17

1 0 0
                                    

Pagi itu, Hana bangun awal. Sebenarnya hari ni masih lagi cuti tapi tulah, dia ada mood pula bangun awal. Selalunya musim cuti dia bangun lambat.

Telefon dicapai. Pukul 6 pagi. Awal lagi. Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, dia memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai pagi ini.

Hoodie dan seluar slack diambil lalu disarungkan ke badannya. Selendang pula hanya dililitkan begitu sahaja. Dia tidak kisah pun sebab dia pakai anak tudung. Jadi leher dia taklah nampak.

Meja solek dituju. Krim Garnier diratakan ke seluruh wajahnya. Kemudian, liptint pula disapukan ke bibirnya.

  "Okay, dah siap," katanya perlahan.

Beg galas diambil lalu telefonnya dicapai. Dia turun ke tingkat bawah selepas menutup pintu biliknya.

  "Nak pergi mana awal pagi ni ? Dahlah cantik," ujar Hanafi.

  "Nak pergi library jap. Pinjam buku,"

  "Oh, nak angah hantarkan ?" Tiba-tiba Hafiz muncul.

Hana menggeleng. Dia tidak mengharap dihantar sesiapa pun. Di lebih selesa naik teksi. Manalah tahu dia terserempak dengan Daniel nanti.

Daniel ? Sudah masuk empat hari dia tidak mendengar khabar lelaki itu lagi. Kemana menghilangnya Daniel ?

  "Termenung jauh pula. Angah hantarkan jelah. Lagi pun angah nak ke supermarket kejap. Along, jaga rumah,"

  "Eh, along pula. Along pun nak keluar ni,"

  "Tak payah."

  "Suka hati oranglah,"

  "Tak boleh. Duduk rumah diam-diam,"

  "Siapa abang kat sini ? Siapa paling tua kat sini ? Kenapa angah pula yang arah along ? Hmm ?"

Hafiz mencebik. Ni yang dia malas bertekak dengan Hanafi ni. Mesti nak menang. "Suka hatilah," katanya kasar.

Hanafi tersenyum kemenangan.

  "Eh, dahlah. Ana yang nak pergi library ke korang ? Ana tak nak terlambat. Nanti library banyak orang, susah Ana nak cari buku,"

  "Awal lagi," kata Hanafi.

  "Okaylah daripada lambat, kalau angah nak jalan pukul 7 ke pukul 8, Ana naik teksi jelah,"

  "Kejaplah, angah ambil kunci kereta,"

Hana mengeluh. Ingatkan dah bawa kunci kereta tadi.
.
.
.
.
.
Daniel memberhentikan keretanya di hadapan taman permainan. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Nalurinya berkata bahawa akan ada perkara yang tidak baik berlaku di situ.

Tiba-tiba otaknya terfikir akan Hana. Dia cuba berfikiran positif namun negetif pula yang bermaharajalela.

'Ya Allah. Kenapa dengan aku hari ni ? Tak pernah-pernah aku macam ni sebelum ni.'

  "Argh !!" Kedengaran satu jeritan halus dari arah taman permainan tersebut.

Daniel cepat-cepat keluar dari keretanya lalu mencari dari mana arah jeritan tersebut. Sekali lagi jeritan tu kedengaran di telinganya.

  "Tu macam..."

Dia membuka langkah seribu. Dia memandang sekeliling. Dia dapat rasakan, Hana dalam bahaya. Hana ? Sudah berapa hari dia asyik terfikirkan soal gadis itu.

  "Tolong !!"

  "Hana !" Tiba-tiba pula tersebut nama Hana. Kalau bukan Hana macam mana ? Lawak betullah Daniel ni. Kalau suka Hana cakap jelah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now