"Apa yang kecoh sangat kat office, Rayyan?" Soal Tuan Nazim tegas. Tidak Tuan Nazim berkenan dengan apa yang disampaikan oleh salah seorang pekerja disitu.
"Tak ada ape lah ayah, cuma salah faham sikit aje," Nafi Rayyan. Tk mahu membabitkan ayahnya dalam hal ini dan ia pasti akan jadi kes lain kalau ayahnya campur tangan.
"Sikit ke kalau sampai menyeleweng duit syarikat kita?" jelingan maut dihadiahkan khas untuk anak bongsunya.
"Ni mesti Aryan tu dah bagitau ayah dulu kan.m!" Rayyan mendengus geram. Ada saja agenda dia buat orang jatuh.
"Tak kisah lah siapa yang beritahu dulu yang penting ayah nak kamu settle kan semua masalah ni sebelum ayah ambil tindakan dan campur tangan." Tegas Tuan Nazim berbicara. Dia nekad, apa pun jadi yang melibatkan duit syarikatnya, dia akan campur tangan jika selepas ini masih berlaku penyelewengan.
Bukan kerana dia mata duitan tapi demi menjaga prestasi syarikatnya yang ditubuhkannya sendiri.
Puan Musalmah yang berada di disebelah anaknya mengusap lembut belakang badan anaknya. Sedikit sebanyak dia juga kasihan terhadap ujian yang menimpa anaknya.
"Ibu, Rayyan minta maaf." Pinta Rayyan lembut. Tidak dapat disangkal Rayyan Iskandar kaya dengan sifat lemah lembut dan hormat terhadap wanita bernama ibu.
"Tak ape lah sayang, semua orang tak pernah lari dari kesilapan." Balas wanita itu lembut. Senyum seikhlas hati dikasi pada anaknya.
"Mak usu dengan pak usu bila balik Malaysia?" teringat pula tempoh hsri abangnya ada berkata bahawa pakcik dan makcik mereka bakal pulang ke Malaysia tak lama lagi.
"Kalau tak silap ibu, minggu depan dorang baliklah tu, kenapa Rayyan tanya?"
Rayyan membatu. Puan Musalmah memandang Rayyan pelik.
"Rayyan, kenapa ni?"
"Rayyan tak nak Aryan ambil alih syarikat ayah," nadanya sedikit sedikit kecewa.
"Kalau macam tu, tunaikan semua hasrat ayah dan Rayyan tak perlu risau lagi pasal tu."
Cuma satu saja yang Tuan Nazim mahu dari Rayyan. Berkahwin sebelum dia memejamkan mata buat selama-lamanya. Anak sulungnya sudah mendirikan keluarga dan hanya tinggal Rayyan yang masih tekad untuk tidak mahu berkahwin buat masa terdekat ini. Dia risau kalau dirinya tidak sempat melihat anak bongsunya melafazkan akad nikah.
"Rayyan dah ada pilihan ke?" Soal Musalmah. Apabila ditanya, geleng sahaja jawaoan anaknya sebelum ini.
Tapi tidak tahu lah harini kalau dia bertanya dan jawapannya....
"Dah tapi Rayyan belum ready nak bawak dia jumpa ibu dengan ayah."
"Tak apa, ibu faham dan ibu yakin syarikat tu akan kekal jadi milik kamu." Ujar Puan Musalmah ingin menjaga hati anaknya.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Ceo
Romansa•ongoing• 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 -Rayyan Iskandar -Raysha Irdina Pertemuan yang sangat tidak disangka akhirnya membawa kebahagian buat Rayyan. Namun, setelah kisah lama diungkit kembali, mampukah Raysha menghadapi ujian buat...