Setelah jamuan makan selesai mereka berkumpul di ruang tamu utama bagi sesi perkenalan dengan lebih mendalam.
Aryan melabuhkan punggung disofa empuk bersebelahan dengan Puan Laila dan Tuan Mahadi begitu juga dengan Zara. Rayyan pula masih didapur menunggu Raysha yang menolong Puan Musalmah.
Tuan Nazim dan ahli keluarga yang lain sudah berada diruang tamu yang tinggal hanya Puan Musalmah, Rayyan dan Raysha yang berada didapur itu.
"Raysha pergilah duduk depan dulu, ibu dah nak siap dah ni." Suruh Puan Musalmah dengan menggelarkan dirinya sebagai 'ibu'.
"Eh tak ape lah, nanti kita pergi depan sama-sama lagipun Raysha kesian tengok ibu sorang-sorang kemas meja makan tadi." Balas Raysha sambil tangannya sibuk mengelap gelas yang basah.
"Mana ada ibu sorang-sorang, bibik kan ada."
"Amboi ibu, belum apa-apa dah suruh Raysha panggil ibu tu ibu." Celah Rayyan. Tersentak sedikit Raysha yang sedang asyik mengelap gelas. Puan Musalmah tertawa kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak bongsunya itu.
Tidak diduga oleh Rayyan bahawa ibunya telah menerima Raysha.
"Raysha dah lah tu biarkan bibik sambung, jom kita kedepan nanti lama pulak diorang tunggu kita kat depan tu." Ajak Puan Musalmah, lembut sahaja suaranya.
"Erm ibu pergi lah dulu nanti Raysha datang, kejap lagi siap lah ni ."
Lalu Puan Musalmah meninggalkan mereka berdua dan berjalan menuju ke ruang tamu tanpa berpaling. Rayyan pula berjalan menghampiri Raysha.
"Sayang, jom lah kita pergi depan nanti ayah tunggu lama." Bisik Rayyan dengan nada perlahan seperti berbisik. Berdiri bulu roma Raysha dibuatnya.
"Eh Tuan ni, kejap panggil saya itu kejap panggil saya ini, Raysha aje sudah lah. Malu nanti kalau orang dengar,"
"Okay-okay lepasni saya janji saya panggil awak adik manis aje." Kata Rayyan sekadar bergurau. Terselit tawa halus dibelakang ayatnya.
"Apa-apa aje lah asalkan Tuan happy." Padahal dalam hati tu dah terloncat-loncat bila Rayyan memanggilnya dengan gelaran yang manja seperti itu.
Entah kenapa kebelakangan ini hatinya senang apabila dekat dengan bossnya itu. Pelik! Tapi benar.
"Mesra nampak." Tiba-tiba ada satu suara yang menerpa sistem pendengaran mereka berdua.
"Kau buat apa kat sini? Soal Rayyan. Kacau sahaja orang nak bersweet sweet madu dengan bakal pujaan hati.
"Saje nak tengok korang buat apa lama sangat kat dapur ni."
"Tuan saya kedepan dulu ye." Pamit Raysha. Tak mahu dia masuk campur urusan dua orang itu. Takut lain pula jadinya.
"Sayang nanti dulu, tunggu saya."
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Ceo
Romance•ongoing• 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 -Rayyan Iskandar -Raysha Irdina Pertemuan yang sangat tidak disangka akhirnya membawa kebahagian buat Rayyan. Namun, setelah kisah lama diungkit kembali, mampukah Raysha menghadapi ujian buat...