Hon ditekan hingga tersentak Raysha yang berada didalam rumah itu.
"Raysha cepat lah, buah hati kau dah tunggu kat luar tu !" Jerit Haurah dari bawah yang sedang menonton televisyen.
"Ye kejap lah !"
Tiba-tiba telefon milik Raysha yang berada diatas meja kopi bergetar menandakan ada mesej masuk.
Nama yang tertera di notifikasi ialah 'Abang Harraz'. Ada apa Harraz mesej Raysha ?
Haurah mencapai telefon tersebut seraya membaca mesej yang dikirim khas dari Harraz buat Raysha.
"Kenapa Raysha lebih pilih Rayyan dari Abang ? Apa kurangnya abang dimata Raysha ? "
"Hanya sebab Rayyan tu anak orang kaya jadi Raysha lebih memilih dia dari abang ?"
Haurah tergamam melihat setiap mesej yang dikirim oleh Harraz. Air mata sudah bertakung ditubir mata. Tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan kata-kata. 'patutkah aku berundur diri? Tapi Harraz tak tahu pun perasaan aku' getus hati kecilnya.
"Hoi Haurah! Apesal kau pegang phone aku" Dicampaknya telefon itu kesebelah tatkala mendengar suara Raysha menyapa. Aduhh kantoi pulak !
"Weyh ! Kau nangis ke ?" Soal Raysha, terang lagi bersuluh Raysha nampak mata si Haurah tu berkaca. Lalu dia mencapai pula telefon nya. Skrin telefon tiba-tiba menyala dan memaparkan segala mesej yang dibaca oleh Haurah tadi.
"Erm aku dah agak dah. Tak ape lah nanti aku tolong kau, tapi bukan sekarang ye, sebab aku dah nak keluar ni."
"Tak ape, aku okay je lah. Dah lah kau pergi lah cepat, Tuan dah lama tunggu kau kat luar tu." Balas Haurah lemah . Dia cuba untuk menyorokkan segala kesedihannya tapi Raysha lebih peka terhadap keadaannya sekarang.
Kereta Audi r8 bewarna hitam yang memancarkan cahaya matahari itu sudah kelihatan dari jauh. Semestinya itu Rayyan. Untungnya boleh tukar-tukar kereta macam tukar baju.
"Maaf Tuan, lambat sikit." Ucap Raysha setelah masuk kedalam perut kereta milik Rayyan.
"It's okay, setahun tunggu awak pun saya tak kisah," Amboi setahun. Erm tengok lah nanti lepas kahwin sanggup ke tak nak tunggu.
"Erm yelah tu, ni kita nak pergi mana sekarang ni ?"
"Cari cincin dulu lepastu kita balik kampung awak." Balas Rayyan selamba. Terbeliak biji mata Raysha. Kecil sahaja dia memandang Rayyan yang mula memandu itu.
"Tuan! Kenapa Tuan tak cakap awal-awal pada saya !?" Soal Raysha terkejut. Dengan Rayyan sekali terkejut dek melihat Raysha yang tiba menyergah.
"Balik kampung awak pun kene beritahu awak ke ? "
"Mestilah, saya nak kene inform dekat Haurah at least dia tak tunggu saya balik nanti, lagipun saya ni sehelai sepinggang je tahu tak?" Rungut Raysha. Dia tak berpuas hati dengan keputusan yang Rayyan tetapkan itu.
"Hey Love, kita balik sana sekejap aje, untuk bincang pasal majlis kita then lepas kita dapat jawapan kita balik KL semula sebab esok saya kerja." Jelas Rayyan sambil fokus memandu.
"lagipun awak ada nampak ke saya bawa beg baju?" Soal Rayyan pula. Sesekali Raysha menoleh kebelakang melihat apa yang ada, namun tiada apa-apa di tempat duduk belakang menandakan Rayyan juga sehelai sepinggang. Hah kan dah malu.
"Tuan fikir sempat ke nak buat persiapan kalau esok Tuan masih nak masuk office ?" Soal Raysha pelik dengan nada separuh marah. 'dia ni tak pandai buat keputusan ke?' Gumamnya dalam hati lagi. Sungguh dia geram dengan Rayyan hari ini.
"Love, awak tau kan pengaruh saya seluas mana? " Soal Rayyan dengan senyuman sengetnya . Raysha mendiamkan diri mendengar soalan yang dilemparkan oleh Rayyan. Rayyan mula melemparkan reaksi berlagak seperti seorang majikan yang hati kering.
Dia tak tahu ke bakal suami dia ni siapa ? Kau pergilah segala pelusuk dunia sekalipun pasti mereka kenal dengan susuk tubuh manusia yang berbinkan Tuan Nazim ini. Lebih-lebih lagi kalau tuan badan ada depan mata, lagi senanglah kerjanya.
"Saya tanya dengan awak ni Raysha, bukannya saya tanya dengan stereng ni."
"Ye-ye saya tahu," balas Raysha malas sambil melirik kearah Rayyan.
"So apa yang awak nak risaukan ? Awak sebut je nama saya, pasti semua nya akan tersedia depan mata awak." Balas Rayyan berlagak. Almaklum lah, pengaruh seluas mata memandang lah katakan. Siapa je tak kenal Mr. Ceo kita ni.
"Tapi-"
"Tapi apa lagi Love ?" Cantas Rayyan. Tak sempat Raysha nak aju soalan dah di potongnya ayat Raysha tu.
"Tapi nanti apa pulak orang kata kalau kita kahwin terburu-buru macam ni?" Raysha menundukkan pandangan memandang tas tangannya. Hujung shawl dipintal buat seketika.
"Yang tu pun awak tak perlu risau, sebab pak usu akan adakan majlis hujung minggu ni juga dan dia akan buat pengumuman pada kenalan dia, so ayah saya minta tolong untuk umumkan sekali majlis kita. Dan sebab itulah saya nak tanya umi dan abi awak untuk tetapkan tarikh hujung minggu ni." Jelas Rayyan panjang lebar. Lalu tangan nya laju menekan butang radio seusai tamat perbualan mereka. Manakala Raysha pula mengangguk tanda faham.
Tidak mahu bertanya dengan lebih, biarkan sahaja Rayyan yang membuat segala keputusan kerana dia tahu Puan Musalmah dan Tuan Nazim pasti mahukan majlis yang terbaik untuk mereka berdua.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Ceo
Romance•ongoing• 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 -Rayyan Iskandar -Raysha Irdina Pertemuan yang sangat tidak disangka akhirnya membawa kebahagian buat Rayyan. Namun, setelah kisah lama diungkit kembali, mampukah Raysha menghadapi ujian buat...