𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -18-

61 8 0
                                    

Rayyan keluar dari perut kereta dan terus berjalan menuju kearah Raysha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan keluar dari perut kereta dan terus berjalan menuju kearah Raysha. Belum sempat Raysha mahu membuka pintu kereta, Rayyan sudah membukakannya terlebih dahulu. Rambutnya diraup kebelakang supaya tampak lebih kemas.

Raysha yang memerhati perbuatan Rayyan yang mengemaskan rambutnya itu sudah cair umpama mentaga ketika dipanaskan. 'indahnya ciptaan tuhan'

"Terima kasih." Ucap Raysha dan menghadiahkan satu senyuman manis buat Rayyan. Rayyan sekadar tersenyum.

Cahaya kereta yang muncul secara tiba-tiba itu menghiasi kornea mata mereka berdua. Seketika cahaya kereta itu dipandang oleh mereka berdua yang masih tercegat disitu.

Kereta Range Rover putih milik Aryan mula kelihatan setelah sekuriti membukakan pintu pagar untuknya.

Aryan memarkir keretanya bersebelahan dengan kereta Rayyan. Lantas dia keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuk Zara pula.

Raysha berjalan menghampiri Rayyan. Manakala Zara pula memeluk erat lengan sasa Aryan. Nasib baik beralaskan baju kalau tidak memang sudah ditepisnya tangan Zara.

Sempat mata Zara mengerling Raysha yang bersebelahan dengan Rayyan. Pakaian yang Raysha pakai jauh lebih cantik dari dirinya. Memang tak dapat dinafikan Raysha memang cantik sejak lahir dengan anak matanya yang berwarna coklat cair, bulu mata yang lentik dan hidung mancungnya itu hingga membuatkan Rayyan jatuh hati pada gadis itu.

"Bukan kau cakap kau balik esok ke?" Soal Aryan serta merta setelah melihat Rayyan yang mula merapatkan dirinya dengan Raysha.

"Kalau ikutkan memang nak balik esok tapi Ray call dia cakap ayah aku ada jemput family kau makan malam dengan family aku so aku balik lah."

"Ouh," Sepatah Aryan membalas dengan muka yang serius lalu dia berjalan meninggalkan Raysha dan Rayyan yang masih tercongok disitu. Zara pula mengekori setiap jejak langkah jejaka dambaannya itu.

"Sayang, are you okay?"

"Ish! Tuan ni jangan lah panggil saya macam tu."

"Habistu nak panggil apa? Sweetheart? Baby? Love?" Soal Rayyan bertalu-talu sambil merosakkan awning tudung Raysha menggunakan kunci keretanya. Haih bab awning ni jangan main-main eh, Mr. Ceo.

"Eh Tuan ni kenapa? Tuan tahu tak saya habiskan masa saya depan cermin tadi hanya sebab awning tudung ni aje." Rungut Raysha. Rayyan sudah tergelak melihat telatah Raysha yang meniup awning tudung nya itu. Comel.

"Dah lah jom masuk, Aryan dengan Zara dah masuk tu." Pelawa Rayyan. Raysha hanya mengangguk.

Hati Raysha mula berombak melihat kemesraan Zara dan Aryan. Raysha menyedari dirinya tak secantik Zara. Mahu pula Zara ialah anak orang berada. Dalam masa yang sama Zara juga mencemburui kecantikan Raysha, sama-sama insecure lah katakan. Hakikatnya dua-dua cantik.

Walaupun kisah silam masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya hati tetap memilih untuk melupakan segala yang terjadi di antara mereka berdua.

Pintu rumah agam mewah itu dikuak oleh Rayyan. Raysha yang berada dibelakangnya sudah terlopong melihat pintu rumah itu. Pintu rumah je dah mewah apatah lagi isi rumahnya.

"Sayang, cepat lah masuk awak nak tunggu siapa lagi kat pintu tu?" Sapa Rayyan.

Raysha tersentak dari lamunannya. "ops sorry, rumah Tuan terlalu besar, saya hampir keliru pintu masuk rumah atau pintu masuk syurga."

