Aulia tidak sedar dia sudah terduduk di tepi katil Tengku Athief walhal semalam Tengku Athief sudah melarangnya untuk tidak menyentuh katilnya walau seinci pun.
Sedang elok dia duduk, tiba-tiba rambutnya direntap kasar. Okay, ni kali ketiga Tengku Athief tarik rambut dia. Hina sangatkah dia ?
"Aku dah pesan semalam, jangan pernah sentuh katil aku !! Tapi kau tak dengar amaran aku !! Kau memang nak kena !!"
Tengku Athief melepaskan cengkamannya lalu mencari sesuatu di dalam almari. Aulia menggigil ketakutan. Apa Tengku Athief nak buat ?
Mata Aulia terbuntang apabila melihat Tengku Athief datang ke arahnya sambil membawa tali pinggang. Dia nak pukul aku ke ? Ya Allah...
"A...awak nak buat apa ?"
"Nak ajar kau !"
Satu libasan terkena di badan Aulia. "Sakit," rintih Aulia. Namun apakan daya, Tengku Athief tidak mendengar rintihan dia.
Libasan demi libasan hinggap di badannya dan akhir sekali, di kakinya. Sakit dia hanya Allah yang tahu. Kenapa ? Kenapa dia dilayan seperti hamba ?
"Ni baru aku libas kau guna tali pinggang. Kalau kau buat kesalahan lagi lepas ni, aku takkan teragak-agak untuk pukul kau lebih teruk dari ni !! Kau faham tak ?!"
Aulia mengangguk lemah. Dia tidak berdaya untuk melawan.
"Dah tu, jauhkan diri kau dari katil aku !"
Perlahan-lahan Aulia bangkit lalu masuk ke dalam bilik air. Di situ dia menangis sepuasnya. Kesan libasan tali pinggang jelas terpapar di kulitnya.
Kalau dia tahu hidupnya seperti ini selepas berkahwin, dia akan menolak permintaan uminya. Dia tidak sanggup hidup terseksa. Dia mahu kehidupan dia yang bahagia seperti sebelum ini.
'Ya Allah, apa dosa aku ? Inikah balasan yang aku dapat lepas aku buat kebaikan dengan orang ? Sesungguhnya aku tak sanggup hidup seperti ini,'
.
.
.
.
.
Daniel tersengih-sengih ke arah Tengku Athief. Rasa ingin mengusik Tengku Athief pula. Haih...tak apa, meh kita usik dia."How your first night, bro ?" Saja ingin mengusik sahabatnya. Rasa macam lama tak mengusik Mr.Ice ni pula.
Buk ! Satu tumbukan hinggap di bahu Daniel.
"Auch ! Sakit bangang !"
"Padan muka. Sekali lagi kau cakap fasal tu, aku takkan teragak-agak untuk pecahkan kepala kau !"
Daniel menggosok-gosok bahunya yang terasa sakit. "Apa salahnya bahas fasal benda tu. Kenalkanlah bini kau pada aku,"
"Kau jangan nak mengada eh ?!"
"Gurau jelah," ujar Daniel. "Weh bro, aku harap kau dapat terima isteri kau. Jangan samakan dia dengan perempuan lain. Yes. Semua perempuan sama tapi hati tak sama, kalau kau tak suka isteri kau, tolong jangan kasar sangat dengan dia. Aku faham sangat tabiat kau ni. Bukan sehari dua aku kenal kau tapi dah bertahun-tahun,"
Tengku Athief terdiam. Entahlah. Dia macam tak ada perasaan sekarang. Sikap perikemanusiaan dia entah hilang ke mana. Kalau Daniel tahu dia dah pukul Aulia, apa pandangan Daniel pada dia ?
Tu baru Daniel. Kalau papa, mama, abah, umi yang tahu ? Macam mana ? Tengku Athief meraup wajahnya kasar. Rambutnya dikuak ke belakang.
"Kau dengar tak, Tengku Athief ?".
"Kau boleh senyap tak. Dah, baik kau balik office kau sekarang. Aku tengah serabut ni. Dah, blahlah,"
"Serabut konon. Ke kau rindu bini kau ?"
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...