Aulia sibuk menyediakan makan malam di dapur. Apa yang ada, dia masak jelah. Asalkan halal untuk dimakan.
Malam ni dia bercadang untuk masak nasi goreng ayam sahaja. Dia bukannya pro memasak tapi tak salahkan mencuba ? Untuk suami.
Erk ? Suami ? Entahlah.
Kadang-kadang dia terfikir, akankah ada masa depan yang cerah dalam perkahwinan mereka ? Akankah ada sinar bahagia untuk mereka ?
"Masak tu elok-elok sikit. Kang hangit, siap kau aku kerjakan !"
Terkejut Aulia dibuatnya. Mana tak terkejutnya. Sampai-sampai je terus marah-marah. Patutlah jodoh tak datang-datang. Eh astagfirullahalazim. Apa yang aku mengarut ni.
"Mengelamun lagi Aulia !?"
"Eh, err tak...saya...saya tengah masak ni. Boleh tak kalau awak rehat di ruang tamu dulu ? Nanti dah siap, saya panggil,"
"Berani kau arah aku !?" Marah Tengku Athief. Ala, acah-acah je tu.
Wajah Aulia berubah seratus peratus. Gugup.
"Ma...mana ada. Saya cuma tak selesa kalau..."
"Aku tengok kau masak ?" Celah Tengku Athief.
Aulia mengangguk laju. Ya. Dia memang tidak selesa bila orang tengok di sedang memasak. Kang masakan terlebih garam, lupa letak garam, tak ke naya ?
"Suka hati akulah. Rumah aku. Bukan rumah kau,"
Aulia tersentap. Ya dia sedar sekarang. Dia tak dianggap sebagai isteri dan rumah ni juga bukan milik dia. Dia masih sedar diri.
Tanpa berkata apa-apa, terus Aulia mematikan gas. Pinggan dicapai lalu diisi dengan nasi goreng. Kemudian diletakkan di atas meja makan.
"Makanlah," ujar Aulia perlahan. Pandang wajah Tengku Athief pun tidak.
Sesuap nasi goreng disuap ke mulut. Tidak lama kemudian wajah Tengku Athief berkerut. "Kau goreng nasi ke goreng pasir ?!! Kau nak aku mati ?!" Herdik Tengku Athief tiba-tiba.
Aulia kaget. Kenapa ? Apa salah dia ?
"Ke...kenapa ?"
"Kau tanya kenapa ?!" Tengku Athief berdiri lalu langkah dituju ke arah Aulia. Rambut Aulia ditarik kasar menyebabkan kepala Aulia terdongak ke atas.
"A...awak...sa...sakit..." ingin sahaja Aulia menangis di situ.
"Kalau tak tahu masak, tak payah masak !! Kau tahu tak nasi yang kau goreng ni terlalu masin ?!!"
PANG !
Okay, kali ni Tengku Athief agak kasar pada Aulia.
Aulia menangis. Takut dengan perubahan Tengku Athief. Pipinya terasa begitu perit. Ya Allah, dugaan apakah ini ?
"Sebab tu je awak tampar saya ?"
Tengku Athief ketawa jahat. Sekali lagi rambut Aulia direntap kasar.
"Kan aku pernah cakap, lepas kau kahwin dengan aku, aku akan pastikan hidup kau merana ! Satu kesalahan yang kau buat, kau akan dapat hukuman daripada aku ! Aku tak kisahlah fasal kau !"
Tangisan Aulia mula kedengaran. Sungguh, dia tidak sanggup hidup terseksa.
.
.
.
.
.
Tengku Athief tersenyum sinis mengingatkan kejadian tadi. Puas hatinya ! Aulia yang sudah terlena di atas lantai dipandang tajam.'Selagi kau masih isteri aku, selagi tu kau hidup terseksa Aulia,'
Senyuman yang sukar ditafsirkan terukir di bibir Tengku Athief.
Ehhehh macam psiko pula.
