15

0 0 0
                                    

Tengku Azhar, Tengku Amanina, Encik Hazrul dan Puan Faridah berkumpul di ruang tamu rumah Tengku Athief. Tengku Aira ? Ada je tapi sibuk main handphone. Macam tu lah budak zaman sekarang.

"Kenapa suruh kami datang sini ?" Soal Tengku Azhar.

Tengku Athief memandang Aulia. Aulia hanya mampu tersenyum. Dia hilang kata-kata sebenarnya. Dia gugup.

  "Err, Ief rasa, dalam minggu ni, Ief nak bawa Aulia pergi honeymoon." Jawab Tengku Athief.

  "Honeymoon ?! Nak ikut !" Jerit Tengku Aira.

Pap ! "Iera, honeymoon hanya untuk orang yang dah kahwin. Iera jangan nak mengada eh. 17 tahun tak boleh ikut. Lagipun Iera masih sekolah," tegur Tengku Amanina.

Tengku Aira tersengih. Malu.

Puan Faridah hanya tersenyum.

  "Kamu dah fikir di mana tempat honeymoon kamu nak pergi ?"

  "Kat London,"

  "Haih baguslah tu Ief. Sekali sekala ajak isteri honeymoon. Kesian Aulia tu. Asyik terperap kat rumah sepanjang masa," ujar Tengku Amanina.

Tengku Athief tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

  "Oh ya, Iera nak minta permintaan boleh ?" Soal Tengku Aira.

  "Permintaan ?" Soal Tengku Athief kembali. Tengku Aira mengangguk. "Apa ?"

  "Iera nak anak buah !" Jawab Tengku Aira dengan kuat. Sengaja.

  "Hah, umi pun nak buat permintaan. Umi nak cucu," tiba-tiba Puan Faridah mencelah.

  "Abah pun nak cucu," kata Encik Hazrul seolah-olah menambahkan minyak ke dalam api.

Wajah Aulia membahang. Dia paling segan bila isu anak dibangkitkan. Lagi-lagi Tengku Athief tidak mempunyai sikit pun perasaan pada dia.

Tengku Athief tergelak. 'Lah, minta cuculah, anak buahlah, haihh...kesian bini aku,'

  "In Sha Allah Ief usahakan dengan Aulia," balas Tengku Athief membuatkan wajah Aulia bertambah merah. "Kan sayang ?"

Aulia tersentak. Sayang ? Sayang ?? "Err.. hah ? Ha'ah...ye..akan diusahakan, kan ?" Tergagap-gagap Aulia dibuatnya. Dia menggaru keningnya bagi menghilangkan rasa gugup.

  "Kak Aulia hati-hati tau dengan abang Ief,"

Aulia mengerutkan dahinya. "Kenapa ?"

  "Abang Ief ni..." Tengku Aira memandang abangnya. Tengku Athief menjongketkan kening sambil berpeluk tubuh. Jelas terserlah wajah dinginnya.

  "Abang Ief kenapa ?"

  "Abang Ief ganas !!" Terus sahaja Tengku Aira berlari keluar dari rumah selepas menjawab soalan Aulia.

  "Tengku Airaaaaa !!" Bergema suara Tengku Athief di seluruh sudut rumah. Nasiblah rumah ni kukuh. Kalau tidak, dah roboh agaknya.
.
.
.
.
.
Tengku Athief tersengih-sengih memandang telefonnya. Entah apa yang lawak Aulia pun tidak tahu.

Aulia menghampiri lelaki itu lalu duduk disebelahnya.

  "Sengih-sengih kenapa ?"

Tengku Athief memandang Aulia sekilas. "Oh, tak. Ni aku rasa lawak pula dengan adik aku ni. Bengap betul,"

  "Kenapa dengan Aira ?"

  "Dia minta anak buah banyak-banyak,"

  "Hah !?" Terbuntang mata Aulia. Seriuslah weh ?!!

Tengku Athief mengangguk perlahan tapi tangannya ligat menaip sesuatu.

Aulia terdiam. "Awak betul-betul ambil serius ke soal anak ?" Soal Aulia tiba-tiba.

Tengku Athief mematikan telefonnya lalu diletakkan di atas meja. Pandangannya dialihkan menghadap Aulia. Pucat. Mesti kes gugup dengan dia ni. Tak habis-habis dengan gugup dia.

  "Yes. Aku tak pernah main-main fasal anak. Kalau aku cakap aku nak, aku usaha, aku akan buat betul-betul. Kenapa ? Kau..." ayatnya sengaja digantungkan membuatkan Aulia bertambah gugup. "Kau takut eh sebab Aira cakap aku ganas tadi ?"

  "Awak !!" Perut Tengku Athief dicubit kuat. Geram pula rasanya. "Yellow brain," tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Aulia.

Tengku Athief memandang Aulia semacam. Perlahan-lahan dia mendekati Aulia. Aulia ingin berundur namun apakan daya dia sudah terduduk di atas sofa. Nak lari pun susah bila Tengku Athief sudah pun menghalang ruangannya.

Wajahnya didekatkan ke wajah Aulia lalu dia berbisik sesuatu.

  "Kau yang otak kuning sebenarnya," selepas itu, Tengku Athief ketawa. Lucu tengok muka Aulia macam cacing kepanasan.

  "Janganlah ketawa,"

  "Okay, okay.. kau ni. Asal cute sangat ni ? Hah ?" Pipi Aulia dicubit perlahan. Kalau nak terkam boleh ? Eh jangan ! Sekarang tak boleh. Malam nanti siap dia kerjakan Aulia. HAHAHAHA. Tengku Athief ketawa jahat dalam hati.

Aulia tersengih. Tahulah dia ni comel. Tak payahlah puji lagi. Tapi sebenarnya, uwerkk tak comel pun. Cantik je. Eh ?
.
.
.
.
.
Hana masuk ke dalam tealive dimana tempat pertama dia bertemu dengan Daniel. Manalah tahu, tiba-tiba terserempak dengan Daniel di situ. Bolehlah dia minta penjelasan namun hampa, sia-sia sahaja.

Kelibat Daniel langsung tidak kelihatan. Apakah Daniel benar-benar ingin mengelak daripadanya ? Tapi kenapa ? Takkan sebab dia masih mentah, Daniel menjauhkan diri darinya.

  "Kak, bagi saya tealive satu boleh ?"

Petugas di situ mengangguk. "Cik boleh duduk dulu ? Sebab banyak pesanan yang harus dibuat. Harap cik boleh bersabar ya ?"

  "Tak apa, saya boleh tunggu," balas Hana lalu dia memilih tempat duduk di mana tempat dia dan Daniel duduk dulu.

Rindu pula dengan wajah dingin Daniel.

Ah sudah, penyakit angau dia datang balik. Huh ! Move on jelah Hana.

Telefonnya dibuka lalu aplikasi WhatsApp ditekan. Profil Daniel sama sahaja. Jadi betullah. Daniel ingin menjauhkan diri darinya ? Daniel tidak mahu bertemu dengan dia lagi ? Betullah kan ?

Tak apalah. Dia okay. Walaupun sebenarnya tidak okay.








-tbc-

Bab 15 ni ada pendek sikit. Sorry😅x cukup idea.. btw macam mana dengan kisah Daniel dan Hana yang seterusnya ni ?🙂

Ig:therealamira._
#followmeokay?

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now