1

2 0 0
                                    

Tengku Athief masih tidak berpuas hati dengan keputusan papa dan mamanya. Dia seakan hilang kawalan tetapi dia masih sedar, dia tidak boleh berkasar dengan papa dan mamanya.

"Mama yakin dia mampu bahagiakan Ief," ujar Tengku Amanina dengan penuh yakin.

Tengku Athief menggeleng. "No. Ief takkan pernah bahagia. Mama lupa ? Sebab kenapa Ief benci pada semua perempuan yang nakkan Ief ?"

"Mama tak lupa sayang. Tapi mama nak ingatkan kamu. Tak semua perempuan tu sama. Mama percaya pada dia. Dia tak seperti yang kamu sangka Ief. Trust me,"

Tengku Athief menggeleng lagi.

"Bagi Ief masa,"

"No. Next week Ief kena kahwin juga dengan pilihan mama. Keputusan mama muktamad. Sampai bila kamu nak jadi macam ni ?"

"What !? Are you serious ? Mom, look. Ief tak nak. Dan Ief takkan kahwin,"

"Astagfirullahalazim," Tengku Azhar beristigfar mendengar kata-kata anaknya. "Ief, keputusan papa dengan mama ni keputusan terbaik buat kamu. Kamu tahu ? Restu dari ibu bapa tu penting,"

"But Ief tak nak kahwin,"

"Okay. Papa bagi kamu dua pilihan. Kamu nak kahwin dengan pilihan kami or kamu nak papa tarik semua kemewahan kamu ? Mana yang kamu nak ?"

Inilah salah satu benda yang Tengku Athief tak suka. Diugut.

'Kalau aku tak kahwin dengan pilihan mama, semua kemewahan aku diambil. Kalau aku kahwin dengan pilihan mama, kemewahan aku tak diambil ?'

"Pa, tolong jangan paksa Ief,"

"Pilih yang mana kamu nak, Ief," Tengku Azhar masih dengan ugutannya. Dia juga tidak mahu terlalu memaksa anaknya tapi ini semua demi kebaikan Tengku Athief.

Tengku Athief menghembus nafas dengan kasar.

"Fine ! I will marry her," setelah itu, Tengku Athief berdiri lalu naik ke tingkat atas. Pintu bilik ditutup kasar menandakan dia memang benar-benar marah.

Tengku Azhar kesian sebenarnya dengan Tengku Athief namun baginya, perkahwinan ini adalah benda paling penting buat Tengku Athief.

"Ina harap Ief dapat terima Aulia,"

"Abang pun harap macam tu juga,"
.
.
.
.
.
Aulia hanya akur pada keputusan uminya, Puan Faridah. Walaupun dia tidak bersetuju dengan keputusan uminya, namun sebagai anak, dia tidak boleh membantah.

"Lepas kamu kahwin, kamu mesti hormat suami tau ? Jangan lawan cakap suami. Tak elok. Nanti jadi isteri derhaka," pesan Puan Faridah.

Aulia hanya mengangguk tanda mengiyakan.

"Ni, abah nak cakap sikit. Kalau nanti, Aulia perlukan apa-apa, Aulia bagitau umi dengan abah. In Sya Allah, umi dengan abah cuba bantu,"

Aulia tersenyum.

"Apa abah ni. Kalau Aulia nakkan sesuatu, Aulia boleh usaha sendirilah,"

"Macam nilah anak abah. Pandai usaha sendiri. Tapi kalau memang perlukan sesuatu, lepas tu Aulia tak tahu nak buat apa, jangan segan beritahu abah dengan umi,"

"Abah kan pernah cakap, kalau nakkan sesuatu, kita perlu usaha sendiri tanpa bantuan orang lain,"

"Tapi abah dengan umi ni bukan orang lain tau,"

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now