22 ; Crush Pt.[3]

552 41 7
                                        

🌸KookV🌸

.
.
.

"Crush"

Sudah 4 hari Taehyung berbeza sedikit. Tak sama sebelum ini, Orang yang pertama nampak ketara perbezaan Kim Taehyung adalah Park Jimin—Sahabatnya.

Namja manis itu hanya menatap buku tanpa jemu. Terlebih lagi saat ini, dia bersendirian dengan buku yang penuh diatas mejanya.

Taehyung seorang yang bukan ulat buku. Dia tak suka buku sebenarnya, Dan dia mudah jemu untuk sekadar melihat tulisan-tulisan dalam buku itu.

Namja manis itu mengeluarkan laptop miliknya dan berusaha untuk menyiapkan tugasan assignment yang masih tertunda. Taehyung sebenarnya memang pandai, cuma dia malas je! biasalah siapa je yang tak malas nak siapkan assignment.

Tapi hari ni taehyung lain—Si manis itu tak banyak bercakap. Hanya diam dan menyiapkan assignment. Terlebih pula dia suka bersendirian sejak kebelakangan ini.

"Tae?"
Itu suara jimin. Pemuda itu datang menghampiri sang sahabat yang sedang duduk bersendirian. Class lambat mula jadinya, mereka sekarang berada disini.

Taehyung hanya diam tak berkata apa apa. Menjawab pun tidak, toleh pun tak! Jimin tahu kenapa taehyung berubah sejak kebelakangan ini.

"Nah, aku ada beli roti dengan air kotak untuk kau." Jimin menghulurkan plastik yang berisi roti dan air kotak. Taehyung masih tak bereaksi apa apa. Setelah beberapa hari yang lalu dimana taehyung mendapat tahu bahawa jungkook—Crushnya taehyung sudah mempunyai kekasih membuatkan sahabatnya ini berubah seratus peratus.

"Tae, sampai bila kau nak macam ni. Dah 4 hari kau abaikan aku. Weyh, kalau ye pun nak marahkan jungkook jangan marahkan aku sekali." Ujar jimin, dia sudah tak tahan lagi nak melayan perangai taehyung. Dia faham perasaan taehyung. Tapi apa je yang dia boleh buat. Tak mungkin nak suruh jungkook putus dengan eunha sebab taehyung sukakan dia. Dan tak semua orang beruntung untuk dapatkan crush mereka. Nasiblah kalau crush kita sukakan dekat kita balik.

"Taehyung!"

Jimin memanggil lagi nama sahabatnya itu. Tak lama selepas itu, jimin dapat lihat taehyung berhenti daripada menaip pada laptopnya.

"Hiks..hiks.."

"Taehyung?"

Namja cantik itu akhirnya menangis. Jimin Berasa sangat kesian pada taehyung. Apalah perasaan kau agaknya bila cintakan tidaklah terbalas. Terlebih lagi kau dah sukakan dekat orang tu lama lagi. Even kau cantik atau hensem sekali pun kalau dah tak ada jodoh kau dengan dia apa nak buat. Terimalah dengan hati yang terbuka.

"Tae, sabarlah.."

Jimin memeluk tubuh taehyung yang terlihat rapuh itu. Pemuda bermarga park itu berasa simpati dengan sahabatnya, dia tahu kalau taehyung melalui masa masa sukarnya. 4 tahun dia menyimpan perasaanya lama.

"Hiks..Jim, aku sukakan dia."

"Tae, masih ada masa lagi untuk kau dapatkan jungkook. Diorang cuma pasangan kekasih je! bukan dah kahwin pun. Dan satu lagi, belum tentu itu jodoh jungkook."

[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang