk hari ini aku terasa sesak didada. Sampaikan nafas aku tidak terasa didada ini. Sesak, terlalu sesak dan sakit.

"Taehyung.. bantu aku!"
Lirih jungkook.















Kediaman Kim's

"Putuskan Jeon Jungkook. Fokuskan pada kerjaya kau Kim Taehyung! Appa tak nak dengar alasan lagi. Dengar kata kata kami. Kalau kau tetap membantah kata eomma dengan appa. Jangan pernah kau jejakkan kaki kau disini lagi. Biarlah aku hilang satu anak pun tak apa!"

Tuan Kim yang kini sedang beremosi. Kim Taehyung, pemuda manis itu tertunduk. Menangis. Iya dia menangis. Walau dia menangis air mata darah sekalipun. Ayahnya tetap dengan keputusan itu.

Batin taehyung berteriak kencang. Dia ingin bersama jungkook. Dia hanya ingin ibu dan ayahnya merestui cinta mereka. Apakah itu sulit? Kenapa ayah dan ibunya terlalu bencikan Jeon Jungkook. Kurang apa lelaki itu.

"Appa.."
Lirih taehyung pelan. Suaranya sedikit terendam. Hidungnya memerah begitu juga dengan matanya yang tak berhenti mengalirkan cecair jenih itu.

"Tae cintakan Jungkook. Salahkah tae mencintainya appa. Tidak bisakah appa merestui hubungan kami. Salahkah appa! Kenapa tidak denganya appa.. Tae cintakan dia! Tolong.. tae merayu dengan appa.."

"JIKA AKU MENGATAKAN TIDAK! MAKSUDNYA TIDAK KIM TAEHYUNG! KALAU KAU MASIH NAK JADI ANAK AKU..KAU HARUS IKUT RENTAK AKU! BANYAK LAGI PEMUDA YANG LEBIH BAIK DARINYA.."

Taehyung menangis. Lelaki yang bergelar ayah itu baru sahaja membentaknya. Kenapa ini semakin menjadi sulit. Ini terlalu sakit. Sakit sangat. Perasaan sakit tu sampai tak boleh nak ungkap. Membayangkan sahaja membuatkan dirinya setengah mati.

"Hiks..hiks.."

"Putus dengan dia.. Kerana selepas ini dia akan nikahi dengan wanita pilihan keluarganya. Ingat, keluarga Kim tak boleh bersatu dengan Keluarga Jeon. Kau salah mencintai lelaki itu."

Ucap sang ibu. Akhirnya keduanya pun pergi. Tinggalah taehyung sendirian dengan perasaan sedih juga sakit.

Tuhan, Bantulah hambamu ini..

"Jungkook.."
lirih taehyung.

Aku hanya mencintainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku hanya mencintainya..
Adakah aku salah?
-Jk-



Tbc.
Ada yang nak saya teruskan cerita ini. Sebab kalau nak saya buat sambunganya. Kalau nak comment. Kalau tak nak saya tak akan teruskan. Sekian.. 🌸🥰

[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓Where stories live. Discover now