𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -11-

62 8 0
                                    

"Erm ibu, Rayyan nak minta izin pergi ke johor boleh tak esok?" Soal Rayyan perlahan takut akan Tuan Nazim mendengarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Erm ibu, Rayyan nak minta izin pergi ke johor boleh tak esok?" Soal Rayyan perlahan takut akan Tuan Nazim mendengarnya.

"Ada apa kamu nak kesana,"  Sampuk Tuan Nazim tiba-tiba.

Terkedu Rayyan dibuatnya. Disangkakan tidak dengar. Tidak tahu pula Tuan Nazim ada di tangga. Manakan tidak dengar walaupun suara agak perlahan.

"Rayyan nak pergi kampung kawan Rayyan." Dalam takut dia membalas, dalam keterpaksaan aku relakan. Hahaha...

"Siapa kawan Rayyan tu? Lelaki ke perempuan?" Soal Puan Musalmah lembut disebelah Rayyan.

Kerana itulah Rayyan lebih rapat dengan ibunya, kerana sikap ibunya yang tidak lokek senyuman dan lemah lembut. Berbanding ayahnya, Tuan Nazim yang sungguh tegas dalam mendidik anak-anak beliau.

Tuan Nazim yang berada tidak berjauhan dari situ hanya melihat isterinya yang memanjakan anak bongsunya itu.

"Erm....perempuan." Akui Rayyan sambil tangannya menggosok tengkuk yang terasa berdiri buku roma itu. Mana tak nya, kene perati dengan harimau kan. Karang kalau salah cakap mau kene baham.

"Kenapa kami tak tahu pun yang Rayyan ada kawan perempuan selamani." Dahi Puan Musalmah mula berkerut. Maksud kami disitu ialah ayah dan ibunya sendiri.

"Sebenarnya tu pembantu Rayyan kat pejabat, Rayyan nak pergi ke kampung dia sebab ada orang masuk meminang dia," jelas Rayyan. Malas dia mahu berdalih karang ada kang kene soal selidik dengan ayahnya.

"Tapi esokkan Mak usu Laila dengan Pak usu Mahadi nak balik sini? Nanti kalau kamu tak de kat rumah apa pula dorang kata nanti?" Soal Puan Musalmah lembut. Dia juga memikirkan tentang perasaan tetamu yang datang dari jauh itu. Takut-takut kalau mereka kecil hati Rayyan tidak datang mrnjemput.

"Alaaa ibu, Rayyan pergi dua hari aje lepas dua hari nanti Rayyan balik lah, lagipun abang Ray kan ada."

Ray? Ray atau nama panjangnya iaitu Tuan Raykarl Ferhad bin Tuan Nazim. Abang kepada Tuan Rayyan Iskandar. Usia mereka tidak jauh beza hanya 3 tahun awal berbanding Rayyan. Manakala umur Rayyan pula 24 tahun.

"Biarkan lah dia Sal ! Dia dah besar dan dia tahu apa yang dia buat, kita tak perlu nak kawal dia lagi dah! " Tutur Tuan Nazim tegas.

"Rayyan janji, lepas Rayyan balik, Rayyan akan kenalkan P.A Rayyan kat ibu dan ayah,"

"Iye lah ibu izinkan Rayyan ke sana. Hati-hati, jaga diri kat tempat orang." Pesan Puan Musalmah, tak lekang dibibir nama anak-anaknya yang meniti disetiap doanya. Berdoa semoga anak-anaknya bahagia seperti mana Tuan Nazim bahagiakan dia.

Tuan Nazim juga akui bahawa isteri yang beliau nikahi datang dari keturunan yang baik. Serba serbi baik. Baik akhlaknya, baik tutur katanya, baik hatinya. Bukan sahaja baik, Puan Musalmah juga berasal dari keturunan yang berada. 

'Ada sahaja alasan kamu kalau tak nak masuk kerja,' gumam hati Tuan Nazim. Tapi dia tahu apa yang sedang terjadi antara Rayyan. Hati yang sedang berbolak balik itu dapat dikesan dari perbuatan Rayyan yang serba serbi tak kena.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now