2

1 0 0
                                    

Hari ini adalah hari di mana Tengku Athief akan dipertemukan dengan bakal isterinya. Bakal isteri ? Bagi dia, bukan bakal isteri.

  "Ief, tak lama lagi mereka sampai. Jangan tunjuk sangat yang kamu tak suka," pesan Tengku Azhar. Dia faham benar dengan sikap anaknya yang sorang ni.

Tengku Athief hanya diam. Angguk tidak, bersuara juga tidak.

  "Kamu marah mama, Ief ?" Soal Tengku Amanina. Risau jika anaknya memendam rasa terhadapnya.

Tengku Athief tergamam. Nampak sangatkah yang dia tengah marah saat ini ? "Mana ada. Semua ni kehendak papa dengan mama. So, Ief tak boleh buat apa dah," Dia cuba menyusun ayatnya agar tidak menimbulkan rasa salah faham pada Tengku Amanina.

Tengku Amanina tersenyum.

  "Assalamualaikum," kedengaran seseorang memberi salam.

  "Walaikumsalam," jawab Tengku Azhar.

  "Lama menunggu. Maaflah. Jalan jem tadi," kata Encik Hazrul lalu melabuhkan punggung ke kerusi.

  "Tak adalah lama sangat. Adalah dalam lima minit," balas Tengku Azhar.

Tengku Amanina bersalaman dengan Puan Faridah dan anaknya merangkap bakal menantunya, Aulia.

  "Apa khabar aunty ?" Soal Aulia ramah. Umi cakap, mesti hormat orang tua. Tak boleh kasar-kasar. Dosa, tanggung sendiri.

  "Alhamdulillah, sihat. Hah, Ief. Ni lah calon isteri kamu nanti. Aulia namanya. Aulia, ni anak aunty. Athief," perkenal Tengku Amanina.

Aulia mengukir senyum ke arah Tengku Athief namun sayangnya senyumannya tidak terbalas langsung. Aulia seperti mula merasakan sesuatu.

  "Aunty, boleh saya ajak Aulia berbual sebentar dekat luar ?" Soal Tengku Athief.

  "Eh, boleh. Silakan. Aulia, jaga perangai tu," sempat Puan Faridah menegur anaknya.

Aulia mengangguk lalu dia mengekori langkah Tengku Athief untuk keluar dari restoran tersebut. Jantungnya berdebar laju. Seakan baru lepas marathon.

Aulia berhenti apabila Tengku Athief berhenti.

  "Kau kena ingat, aku kahwin dengan kau bukan sebab aku betul-betul terima kau sebagai isteri aku. Dan aku langsung tak berminat dengan perempuan,"

  "Tak berminat dengan perempuan maksud awak, awak... gay ke ?" Soal Aulia dengan nada perlahan. Takut pula rasanya.

Tengku Athief memandang tajam ke arah Aulia.

'Boleh pula minah ni cakap aku gay !'

  "Kepala otak kau. Aku just tak percaya pada perempuan. Bukan aku gay ! Ingat sikit eh, lepas kau kahwin dengan aku, aku akan pastikan hidup kau merana !" Setelah itu, Tengku Athief berlalu masuk semula ke dalam restoran.

Aulia meneguk liurnya. Lehernya terasa perit. Kerongkongnya seolah-olah tersekat. Dia sudah mengagak apa yang bakal terjadi.

Inilah salah satu sebab kenapa dia tidak mahu berkahwin. Dia selalu takut perkara buruk yang akan terjadi pada dirinya.

Aulia memandang sekeliling. Setelah memastikan keadaan benar-benar okay, dia pun melangkah masuk ke dalam restoran semula.

'Aku harus berpura-pura okay depan semua orang. You can do it, Aulia,'
.
.
.
.
.
Tengku Azhar tersenyum melihat anak dan bakal menantunya. Walaupun dia tahu keadaan Tengku Athief yang tidak berapa okay, tapi dia tetap bersyukur yang anaknya akan berkahwin tidak lama lagi.

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now