Tengku Athief mencari kelibat Puan Faridah. Dia rasa dia perlu pindah rumah dia buat waktu ni. Dan paling dia malas sebenarnya, dia malas untuk membawa Aulia tinggal sebumbung dengan dia namun apakan daya, Aulia sudah menjadi separuh daripada tanggungjawabnya.
Tanggungjawab ? Ya. Apa-apa pun, Aulia sekarang sudah sah jadi isteri dia. Isteri ? Masih anggap isteri ? Apa-apa jelah Tengku Athief. Tu dah jadi urusan kau.
"Umi," panggil Tengku Athief setelah dia berjaya menjumpai kelibat Puan Faridah yang sedang berbual dengan Aulia. Eloklah jika Aulia ada sekali.
"Eh, Ief. Kenapa ? Duduklah dulu,"
Tengku Athief tidak membantah. Dia terus duduk di sebelah Aulia.
"Umi, kalau Ief nak cakap something, umi marah tak ?"
"Nak marah buat apa ? Belum cakap lagi,"
Aulia semakin berdebar. Apa yang Tengku Athief nak cakap sebenarnya ?
'Dia nak ceraikan aku ke ? Ish, tapi tak mungkinlah. Baru semalam kahwin, takkan dah nak cerai. Nak cari bala ke apa. Aku pula yang hairan dengan Tengku Athief ni.'
"Ief rasa nak pindah rumah Ief hari ni sebab esok Ief dah nak masuk kerja. Kalau umi tak keberatan, izinkan Ief bawa Aulia balik sekali dengan Ief hari ni. Bolehkan umi ?"
"Laa yeke ?"
"Ief bukan apa umi. Cuma kerja Ief dekat office dah berlambak. Kalau ada masa nanti, Ief akan bawa Aulia balik sini. Umi jangan risau, Ief akan jaga Aulia dengan baik,"
Aulia pula semakin berdebar. Balik rumah Tengku Athief ? Tak mungkin. Dia tidak mahu. Dia takut. Tengku Athief akan jaga dia ? Jujur ke lelaki tu bercakap atau cuma sekadar ingin menyedapkan hati umi ?
"Izinkan jelah. Lagipun mereka perlukan privacy kan ?" Entah dari mana Encik Hazrul muncul, mereka pun tidak tahu. Tiba-tiba sahaja ada di ruang tamu.
Puan Faridah tersenyum. "Idah okey je tapi kenalah tanya tuan punya badan,"
Kini mata Tengku Athief beralih pandang ke arah Aulia.
Aulia gugup. Dia nak jawab apa ? Ya atau tidak ? Sesekali dia memandang ke arah Tengku Athief. Dia tidak yakin lelaki itu mampu menjaganya.
"Err..."
"Pergi jelah Aulia. Tak salah pun. Ief dah jadi halal untuk kamu,"
"Tapi..."
"Kamu kena sedar satu benda Aulia. Syurga seorang isteri ada di bawah telapak kaki suami. Aulia ikut Ief ye ? Nanti ada masa, datanglah dekat sini,"
"Aulia cuma tak sanggup jauh dengan umi, dengan abah, dengan abang," luah Aulia.
"Abah dengan umi okay jelah. Aulia bukan bujang lagi tahu ? Dah ada suami dah pun, apa salahnya ikut suami,"
Aulia memandang Tengku Athief. Renungan tajam Tengku Athief buat dia rasa gerun. Perlahan-lahan dia mengangguk.
'Kalau bukan sebab abah dengan umi, tak ingin aku bawa Aulia sekali. Lagi-lagi Aulia tanggungjawab aku selepas ni,'
.
.
.
.
.
Dalam perjalanan, Aulia cuma mendiamkan diri. Tengku Athief juga tidak bersuara. Malas untuk bersuara agaknya. Matanya hanya fokus pada pemanduan.Kriingg !
Telefon Tengku Athief berdering. Cepat-cepat Tengku Athief menggeser ikon hijau ke arah kanan untuk menjawab panggilan.
"Hello..."
"..."
"Ha'ah. Aku dah nak balik KL ni. Kenapa ?"
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...