"Raysha Irdina saya cintakan awak!" Tanpa menyambung ayatnya tadi dan memang dia tidak sanggup untuk habiskan. Dia bagun dan terus menjerit di tepi pantai itu.
Ada juga pasangan suami isteri atau sepasang kekasih yang tersenyum melihat Raysha dan Rayyan. Mungkin gelagat Rayyan mencuit hati mereka.
Raysha tercengang. Seraya itu, dia menekup mukanya yang kemerahan seperti tomato dengan kedua-dua belah telapak tangannya.
"Tuan jangan lah main-main, saya dah lah sedih kene marah dengan abi tadi lepastu Tuan boleh pulak bergurau." Cebik Raysha.
"Awak ada nampak saya bergurau ke sekarang ni, Raysha? Dah, sekarang jom kita balik. Saya nak bincang dengan abi awak, nak minta izin dengan abi awak untuk halalkan awak." Ujar Rayyan mendatar seraya bangun dari tempat duduknya. Mukanya ti nampak seperti yang dia sedang bermain-main atau bergurau.
''Saya takut, Tuan. Saya tak boleh hadap semua ni seorang diri.'' Jujur Raysha. Itulah yang sedang membadai hati Raysha.
Dia juga seolah-olah tidak percaya yang bossnya sendiri ungkap kata cinta secara tiba-tiba. Dua kejadian dalam satu masa.
"Siapa kata awak perlu hadap seorang diri? Awak ada saya yang akan harungi semua masalah kita bersama. Raysha jom kita balik dulu. Kita settle kan apa yang dah jadi kat rumah awak tu dan bila kita balik Kuala Lumpur nanti saya akan kenalkan awak dengan keluarga saya." Jelas Rayyan. Raysha masih tak percaya. Dia terbungkam buat seketika.
Bukan mudah dia mahu menghadam semua yang terjadi pada hari ini dengan mudah. Tapi hatinya yakin bahawa lelaki yang berada disebelahnya itu akan sentiasa ada disisi nya dan beri sokongan serta semangat buatnya. Terima kasih, Tuan Rayyan.
"Dah jom cepat," Ajak Rayyan. Laju Raysha menurut perintah Rayyan seraya bangun dari timbunan batu-batu besar itu.
Setelah 30 minit menanti akhirnya sampai juga gerangan yang dirindui setelah 3 tahun tidak bersua muka.
"Ayah, pak usu dengan mak usu dah sampai tu." Ujar Raykarl sambil menunjuk kearah Tuan Mahadi dan Puan Laila yang menghampiri mereka.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr. Ceo
Romance•ongoing• 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 -Rayyan Iskandar -Raysha Irdina Pertemuan yang sangat tidak disangka akhirnya membawa kebahagian buat Rayyan. Namun, setelah kisah lama diungkit kembali, mampukah Raysha menghadapi ujian buat...