Aulia menguis-nguis kakinya ke tanah. Petang-petang macam ni, taman memang penuh dengan orang ramai.
Ramai budak-budak yang datang dengan ibu bapa masing-masing. Cemburu Aulia apabila melihat pasangan yang datang ke taman itu. Kelihatan bahagia...
Seandainya dia ada anak sendiri...
'Jangan haraplah kau ada anak sendiri Aulia.'
Tiba-tiba, Tengku Athief melutut di hadapannya. Laju sahaja dia mencapai tangan Aulia lalu cincin tersebut disarungkan ke jari manis Aulia sebelah kiri.
Aulia terkaku di tempat duduknya.
"Jangan pernah tanggal cincin ni, ni tanda aku nak jalankan kehidupan baru dengan kau. Kita tutup buku lama, kita buka buku baru,"
Aulia rasa terharu. Nampaknya Tengku Athief benar-benar ingin berubah. Matanya terasa panas. Kenapa dia rasa bahagia sangat ? Walaupun dia tahu Tengku Athief tidak akan pernah menyayangi dirinya...
"Dan mulai sekarang, aku harus belajar untuk menyayangi kau, kau jangan risau. Aku akan cuba untuk buka hati aku untuk kau," tangan Aulia digenggam erat lalu dikucup syahdu.
Aulia ? Tipulah kalau dia tidak berasa gembira.
"Tapi kalau awak tak boleh sayang saya, jangan paksa diri awak."
Tengku Athief tersenyum lalu dia berdiri. Dia duduk di sebelah Aulia kemudian tubuh kecil gadis itu dipeluk kejap.
Dia sendiri yang buat semua ni. Dia bukan terpaksa. Dia benar-benar ingin berubah. "Jangan risaulah. Aku yakin kau akan berjaya jadi pemilik hati aku, kita hanya perlu bersabar. Biar Allah yang tentukan,"
"Thanks,"
"Welcome,"
Tengku Athief tersenyum dalam diam.
"Kau ada nak pergi mana-mana lagi tak lepas ni ?"
"Tak ada. Kenapa ? Awak nak singgah mana-mana lagi ke ?"
Tengku Athief menggeleng.
Jam tangan dipandang sekilas. Tepat pukul 6 petang.
"Jom balik. Kejap lagi dah nak maghrib,"
Aulia sekadar mengangguk. Dia bersyukur sangat pada Allah. Akhirnya doa dia selama ni termakbul. Akhirnya apa yang dia mahu tercapai.
.
.
.
.
.
"Awak dah solat ke ? Kalau dah, saya nak solat dulu," ujar Aulia sambil memasang sejadah menghadap ke arah kiblat.Tengku Athief tersenyum.
"Aku tunggu kau ambil wudu' tadi,"
"Eh, kenapa tunggu saya ? Kenapa tak solat dulu ?"
"Aku nak jadi imam untuk isteri aku. Salah ke ? Ke kau tak sudi aku jadi imam kau ?"
"Eh siapa kata saya tak sudi. Saya nak tahu, suami saya jadi imam saya masa solat. Berimamkan suami tu kan dah jadi kewajiban dalam Islam," jawab Aulia lembut.
Tengku Athief berdiri lalu dia berdiri di hadapan Aulia.
Di situasi Aulia...
'Beginikah rasanya suami imamkan kita masa solat ?'
.
.
.
.
.
"Esok aku ambil cuti seminggu," beritahu Tengku Athief.Aulia memandang ke arah Tengku Athief. Seminggu ? Kenapa lama sangat cuti tu ? Tengku Athief nak buat apa cuti sampai seminggu ?
"Kenapa lama sangat ?"
"Aku saja je nak spend time dengan wife aku ni, aku nak tebus balik semua silap aku pada kau. Aku nak ganti balik semua kesakitan yang kau rasa selama ni dengan kebahagiaan,"
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...