𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -12-

55 9 0
                                    

"Hah Haurah, mana Raysha?" Soal Puan Mawar yang baru keluar dari dapur basah sambil menatang dulang berisi sejenis kuih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hah Haurah, mana Raysha?" Soal Puan Mawar yang baru keluar dari dapur basah sambil menatang dulang berisi sejenis kuih.

"Dia kata dia nak kedepan tadi. Erm abi dengan abang Syawal belum balik lagi ke dari bandar?" Hairan juga, dari tadi tetamu sampai tidak nampak pula batang hidung dua beranak itu.

Syawal? Syawal Faeq bin Amran ialah abang kepada Raysha Irdina. Dua beradik sahajalah mereka bergelak ketawa semasa kecil. Adik bongsu Raysha, iaitu Luth fahreen bin Amran telah dijemput ilahi sewaktu usianya menginjak 7tahun. Tragedi yang mungkin tidak akan dilupakan oleh keluarga Encik Amran dan punca kematiannya juga masih segar dalam ingatan.

"Belum lagi lah tu agaknya." Lembut suara wanita tua itu membalas soalan Haurah tadi.

"Rombongan meminang datang pukul berapa umi?"

"Katanya dalam pukul 2 macam tu lah, lepaskan zohor sekali kan senang."

"Oh," senada Haurah membalas. Hanya senyuman yang menghiasi wajah ayu Haurah walaupun hakikatnya dalam hati terasa sakit ya amat.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Raysha semasa berada di Kuala Lumpur tempoh hari.

'betul ke Raysha nak tolak pinangan abang Harraz macam tu je, mesti ada sebab kenapa dia tolak abang Harraz ?' tutur Haurah dalam hati.

Tapi hati manusia cepat berpaling tadah dan berubah. Buatnya Raysha terima juga pinangan Harraz memang kecewa habis lah Haurah.

"Saya nak Kak Nora letakkan fail ni atas meja Rayyan dan hantar balik pada saya lepas dia semak semua proposal ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya nak Kak Nora letakkan fail ni atas meja Rayyan dan hantar balik pada saya lepas dia semak semua proposal ni." Arah Tuan Aryan tegas.

"Baik Tuan Aryan, tapi mungkin lambat sikit Tuan Rayyan akan semak semua proposal ni sebab dua hari ni dia tak masuk pejabat." Balas Kak Nora lambat-lambat dengan nada yang perlahan.

"What! Tak masuk pejabat! Ni ke CEO yang korang bangga-banggakan tu? Sanggup tinggal pejabat macam tu tanpa urusan mustahak?" Ujar Aryan kuat hingga menggangu kosentrasi pekerja lain. Muka meja ditampar kuat hingga terhinjut-hinjut bahu wanita yang berada dihadapannya. Tidak puas hati lah tu CEO boleh ambil cuti sesuka hati.

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now