𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -05-

83 13 0
                                    

Raysha yang tersedar bahawa tudungnya terkena krim coklat itu bingkas bangun dan bergesa ke tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raysha yang tersedar bahawa tudungnya terkena krim coklat itu bingkas bangun dan bergesa ke tandas. Dalam dia bergesa, ada sepasang mata yang sedang memerhatinya.

Syafiq yang perasan terus menuju ke arah yang sama. Belum sempat Syafiq ingin mengajukan soalan, Raysha terlebih dahulu masuk ke tandas.

"Raysha, awak okay?" Soal Syafiq, prihatin. Tiada niat dia mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan di masa-masa begini.

"Saya okay je cuma tudung saya terkena krim coklat sikit," balas Rasyha sambil tangannya sibuk membersihkan bahagian tudung yang terkena krim coklat tadi.

Rayyan yang ternampak Syafiq berada dihadapan tandas perempuan itu tertanya-tanya kenapa dia berada di situ.

"Syafiq, awak buat apa kat tandas perempuan ni?" Soal Rayyan. Mukanya jelas terpampar riak pelik akan pekerjanya.

"Sebenarnya tadi saya tengok Raysha tergesa gesa pergi tandas jadi saya pergilah tanya," jawab lelaki itu tanpa ragu. Buat apa dia perlu takut sedangkan dia langsung tidak buat kesalahan.

"Habistu mana Raysha? Dia okay ke tidak?" Soal Rayyan lagi. Kali ini suara Rayyan penuh prihatin. Mukanya juga dari pelik serta merta berubah risau. Adakah perasaan itu sudah mula menguasai diri?

"Dia ada je kat dalam tu, tengah bersihkan tudung katanya," balas syafiq sambil tanggannya kemas memengang beberapa helaian kertas. Tujuan asalnya dia mahu ke mesin fotokopi tapi apakan daya, terpesong sudah niatnya setelah melihat Raysha.

"Kenapa dengan tudung Raysha? " Soal Rayyan lagi. Risau tak sudah Mr. Ceo ni.

"Tudung dia...." Belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, Raysha sudah keluar dari tandas.

"Hah Raysha kenapa dengan tudung awak?" Laju Rayyan mengasak gadis itu dengan soalannya. Amboi lain macam. 'Dengan pekerja lain tak de pulak macam ini,' kata Syafiq dalam hati.

"Tak de apa apa pun cuma kotor sikit aje ni." balas Raysha. Kasihan pula dia pada dua orang jejaka dihadapannya itu, tudungnya terkena krim coklat sahaja tapi risau kedua-dua jejaka itu macam aku tertelan biji durian pula! Hahaha.

"Habistu awak nak ganti tudung ke? Kalau nak, saya suruh Kak Nora carikan tudung baru untuk awak?"

"Eh tak perlu Tuan Rayyan, kotor ni sikit aje pun. Saya dah sental sikit tadi hah hilang dah ni. Lagipun saya tak nak lah susahkan Kak Nora tu, dia kan tengah sarat mengandung," Balas Raysha. Ya, tidak mahu dia menyusahkan orang lain. Tambah-tambah pula Kak Nora, ibu hamil yang tengah menghitung hari untuk bersalin.

Bagi Raysha, perkara itu kecil dan tidak perlu dibesarkan. Cukuplah mereka berdua yang tahu. Tudung aje pun yang kotor bukannya hati, kan?

Setelah soalan yang diajukan oleh Rayyan terjawab maka bersurailah mereka bertiga ke tujuan asal masing-masing.

Zara yang yang berada di mesin fotokopi yang tidak jauh dari pantri terdengar perbualan antara Kak Nora dan Syafiq yang berada di dalam pantri itu.

"Ye kak, Tuan Rayyan risau betul tentang Raysha tadi." Kata Syafiq bersungguh-sungguh. Mengiyakan kenyataannya sendiri.

"Kau rasa tak apa yang akak rasa? " Soal Kak Nora sambil tangannya membancuh kopi.

"Rasa apa kak ?" Tanya Syafiq pelik. Dahinya mula berkerut. Okay tahu!

"Akak mesti rasa yang Tuan Rayyan tu dah jatuh suka dengan Raysha kan?" Soalan tadi dijawabnya dengan sendiri. Entah kenapa firasatnya kuat mengatakan itulah yang wanita didepannya rasakan.

