Sebulan berlalu...
Kehidupan Aulia sama sahaja seperti sebulan yang lepas. Didera oleh suami sendiri. Satu kesilapan dia buat, maka dia akan dipukul. Diperlakukan dengan kasar.
Namun dia masih tabah. Dia masih sabar. Dia tahu, Allah mampu merancang yang lebih baik. Andai benar Tengku Athief jodoh dia, dia percaya suatu hari nanti, Tengku Athief pasti akan berubah.
"Woi ! Kau bila nak bersiap ? Majlis abang kau dah nak mula lepas ni !!" Begitulah Tengku Athief. Tidak pernah berubah. Kasar seperti dulu. Dia tak tahu ke hati perempuan ni lembut selembut kapas ??
Oh ya, abang dia dengan Izara akan berkahwin hari ni. Tak sangka jodoh dua budak tu kuat juga. Walaupun banyak masalah tapi tetap mereka lalui bersama-sama.
'Tak sangka kau akan jadi separuh daripada keluarga aku, Zara,'
"Aduh !" Aulia merintih kesakitan bila rambutnya direntap kasar. Sudah keberapa kali rambutnya menjadi sasaran Tengku Athief.
"Kau bila nak bersiap, bodoh ?! Berapa kali aku nak cakap !?" Sempat juga dia memberikan satu penampar ke wajah Aulia. Panas betul hatinya bila Aulia mengendahkan kata-katanya.
"Maafkan saya,"
"Maaf...maaf ! Sekali lagi kau buat perangai bodoh kau tu, aku akan bagi kau pengajaran yang secukupnya !!"
Rambut Aulia dilepaskan dengan kasar lalu dia keluar dari bilik tersebut.
Aulia sedaya upaya menahan tangisnya agar tidak kedengaran. Biarlah, hanya Allah sahaja yang dapat mendengar rintihan hatinya.
Dia terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian, dia memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai ke majlis perkahwinan abangnya.
Selepas memastikan yang dia benar-benar sudah siap, pantas dia turun ke bawah. Kalau lagi lambat, habislah dia kena leter. Tak sanggup rasanya.
"Bersiap pun lambat ?" Soal Tengku Athief sinis. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Pukul 7 malam.
"Saya mandi tadi,"
"Alasan. Cepat sikit masuk dalam kereta. Aku kunci rumah,"
Aulia mengangguk sahaja lalu keluar dari rumah. Langkahnya diatur menuju ke garaj kereta. Pintu kereta dibuka perlahan kemudian dia masuk ke dalam kereta.
Tidak lama kemudian, Tengku Athief masuk ke dalam kereta lalu duduk di bahagian pemandu. Setelah memanaskan enjin, dia terus memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah.
Sejam dalam perjalanan, barulah mereka sampai di rumah Puan Faridah. Sesampai sahaja di situ, banyak kereta yang sudah diparking di halaman rumah tersebut.
Orang ramai juga turut menyibukkan diri untuk mengambil makanan. Nampaknya, majlis akad nikah sudah selesai. Mereka terlewat.
"Kau bila nak keluar ?!" Herdik Tengku Athief membuatkan Aulia tersentak. Cepat-cepat dia keluar dari kereta lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum," Aulia memberi salam.
"Walaikumsalam," jawab Encik Hazrul. "Eh, bila sampai ? Masuklah,"
"Baru je sampai. Umi mana ?"
"Ada kat dapur. Suami kamu mana ?"
"Assalamualaikum," belum sempat Aulia menjawab, kedengaran orang memberi salam. Siapa lagi kalau bukan Tengku Athief.
"Walaikumsalam. Masuklah,"
"Abah sihat ?" Soal Tengku Athief ramah.
"Sihat alhamdulillah,"
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...