𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -25-

44 6 0
                                    

Mulut masih berat ingin mengajukan beberapa soalan tapi hati masih memaksa untuk menyoal. 'patut ke aku tanya?'

"Erm umi, Harraz nak tanya sikit boleh?"  Harraz beranikan diri bertanya.

Belum sempat Puan Mawar mahu menjawab soalan Harraz tadi, ada satu laungan dari luar rumah.

"Assalamualaikum." Laung Encik Amran sambil kakinya berjalan kearah dapur yang menempatkan mereka semua.

"Hah tu abi dah balik." Ujar Puan Mawar. Dengar suara je dah tau itu suaminya.

"Eh Harraz pun ada sekali, Syawal mana?" Soal Encik Amran tatkala tiba didapur tetapi kelibat Syawal tidak kelihatan.

"Dia ada kat belakang tu hah." Balas isterinya.

"Hah kamu nak tanya apa tadi Harraz?" Sambung wanita separuh abad itu lagi. Tertanya-tanya pula hati kecil Puan Mawar tika itu.

Syawal yang berada diluar hanya setia mendengar perbualan mereka bertiga. 'kan aku dah kata, dia datang nak tanya pasal Raysha bukannya nak tengok umi sangat pun.' tutur Syawal dalam hati. Benar sangkaannya.

"Erm, ke.. kenapa Raysha tolak pinangan Harraz?" Soal Harraz tergagap gagap. Gementar tapi dia cuba beranikan diri ingin bertanya.

"Aku dah agak dah Raz! kau memang nak tanya pasal tu pun kan?!" Jerkah Syawal yang tiba-tiba masuk. Terkejut mereka yang berada disitu. Nasib baik umi dengan abi tiada penyakit jantung kalau tidak, tak tau lah apa nasib umi dengan abi kesayangan Raysha ni.

"Ish kamu ni Syawal terkejut umi." rungut wanita separuh abad itu seraya mengusap lembut dadanya yang berlapikkan tudung itu.

"Sebenarnya Raysha tu muda lagi. Mentahlah katakannjadi masih tak bersedia nak pikul tanggungjawab, bagilah masa untuk dia capai apa yang dia nak." Celah Syawal.

"Sebelum abi penggal leher kamu guna katana baik kamu diam Syawal." Bidas Encik Amran. Syawal teguk liar payah. Siapa suruh cari nahas!

"Maaf abi." Balas Syawal, sedikit bergetar suaranya.

"Kamu kena faham Raysha tu baru je nak mengenal dunia luar, lagipun dia dah pasang niat nak sambung belajar jadi abi tak sampai hati nak tengok dia pikul tanggungjawab sebelum dia capai impian dia." Tutur abi tegas tapi masih dalam nada yang sederhana.

"Anak perempuan abi tu lain sikit, manja dia lain macam bila dah berkepit dengan orang yang dia sayang sebab itu abi tak nak lepaskan dia terlalu awal sebab abi takut abi rindu nak tengok dia bermanja dengan kami." Sambungnya lagi.

"Umi bukan nak kecilkan hati kamu Harraz , tapi umi terpaksa beritahu kamu tentang hal sebenar sebelum kamu dapat tahu berita ni dari mulut orang lain." Puan Mawar mula bersuara. Harraz mula gelisah. 'Betul ke apa yang aku sangka selama ni?' gumamnya dalam hati.

"Apedia umi?"

"Majikan Raysha si Rayyan tu pun ada hati dekat Raysha, jadi umi harap kamu jangan terlalu berharap yang Raysha akan berpaling pada kamu sebab umi takut kamu akan kecewa buat kali yang kedua." Balas wanita tua itu lembut. Muka Harraz bertukar menjadi merah menahan geram. 'kan aku dah agak.' Rahangnya diketap kuat.

"Harraz, semua ni berlaku ada hikmah. Mungkin DIA nak tunjukkan pada kamu yang Raysha ni bukan yang terbaik untuk kamu." terang Encik Amran lagi.

"Harraz terima semua dengan hati yang terbuka, umi. Terima kasih sebab izinkan Harraz berkawan dengan Raysha. Dapat berkawan dengan Raysha pun dah bersyukur bagi Harraz." Ujar Harraz lemah seperti satu minggu tak makan. Dia menipu dirinya sendiri. Hakikatnya hati masih tersisa luka.

•••••••

"Erm sedap nya Tuan masak , ni mesti dah biasa masuk dapur kan." Puji Haurah seraya menyuap nasi goreng daging itu kedalam mulut. Raysha pula terlalu asyik makan hingga tak pandang kiri kanan. Sedap sangat !

"Eh mestilah , sampai Raysha pun tak toleh kiri kanan" Balas Rayyan . Tersedak Raysha bila namanya diseru.

"Apa dia tadi ?" Soalnya pelik. Tulah sedap sangat sampai tak ingat dunia hah si Raysha makan. Maklumlah lapar pun satu hal yelah dari petang semalam kot tak makan.

"Tak de apa-apa lah Love , dah lah sambung makan saya tahu awak lapar." Balas Rayyan sambil tersenum melihat gelagat Raysha yang seakan-akan kebudak-budakan itu.

"Tuan , tadi bukan main janji nak cerita apa yang jadi semalam lepastu tengok Raysha makan terus lupa pulak ye." Haurah bersuara . Rayyan teringat akan janjinya kepada dua gadis didepannya itu.

"Ouh , sebenarnya semalam saya nak bincang dengan Raysha tentang kami tapi saya tak tahu pulak akan jadi benda lain, si Aryan bebal tu lah sibuk je."

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now