"Hah dah bangun pun anak dara satu ni, aku ingat kau nak membuta sampai matahari terbit dari barat," perli Raysha setelah melihat kelibat Haurah menuruni anak tangga.
"Amboi kau! Sedap mulut kau je cakap macam tu, heh aku ni kawan kau tau tak!" Balas Haurah sambil menyenduk nasi goreng buatan kawannya itu kedalam pinggan.
"Ni aku nak tanya, siapa yang hantar kau balik pagi tadi? " Soal Raysha sambil membuat muka tidak puas hati. Diperhatikan setiap tindak tanduk Haurah pada masa itu. Seperti pembunuh bersiri!
"Boss aku lah, dah dia yang jemput aku so dia yang kene hantar aku balik," balas Haurah sambil dahi nya berkerut melihat muka Raysha.
"Boss kau tu islam ke kafir? "Tak semena-mena soalan itu keluar dari mulut Raysha.
"Hey! Apa kau kata ni, mestilah islam!"
"Ouh islam, habistu kenapa dia tak reti nak hantar kau balik rumah sebelum 12 malam? Lagi satu, kau meeting apa sampai nak dekat subuh baru balik? Ke boss kau dah lupa jalan nak hantar kau balik?" Bertubi tubi soalan yang diajukan oleh Raysha namum riak wajah Haurah tidak kelihatan sebarang reaksi langsung malah makin khusyuk dia menikmati sarapan paginya.
Mungkin dia mengamalkan konsep 'mulakan pagi anda dengan senyuman' sebab tu lah macam tunggul dibuatnya sk Raysha tu. Hahaha.
"Sebenarnya aku lupa nak bagitau kau yang boss aku suruh teman dia pergi birthday party ibu dia, so aku teman je lah and aku minta maaf sebab lupa beritahu kau, alaa sorry lah Raysha." sambil matanya berkedip beberapa kali seperti budak kecil minta mainan.
"Ouh pergi birthday party, lepastu dah lupa diri lah ni sampai lupa jalan balik rumah sekali! Macam tu ke Haurah Emilia?" Soal Raysha lagi. Banyak betul soalan minah ni.
"erm panjang cer...."belum sempat Haurah menghabiskan percakapannya, Raysha sudah memotong. Eh minah ni tak menyabar langsung!
"Pendekkan!" Cantas Raysha laju.
"Ishh sabar lah kau ni, aku tak habis cakap lagi kan!" Balas Haurah separuh marah.
*Flashback start*
Meja yang menempatkan tetamu-tetamu VIP itu sudah dikelilingi manusia termasukklah Haurah dan Tuan Rayyan Iskandar. Ya, dialah majikan aku. Dengan dia lah aku mencari rezeki untuk sesuap nasi.Duduk bersebelahan dengan Tuan Rayyan adalah perkara biasa bagi seorang personal assistant seperti Haurah kerana acap kali menemani boss nya itu ke perjumpaan bersama client.
Jadi, tiada masalah rasanya untuk kali ini dia bersebelahan dengan orang yang berpangkat tinggi. Kerana itu, dia tidak kekok apabila di majlis-majlis seperti berikut kerana sebelum ini juga kerap Tuan Rayyan membawa gadis itu ke majlis-majlis perasmian dan sebagainya.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Ceo
Romance•ongoing• 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 -Rayyan Iskandar -Raysha Irdina Pertemuan yang sangat tidak disangka akhirnya membawa kebahagian buat Rayyan. Namun, setelah kisah lama diungkit kembali, mampukah Raysha menghadapi ujian buat...