Fikirannya menerawang memikirkan kenangan dia dan Afiena suatu ketika dahulu di mana dia dan Afiena sudah ditunangkan.
-Flashback-
Tengku Athief tersenyum senang bila dia dan Afiena selamat ditunangkan beberapa hari yang lepas. Kini, dia tidak perlu risau lagi. Afiena sudah menjadi miliknya dan akan benar-benar menjadi miliknya beberapa bulan yang akan datang. Tidak sabar rasanya ingin memperisterikan orang yang dia sayang.
"Kalau kita dah kahwin nanti, I nak 10 orang anak," kata Tengku Athief dengan lagaknya.
Afiena tergelak. "Pervert !"
"Apa ? Betullah. You tak nak ada anak dengan I ke ? I nak tau ada anak dengan You,"
"Siapa kata I tak nak. I nak anak-anak I nanti berbapakan You. You ni handsome, caring, bertanggungjawab and I harap anak-anak I jadi macam You," kata Afiena dengan bangga.
Tengku Athief tersenyum senang.
"You masih sayangkan I kan ?"
"Soalan You ni peliklah. Of course lah I sayang You. Kalau I tak sayang You, I takkan setuju untuk tunang dengan You," balas Afiena lalu tergelak kecil.
"You janji eh jangan pandang orang lain selain dari I,"
"I'm promise," lambang peace ditayangkan menandakan dia benar-benar berjanji.
"I love You Afiena,"
"I love You too, fiture husband,"
-End Flashback-
Disitu adalah hari di mana hari terakhir dia bersama dengan Afiena, gadis yang benar-benar dia cintai. Selepas hari tersebut, Afiena terus menghilangkan diri entah kemana.
'Aku benci kau Afiena Qistina !!'
.
.
.
.
.
Pagi itu, Ryean bersiap-siap untuk keluar. Tak sabar rasanya ingin bertemu dengan buah hatinya. Dia siap mengenakan jersey berwarna hitam berlengan panjang dipasangkan dengan seluar slack. Lengan baju disinsing hingga ke siku.Setelah benar-benar siap, dia keluar dari bilik lalu turun ke tingkat bawah.
"Ian nak pergi mana tu ?" Soal Encik Hazrul.
"Nak keluar jap, abah," jawab Ryean sambil memakai stokin.
"Dengan siapa ?" Soal Puan Faridah pula.
"Kawan,"
"Kawan ke girlfriend ?"
Ryean tergelak. "Mana ada. Ian takde girlfriend lah umi..siapalah yang nak dekat Ian ni. Tak hensem macam Athief,"
Amboi, sesedap je jual nama orang eh ?
"Ada je yang nak cuma Ian ni hah, memilih."
"Tak adalah umi,"
"Ian jangan tipu abah dengan umi. Sejak kebelakangan ni Ian selalu keluar rumah. Ian jumpa kawan atau Ian buat benda tak elok dekat luar tu ?"
"Ya Allah. Yang abah fikir sampai situ dah kenapa. Ian jumpa kawanlah abah. Tak ada masa Ian nak buat perkara bodoh,"
"Kawan perempuan ke lelaki ?" Soal umi membuatkan Ryean terdiam. Hah ? Nak jawab apa ni ?
"Err ..adalah umi,"
"Ian, Ian...cakap jelah nak jumpa girlfriend, jangan nak berselindung," balas Encik Hazrul. Dia tak percaya sangat dengan Ryean ni. Kata kawan , entah-entah kekasih dia.
"Alaa kitorang kawan je, dahlah. Ian dah nak gerak ni. Assalamualaikum abah, umi," terus sahaja dia meloloskan diri ke pintu rumah.
Encik Hazrul dan Puan Faridah menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak lelaki mereka.
"Anak abang tu makin menjadi-jadi,"
"Biarlah dia. Kut-kut kita dapat menantu lagi,"
"Aamiin,"
-tbc-
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...