𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -26-

57 7 1
                                    

"Ouh , sebenarnya semalam saya nak bincang dengan Raysha tentang kami tapi saya tak tahu pulak akan jadi macam ni, si Aryan bebal tu lah sibuk je." Rayyan menjulingkan matanya keatas. Raysha pula membatalkan niatnya untuk menyuap suapan seterusnya. Haurah membuat mulut isyarat 'o' menandakan dia faham dengan apa yang Rayyan cuba sampaikan.

"Jadi apa plan Tuan lepasni?" Soal Haurah.

"Sebab tu lah saya minta awak datang sini kita bincang sama-sama, macam mana kalau saya datang merisik dan kita terus nikah, tak perlu tunang. Macam mana? Boleh tak, love?" 

Mungkin akan kelihatan agak terburu-buru tapi niatnya baiknya hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Tuan tak rasa awal sangat ke hujung minggu ni? mana sempat kita nak buat persiapan lagipun saya nak sambung belajar dulu lah Tuan." Balas Raysha lemah gemalai.

"Raysha," Rayyan gantung ayatnya dan diam sejenak.

"saya akan izinkan awak sambung belajar lepas kita nikah nanti dan saya janji saya akan tanggung semua kos pembelajaran awak yang penting sekarang ni kita buat apa yang wajib dulu." cadang Rayyan. Dia yakin keputusan nya adalah yang paling terbaik.

"Kalau saya nak kerja lepas sambung belajar nanti boleh ke ?"

"Nothing is impossible for my angel." Balas Rayyan dengan suara yang sedikit husky seperti baru bangun tidur. Bulu roma Raysha mencacak naik. Bukan bulu roma Raysha je, Haurah pun sama ! Cair mendengar seorang Rayyan Iskandar bermadah.

"Kalau macam tu esok saya boleh cuti lah kan ? " Soal Raysha lagi dengan wajah gembiranya . Dengan harapan Rayyan akan berkata 'boleh'.

"Baru lepas saya cakap nothing is impossible untuk awak, lepastu awak tanya lagi ? " Soalan Raysha dibalas dengan soalannya pula.

"Sukalah kau dapat cuti ! Aku ni macam mana ? " Haurah mencelah.

"Alaaa , kau cakap lah dengan boss kau yang kau pun nak kahwin jugak confirm boss kau bagi punya." Balas Raysha tanpa ragu-ragu. Soalah-olah dia pula yang menetapkan semua hal didunia ini.

"Banyak cantik muka kau Cik Raysha Irdina ! Kalau dia tanya aku nak kahwin dengan siapa ? Aku nak jawab apa ? Kahwin dengan bakal suami kau? Lepastu kalau dia tanya kenapa tak jemput dia ? Celah batu mana aku nak cari jawapan hah !? " Haurah menyoal seraya menjulingkan matanya keatas.

"Kau jawab lah macam ni," Raysha cuba membuat lakonan spontan. "Saya nak kahwin dengan Encik Harraz Naufal bekas senior saya masa sekolah dulu." Raysha mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali memandang tepat anak mata Haurah dengan mencebikkan bibir bawahnya. Rayyan sudah terbahak-bahak ketawa.

"Rayshaaaa ! Aku tak nak hantar kau balik kampung ! " Haurah mendengus geram.

"Okay, okay sorry lah aku gurau je."

"Dah lah jom sambung makan tentang cuti awak tu Haurah, nanti saya akan tolong, saya kenal boss awak. So boleh lah awak tolong Raysha sedikit sebanyak nak dekat nikah nanti." Jelas Rayyan. Teruja betul Haurah bila mendengar tawaran untuk mendapat cuti daripada Rayyan.

••••••••

"Daddy...." Panggil Zara meleret.

"Yes Sofy ? " Soal Dato' Kamarul sambil tangannya sibuk menabur makanan di kolam ikan koi nya itu. Dia seolah tahu apa anak kesayangannya itu mahukan.

"Erm, Sofy nak shopping barang kahwin boleh tak ? " Soal Zara sambil jari telunjukknya dilagakan bersama.

Gelaran Sofy hanya daddy dan mommy nya sahaja yang panggil, gelaran yang cukup istimewa buat anak kesayangannya yang satu itu.

"Bukan tak boleh sayang , tapi esokkan kita dah bertolak ke Dubai , berapa banyak barang Sofy nak bawak nanti ?"

"Alaaa please daddy , dapat satu pun jadilah." Pujuk Zara.

"Sampai Dubai nanti Sofy nak shopping 100 kali pun daddy sanggup belikan tapi bukan kat Malaysia ye sayang daddy ni."

"Dekat Dubai nanti lagi branded yang Sofy boleh dapat lagipun Aryan dah sampai sana so boleh lah Sofy ajak Aryan shopping sekali." Ujarnya lagi. Lelaki itu cuba memujuk anak gadisnya.

"Okay lah kalau macam tu tapi daddy janji ea daddy izinkan Sofy shopping sampai sana nanti."

"Iya sayang , everything for you." Sambil mengucup lembut ubun-ubun Zara.

"Thank you daddyku sayang." Ucap Zara dan berlalu pergi dari kolam ikan itu. Datin Talitha yang duduk di gazebo yang tidak berjauhan dari situ sekadar melihat telatah anak tunggalnya itu.

Gadis itu sering dimanjakan oleh kedua orang tuanya sejak kecil lagi. Sebab itu lah dia buat keputusan untuk tinggal dirumah sendiri dan belajar berdikari, malang nasib tak menyebelahinya. Tak sampai setahun berdikari dah kene kahwin erm bertambah manja lah Zara nanti.

Sempat ke nak bermanja kalau bakal suami tu garang macam singa ? Belum sempat nak bermanja dah kene baham. Nak pula kene kahwin paksa, hmm . Nak cakap bahagia tak sangat, nak cakap tak bahagia tapi terkadang ada lah juga manisnya , kita tunggu je lah pengakhiran kisah mereka nanti.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now