𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀 -17-

68 9 1
                                    

Buat yang ke tiga kalinya dia menekan bahagian tengah stereng hingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buat yang ke tiga kalinya dia menekan bahagian tengah stereng hingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat.

Telefon dicapai seraya mendail nombor telefon Zara.

"Kau boleh cepat sikit tak Zara, nanti papa marah aku!" Jerkah Aryan setelah panggilannya dijawab.

"Ye okay, sabar lah sikit lagi nak siap ni." Balas Zara sambil membetulkan bahagian awning tudungnya.

Kali ini dia memakai tudung untuk tampak lebih ayu dan sopan.

Laju dia menuruni anak tangga dan mematikan suis elektrik. Kasut tumit 2 inci dicapai oleh Zara sebelum dia mengatup pintu.

Apabila kaki mula mengatur langkah menghampiri Aryan, telefonnya berdering. Dia memberhentikan perjalanannya.

Tangan diseluk ke dalam tas tangan untuk mengambil telefon. Nama yang tertera di skrin 'Puan Laila'.

"Oi Zara cepat lah, papa dah call aku ni." Jerit Aryan.

Tergesa-gesa Zara dibuatnya dan dibiarkan sahaja panggilan itu termati sendiri.

Laju Zara berjalan dengan kasut tumitnya. Pintu kereta milik Aryan dikuak lalu dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan tempat duduk Aryan.

Aryan tergamam. Wangian yang datang dari arah Zara menusuk masuk ke rongga hidungnya, mata dikalihkan pula melihat pakaian yang dikenakan oleh Zara pada malam itu.

'cantik.' perkataan pertama yang muncul dihati dan difikiran seorang Tuan Aryan Mikael. Tak ! Tolong jangan cair duhai hati. Aryan terdiam sejenak.

Sungguh ayu ketika Zara mengenakan kurung moden bewarna hijau emerald berlace silver dan bertudung kelabu. Terlihat sangat sopan dan menutup aurat berbanding pakaiannya ketika di pejabat yang agak mencolok mata.

"you, cepat lah tadi you kata papa you dah call? Lepas tu kenapa tak gerak lagi ?"

Aryan tersentak.

"Kau yang siap lambat, aku pulak yang kau salahkan." Tuduh Aryan melulu.

"Eh i tak salahkan you pun lah." Zara bela diri sendiri.

"Dah lah! Diam! Pakai seatbelt tu kalau tak nak mati awal." Sindir Aryan sambil matanya menjeling Zara.

Namun Zara langsung tidak menghiraukan kata-kata Aryan tadi malah tangannya menyeluk tas tangan yang berada diatas ribanya untuk mengambil telefon. Dia melihat skrin telefon dengan lebih tekun. Aryan berdecit perlahan. Matanya dijulingkan keatas.

Tanpa Zara sedar ada satu nafas yang menghangatkan pipinya hingga membuatkan dia tertoleh kearah tersebut.

Lalu wajah tampan Aryan memenuhi pandangan mata seorang Ezzara Sofya.

Tiba-tiba ada satu tangan yang melingkar ditubuh Zara dan membuatkan Zara tersedar dari lamunannya.

"Eh you nak buat apa ni ?! "

"Aku nak pakaikan kau seatbelt lah sengal! Bukan nak sentuh kau, perasan! " Sambil menunjal perlahan kepala Zara.

"Tak ape, i boleh pakai sendiri." Balas Zara senada sambil memggosok-gosok kepalanya.

Walaupun hati Aryan masih berpaut dengan orang lain tapi Aryan dapat rasakan ikhlasnya cinta Zara terhadap dirinya sejak mereka berdua melanjutkan pelajaran di luar negara duhulu.

Dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut Aryan adalah bait-bait jahat yang tidak disangka oleh Zara namun hati masih mengikhlaskannya kerana disebabkan dirinya jugalah yang membuatkan Aryan berubah menjadi begitu.

Aryan mengeluh perlahan. "Aku minta maaf kalau kau tak selasa, aku cuma nak pastikan kau selamat. Itu aje."

Sejahat-jahat Zara bercadang untuk menjatuhkan Rayyan namun dirinya masih ada harga diri dan kehormatan yang perlu dijaga.

Zara hanya mendiamkan diri. Tidak mahu berkata apa-apa.

Aryan menekan pedal minyak secara sederhana dan berlalu pergi dari kawasan perkarangan rumah Zara.

Aryan menekan pedal minyak secara sederhana dan berlalu pergi dari kawasan perkarangan rumah Zara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raysha bangun, kita dah sampai." Kejut Rayyan sambil menggoncang perlahan bahu gadis itu.

Namun tiada sebarang reaksi yang dilemparkan oleh Raysha. Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal. Tak tahu nak buat apa.

Raysha masih lena dibuai mimpi dengan berbantalkan bahu Rayyan. Boleh tahan lama jugalah Rayyan bertahan menahan bahunya supaya Raysha tidak terjaga dari tidurnya.

"Sayang.....bangun kita dah sampai." Kejut Rayyan dengan nada perlahan dan separuh menggoda disebelah telinga Raysha.

Raysha tersedar bahunya digoncang perlahan dan pipinya terasa hangat lalu dia mencelikkan mata seraya mengangkat kepalanya dari bahu Rayyan.

"Amboi awak, laju je bangun kalau saya panggil sayang, so lepasni boleh lah saya panggil awak sayang kan?" Soal Rayyan, gatal. Raysha menggosok perlahan matanya dan dibetulkan sedikit awning tudungnya supaya terlihat lebih kemas.

"Ish Tuan ni, saya bukan sengaja pun."

"Dah jom turun, kita dah sampai."

"Ni rumah Tuan ke?" Soal Raysha sambil matanya tertumpu kearah rumah agam mewah itu.

"No! Ni rumah ayah saya."

Terlopong mulut Raysha. Rayyan tertawa kecil. Bingung Raysha yang baru sedar dari buaian mimpinya itu.

"Dah lah sayang, jom kita masuk ibu dengan ayah saya dah tunggu bakal menantu dia."

"Eh keluarga Tuan tau ke yang saya ada sekali?"

"Tahu, tadi saya dah beritahu abang saya and saya dah suruh dia bagitahu dekat parents saya sekali."

Rayyan keluar dari perut kereta dan terus menuju kearah Raysha. Belum sempat Raysha mahu membuka pintu kereta, Rayyan sudah membukakannya terlebih dahulu.

"Terima kasih." Ucap Raysha dan menghadiahkan satu senyuman manis buat Rayyan. Sempat Rayyan mengenyitkan matanya bagi membalas ucapan Raysha tadi.

Tiba-tiba......

Pujaan Hati Mr. CeoWhere stories live. Discover now