𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -20-

76 12 0
                                    

Pekerja yang sedang membancuh simen dipandang sekilas oleh Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pekerja yang sedang membancuh simen dipandang sekilas oleh Harraz. Hati tak tenang kerana mengingatkan hari dimana Raysha menolak pinangannya. Banyak andaian dan tanda tanya yang bermain difikrannya. Namun dibiarkan soalan itu tanpa ada jawapan.

Tiba-tiba ada satu sentuhan aras bahu dari belakang yang mengejutkan dia. " Raz, jom balik dulu makan tengahari, aku lapar ni." Ajak Syawal sambil menggosok perutnya yang sudah berkeroncong itu.

"Kau balik lah dulu. Aku nak tengok dorang buat kerja jap, nanti aku datang rumah kau nak tengok umi." Jawab Harraz perlahan. Penat mungkin.

Syawal tersenyum senget."kau nak tengok umi ke nak tanya pasal adik aku tu?" Teka Syawal tatkala melihat air muka lelaki itu berubah.

"Hm, mesti kau ingat yang aku ni masih belum move on dengan adik kau tu kan?" Soal Harraz sambil menilik muka Syawal.

"Aku tak cakap macam tu pun Raz, kau je pandai buat andaian sendiri, lagipun Haurah kan ada?"

"Haurah?" Soal Harraz pelik. Kenapa dengan gadis jelita yang bernama Haurah tersebut?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja dia memetik nama Haurah?

"Ya, Haurah. Dia tu kan cantik, pandai, kerja pun senang lagipun adik aku tu muda lagi Raz. Haurah tu atas dia jadi aku sarankan kau ambillah si budak Haurah tu,"

"lagipun dia tu bukannya tua sangat pun kan, tua berapa tahun je dengan adik aku, no hal lah bro!" Sambil menepuk bahu Harraz.

Dipuji melambung Haurah tu, entah apa yang sedang merasuk fikiran si Syawal tika itu tiada siapa yang tahu.

Dahi Harraz berkerut. "Apa maksud kau ni Syawal? Aku tak faham lah."

"Buat-buat tak faham ke memang betul-betul tak faham?" Soal Syawal sambil tersenyum hingga menampakkan sebaris gigi putihnya. Seraya dengan itu dia bangun dari duduknya.

"Tak, tak aku serius tak faham. Cuba kau terangkan kenapa dengan Haurah? Ada apa dengan dia?" Soal Harraz. Dahinya berkerut menafsir kata-kata Syawal.

Fikirannya bercelaru, apa yang dimaksudkan oleh Syawal itu? Apa kaitannya dengan Haurah? Dan kenapa kalau Haurah jauh lebih baik dari Raysha sekalipun?

"Dah lah Raz, jom balik. Bila masa dah pertemukan korang berdua nanti dan di situ lah kau tahu segalanya." Balas Syawal.

Syawal tahu, belum tiba masanya untuk dia memberitahu semua yang tersirat dikepalanya. Tentang Haurah, tentang adiknya juga. Dan urusan hati ke hati.

Jarinya menekan butang telefon pejabat hingga membuatkan talian itu bersambung dengan telefon di meja Raysha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jarinya menekan butang telefon pejabat hingga membuatkan talian itu bersambung dengan telefon di meja Raysha."hello Raysha, masuk kejap."

"Baik Tuan." Raysha bingkas bangun dan membawa sekali buku catatan serta pen yang terselit dibuku itu. Kaki laju mengatur langkah kebilik Rayyan yang tak jauh dari situ.

Pintu kaca diketuk oleh Raysha beberapa kali.

"Masuk," suara yang penuh dengan keseriusan.

" Ya, Tuan. Ada-apa yang boleh saya bantu?" Itu sahaja lah permulaan mukadimah seorang pekerja kepada seorang majikan jika diarah masuk kebiliknya.

"Did i have any appointment today?" Soal Rayyan sambil matanya tertancap pada skrin laptop. Fokus pada kerjanya. Itulah yang sering dilakukan oleh seorang CEO dalam setiap kerjanya. Fokus!

Ralit tangan Raysha menyelak satu persatu helaian kertas yang tercatat semua hal penting kerjanya. "Tak ada Tuan, tapi Tuan ada meeting dengan semua kakitangan Berjaya T.N pukul 3 nanti." jelas Raysha.

"Awak tolong tangguhkan dulu, ada hal lagi penting yang perlu saya uruskan." Balas Rayyan mendatar. Matanya masih tepat pada skrin laptopnya. Banyak kerja kut, yelah dua hari tak masuk office kan.

"Baik Tuan, ada apa-apa lagi?"

"Ada, nanti pukul 3 awak ikut saya."

"Kita akan ke mana?" Soal Raysha pelik. Rayyan hanya mendiamkan diri. Sedikit pun dia tidak menghiraukan soalan yang ditanya oleh Raysha.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu." Pamit Raysha. Mata Rayyan langsung tidak beralih pada laptop itu.

Lantak kau lah Rayyan.

"Cop, lepastu kita tak masuk office lagi so awak minta tolong Zara tutupkan suis lampu dekat bilik fail tu sebelum balik." Arah Rayyan.

"Baik Tuan, ada apa-apa lagi?"

"Nothing." Senada Rayyan membalas. Lantas Raysha keluar lalu menuju ke mejanya. 'ada apa pulak pukul 3 ni, macam serius sangat je bunyinya.' gumam Raysha dalam hati.

Hal yang melibatkan dirinya pastilah hal kerja, tiada apa yang perlu dirisaukan jadi kau relaks je Raysha.

Tiba-tiba dia teringat apa yang Rayyan katakan tadi. Lalu dia mula berjalan ke meja Zara yang berhampiran dengan meja pekerja lain.

"Zara, awak tolong tutupkan suis lampu dekat bilik fail ya sebelum balik," dengan penuh sopan santun dia memberitahu.

"Wait, bukan kau ke sepatutnya yang buat kerja tu? Apesal suruh aku pulak yang buat ?!" Tengking Zara seraya bangun dari tempat duduknya sambil mata helangnya menangkap mulut-mulut yang sedang berkata padanya.

"Tuan Rayyan nak keluar pukul 3 nanti dan saya kena ikut jadi Tuan suruh saya minta tolong awak untuk tutupkan suis lampu tu." Jelas Raysha lagi.

Tiada niat dia mahu menyusahkan sesiapa didalam pejabat itu, ini juga atas arahan majikannya. Manakan mahu dia ingkar.

"Eh! Kau siapa nak arah-arah aku. Tuan Rayyan dengan Tuan Aryan je lah yang boleh arah aku!" Tengking Zara lagi hingga mengganggu kosentrasi semua pekerja yang berada di situ.

"Tapi ini arahan dari Tuan Rayyan juga. Saya betul-betul tiada niat nak susahkan awak. Kalau saya tak keluar pukul 3 ni saya tak minta tolong awak pun." Balas Raysha dan dia masih mengawal suara serta pertuturannya.

Sedaya upaya dia memperjelaskan dan membuat Zara faham mengapa dia perlu meminta tolong perempuan itu untuk menolongnya.

"Aku tak nak bu..."

"Kau tak nak apa Zara," Jerkah Rayyan yang tiba-tiba mencelah. Suara Rayyan yang begitu lantang membuatkan Aryan pula keluar.

"Apa bising-bising ni?" Soal Aryan.

Satu tingkat menjadi penonton tidak berbayar bagi drama tidak berpengarah.

*chapter ni maybe pendek sikit dan macam biasa lah, bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*chapter ni maybe pendek sikit dan macam biasa lah, bosan.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now