" Ya! pandai pun kau, Syafiq." Kata Kak Nora sambil jari telunjuknya menunding ke arah lelaki itu. Tika itu senyumnya tak usah dikata lebarnya. Mahu sampai ke telinga.

Zara yang dari tadi memasang telinga mula merasa curiga. Dengan pantas dia berjalan menuju ke bilik Tuan Aryan untuk mendapatkan kepastian. Atau lebih tepat sekali, mencungkil segala rahsia!

Tuan Aryan Mikhail bin Tuan Mahadi. Dia adalah seorang Ketua Pegawai Operasi di syarikat Berjaya T.N Holding atau dia lebih dikenali sebagai sepupu kepada Tuan Rayyan Iskandar bin Tuan Nazim. Selaku CEO BERJAYA T.N HOLDING.

Pintu kaca bilik Tuan Aryan diketuk beberapa kali lalu dia memunculkan diri tanpa sebarang keizinan. Tanpa segan silu juga dia labuhkan punggung di kerusi berhadapan Tuan Aryan.

"Eh you, ada apa you terjah bilik i ni? You nak ajak i lunch sekali ke? " Soal Aryan. Dia sudah mendapat teka apa yang berlegar difikiran Zara saat itu dengan wajahnya yang terang lagi bersuluh kelihatan risau. Tapi tepatkah tekaan Aryan kali ini?

Entah apa lah agaknya yang nak dirisaukan, risaukan hal orang lain lah kot. Hahaha.

"I nak tanya you tentang Rayyan dengan P.A baru dia tu."

"Raysha?" Serta-merta nama itu terpacul di mulut Tuan Aryan setelah mendengar 'P.A' yang di maksudkan Zara tadi.

Zara mengangguk. Dengan mata bundarnya berkelip seolah meminta simpati untuk lelaki dihadapannya melanjutkan kata-kata. Hatinya bedetak kencang ingin tahu isi tersirat dibalik isi tersurat itu.

"Kenapa dengan Raysha?" Soal Aryan lagi. Dia mula rasa pelik dengan soalan Zara. 'Apa kaitan Zara dan Raysha? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke antara dorang? Tapi kenapa Zara tak beritahu aku pun kalau mereka berdua berkenalan?'

Terlalu banyak soalan yang perlu Tuan Aryan jawab. Tapi tidak semudah itu dia boleh dapat jawapan, haruslah digali dulu.

"Ye lah i nak tanya you, kenapa Rayyan dengan Raysha tu rapat semacam aje," Zara menyoal sambil muka nya cemberut. Geram! Dari tadi orang tanya, dia boleh buat tak dengar pula.

"Macam mana kalau Rayyan suka Raysha and dorang kahwin? So company ni kekal jadi hak dia. Macam mana pulak dengan kita?" Soal Zara sambil merengus geram.

"Kita?" Soal Aryan pelik.

"Yelah kita, siapa lagi?"

"Kenapa dengan..... " Tak sempat Aryan mahu menghabiskan ayatnya dia sudah tahu apa yang bertahta di fikiran Zara. Sekarang baru dia terfikir beberapa idea. Dia mahu gunakan kan Zara sebagai umpan untuk.....

Sejak lahir lagi Aryan dan Rayyan akrab tapi disebabkan malam ulangtahun Puan Musalmah itu Aryan dan Rayyan mula bermasam muka. Secara jujurnya, Aryan juga pernah terasa hati dan berjauh hati akan sikap ahli keluarganya yang sentiasa lebihkan Rayyan dalam semua hal.

Tapi hatinya masih tabah dan cekal menghadapi ujian ini, dan saat lava sudah mendidih maka akhirnya, berlimpahlah ia keluar. Pada malam majlis ulangtahun Puan Musalmah, telah terbalas segala dendam Aryan buat Rayyan.

"You, kenapa you diam je ni! Jawab lah i tanya tadi kan!" Marah Zara. Meja kayu yang mahal itu dihentak sekuat hati. Habis berdentum satu ruangan itu.

"You rileks je i ada plan macam mana nak jatuhkan si Rayyan tu," Kata Aryan sinis.

"Apa dia?" Soalnya tanpa dia tahu dialah yang akan menjadi umpan untuk lelaki dihadapannya. Saat ini hati Zara kian mereda, tapi masih terpancar sedikit api amarahnya yang masih belum terpadam.

 Saat ini hati Zara kian mereda, tapi masih terpancar sedikit api amarahnya yang masih belum terpadam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now