Ni kalau Haurah tahu, mahu dia kata begini pada kawannya, "kampung lah kau ni Raysha."

"Haish berapa kali saya nak cakap, ni bukan rumah saya lah, ni rumah ayah saya, Tuan Nazim." Balas Rayyan sambil menekan perkataan ' Tuan Nazim' itu.

"Sama aje lah"

Lalu Raysha mengatur langkah mendekati Rayyan yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, dan mereka berdua jalan menuju kedapur.

"Eh! Pak usu dah balik !!" Jerit si kecil Luk setelah melihat kelibat Rayyan yang baru sahaja sampai di ruangan makan tersebut. Terus dia berlari anak mendapatkan Rayyan. Laju tangan Rayyan mendukung seraya mencium pipi si kecil itu.

"Pak usu, siapa kakak cantik ni?" Soal Luk sambil memandang pelik wajah Raysha.

"Bakal Mak usu Luk lah, nama dia Raysha Irdina tapi Luk boleh panggil kakak tomato buat masa sekarang." Jelas Rayyan. Raysha menundukkan kepalanya memandang lantai. Malu.

Aryan menjeling tajam tanda menyampah dengan gelaran yang Rayyan katakan tadi. Sungguh dia tidak suka melihat kemesraan Rayyan dan Raysha.

"Ish Tuan ni, malu lah saya." Bisik Raysha tapi masih boleh didengar oleh budak kecil yang didukung Rayyan itu.

"Tak ape nanti kita kawin cepat-cepat supaya lagi cepat Luk boleh panggil awak mak usu." Tutur Rayyan sambil mengenyit mata kearah Raysha. Ahli keluarga yang lain sudah menjadi penonton tidak berbayar melihat adegan merpati dua sejoli itu.

Raykarl sudah meluat dengan telatah adiknya, kerana dia tahu Tuan Nazim seorang yang tegas dan disebabkan itu Rayyan memilih untuk tidak bercinta malah terus memilih untuk berkahwin.

Sebab itulah Rayyan melayan Raysha seperti seorang Ratu yang telah bertakhta dihati seorang Raja kerana tiada seorang perempuan pun yang pernah menjadi 'Pujaan Hati Mr. Ceo' sebelum ini.

"Kau tak nak kenalkan ke bakal mak usu Luk tu dekat ahli kelurga yang lain?" Celah Raykarl. Sempat Nadine memukul perlahan bahu Raykarl. Suka sangat menyakat adik sendiri.

"Jom Raysha saya kenalkan awak dengan family saya." Ujar Rayyan. Luk masih lagi dalam dukungan Rayyan lalu laju dia berjalan menuju ke kerusi kosong yang bersebelahan dengan Aryan untuk meletakkan tubuh kecil Lukman.

Jari ditunding kearah seorang demi seorang manusia yang berada di situ. Raysha sekadar mengangguk tanda faham sambil tersenyum manis kepada mereka semua.

Tuan Nazim cukup berkenan dengan gadis yang satu ini. Cantik, malah tidak lokek dengan senyuman manisnya itu. Nampaknya Raysha bukan sahaja berjaya menambat hati Rayyan, hati bapa Rayyan pun dia sudah berjaya.

Zara sekadar melihat tindak tanduk Raysha dari mula dia masuk rumah itu. Cemburu dengan semua yang berkaitan dengan Raysha.

Walaupun Raysha seorang yang sederhana hidupnya tapi dia tetap bersyukur dengan apa yang ada. Tidak seperti Zara yang pastinya mahukan kemewahan dua kali gandi berbanding apa yang dia ada sekarang ini.

Sejujurnya Zara mencemburui setiap kelakuan yang Raysha lakukan kerana setiap itu diberi pujian ikhlas oleh keluarga Rayyan malah keluarga Aryan juga.

Maka, ketidakpuasan membadai hatinya, namun apakan daya Raysha mempunyai Rayyan yang akan mempertaruhkan nyawamya demi seorang Raysha irdina.

Siapa lagi yang sanggup berbuat demikian demi selain Harraz dan Rayyan.

Siapa lagi yang sanggup berbuat demikian demi selain Harraz dan Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now