𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -06-

82 13 0
                                    

"Betul, Tuan Rayyan saya tak curi duit tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul, Tuan Rayyan saya tak curi duit tu." balas Raysha untuk membela diri. Dia yakin bukan dia penyebab duit syarikat hilang. Statusnya kini diragui oleh semua pemerhati yang sedang memerhati tindak tanduk Raysha dari luar bilik Rayyan.

"Habistu kalau bukan awak siapa lagi yang ada dekat situ!" Naik seoktaf suara lelaki itu hingga tersentak gadis yang berada dihadapannya akibat terkejut.

"Kalau Tuan tak percaya, Tuan boleh tanya Kak Nora dan Zara. Saya lunch dengan mereka berdua atau Tuan boleh tengok rakaman cctv dan saya tiada ke meja syafiq pun pada masa tu." Ujar Raysha penuh yakin. Sedih itu perkara biasa kalau kita dituduh. Tambah pula tanpa usul periksa.

Benteng air matanya sudah mula retak dan tak lama kemudian.....

satu titis.....
dua titis.....
dan tersedu sedan dia menangis tanpa hiraukan apa yang akan dikatakan oleh Tuan Rayyan sebentar nanti.

Lidah Tuan Rayyan terkelu mendengar penjelasan dari Raysha ditambah pula dengan setiap titisan air mata yang jatuh berjuraian itu. Sesungguhnya dia tidak kuat melihat perempuan menangis.

Dia mendiamkan diri dan memberi Raysha ruang untuk melepaskan tangisannya. Dia tahu itu salah dia. Dia juga tahu dia tak sepatutnya tuduh Raysha melulu sebegitu rupa. Sekarang baru nak menyesal tiada guna.

"Raysha, i'm sorry for accusing you, saya tak boleh tengok perempuan menangis," pujuk Tuan Rayyan lembut sambil menghulurkan sehelai sapu tangan bewarna putih. Dia fikir dengan pujuk rayu dia itu boleh mengubati hati manusia yang telah diremukkan?

Tidak!

Namun huluran itu tidak disambut oleh Raysha. Hanya pandangan mata yang lemparkan.

"Saya tak kisah Tuan nak marah saya tapi Tuan jangan sesekali tuduh saya tanpa usul periksa." Luah Raysha perlahan. Kali ini dia mengalah, letih mahu bermain dengan permainan dunia ini. Lebih baik dia diam sahaja.

Lantas Raysha melangkah keluar dari bilik Tuan Rayyan tanpa mempedulikan Tun Rayyan yang masih terkaku disitu. Hati Tuan Rayyan sedikit terkesan dengan apa yang dikatakan oleh gadis yang sudah hilang dari pandangan matanya.

 Hati Tuan Rayyan sedikit terkesan dengan apa yang dikatakan oleh gadis yang sudah hilang dari pandangan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now