𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -03-

97 17 1
                                    

"Ni ke syarikat yang kau kerja selama ni? " Soal Raysha ingin tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni ke syarikat yang kau kerja selama ni? " Soal Raysha ingin tahu. Kepala dijengahkan sedikit keluar tingkap melihat bangunan gah berdiri itu.

"Ya, Raysha Irdina, kau tak nampak ke nama syarikat ni terpampang kat atas tu?" Balas Haurah sambil menunding jari kearah tulisan besar dibahagian atas bangunan itu.

"Okay lah kalau macam tu aku masuk dulu, doakan aku semoga dapat kerja tau," mohon Raysha supaya kawannya mendoakannya.

Haurah sekadar melihat kelibat Raysha yang mula hilang dari pandangan.

Haurah sekadar melihat kelibat Raysha yang mula hilang dari pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaunter pertanyaan di pandang beberapa kali. Terdapat beberapa orang yang sibuk berjalan disitu. Mahu tegur, segan. Tegak sajalah dia berdiri disitu seperti tugu negara.

"Maafkan saya cik, saya tak sengaja," ujar salah seorang pekerja disitu kerana telah menyenggol kuat bahu Raysha hingga membuatkan failnya terjatuh.

"Tak apa." balas Raysha senada.

"Cik ni ada apa datang sini?" Tanya pekerja tadi.

"Erk....sa.....saya ada te....temuduga." Balas Raysha gagap. Janggal dengan suasana.

"Ouh temuduga untuk jawatan P.A kan?"

"Ya," pendek Raysha membalas sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Kak Nora! Ouh Kak Nora!" Panggil pekerja tadi. Susuk tubuh wanita yang lingkungan umur 30 tahun itu dipandang oleh Raysha.

"Hah ada apa?" sahut wanita itu.

"Ni ada budak nak interview jawatan kosong yang akak buka masetu,"

"Ouh meh sini ikut akak," Arah Kak Nora. Raysha hanya membuntuti setiap jejak Kak Nora pada masa itu.

Sampai sahaja di tingkat tujuh dimana tempat boss besar berada. Beberapa orang kakitangan yang ralit menaip tadi kini tertumpu ke arahnya pula. Tidak kedekut dengan senyuman rupanya pekerja-pekerja syarikat disini.

Di bawah sahaja tadi sudah berapa kali dia membalas senyuman. Naik cramp pipi!

"Ni semua staff dekat sini, awak jangan segan lah nak kenal dengan mereka semua." Wanita itu mengenalkan satu persatu kakitangan itu kepada Raysha. Raysha sekadaar tersenyum sambil mengangguk.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now