Hari dimana Tengku Athief dan Aulia akan diijabkabulkan sudah tiba. Aulia dari tadi tidak pernah berasa tenang walau sikit pun.
Yang dia rasa hanyalah takut. Takut mula menguasai dirinya. Apa lagi melihat renungan tajam Tengku Athief yang sedari tadi tidak berhenti memandang tajam ke arahnya.
Dahinya mula mengeluarkan peluh. Baru sahaja dilap, berpeluh semula.
"Semua dah sedia ?" Soal Tok Kadi. Matanya tepat memandang ke arah Tengku Athief.
Mahu tidak mahu, Tengku Athief akhirnya mengangguk.
"Baiklah, kita mulakan sekarang ya ?"
Orang-orang yang tidak seberapa ramai mengangguk.
"Tengku Athief bin Tengku Azhar ?"
"Saya,"
"Aku nikahkan kau dengan Nur Aulia Syaqiera binti Hazrul dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 dibayar tunai,"
Tengku Athief memandang ke arah Aulia. Aulia ? Jantungnya kini berdegup laju. Mahu sahaja dia lari dari situ namun apakan daya, dia hanyalah manusia biasa.
"Aku terima nikahnya..." kata-kata Tengku Athief terhenti di situ. Mulutnya seakan berat untuk menyebut nama Aulia.
Kelihatan ibu bapa Tengku Athief dan Aulia berasa tidak senang. Yang mereka takut hanyalah pernikahan anak mereka terbatal begitu sahaja.
"Saya ulang sekali lagi ya ?"
Tengku Athief mengangguk.
"Tengku Athief bin Tengku Azhar ?"
"Saya,"
"Aku nikahkan kau dengan Nur Aulia Syaqiera binti Hazrul dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 dibayar tunai,"
"Aku terima nikahnya Nur..." ayatnya terhenti lagi. Ini membuatkan orang sekeliling saling berbisik-bisik. Mungkin hairan ? "Boleh ulang lagi sekali ?"
"Baiklah. Saya ulang sekali lagi tapi kalau kali ketiga ni kamu gagal juga, saya tidak boleh teruskan lagi. Faham ?" Tok Kadi seakan memberi amaran kepada Tengku Athief.
Lambat-lambat Tengku Athief mengangguk. Peluhnya semakin banyak.
"Baiklah, kita mulakan sekarang."
"Tengku Athief bin Tengku Azhar ?"
"Saya,"
"Aku nikahkan kau dengan Nur Aulia Syaqiera binti Hazrul dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 dibayar tunai,"
"Aku terima nikahnya Nur Aulia Syaqiera binti Hazrul dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 dibayar tunai," kata Tengku Athief dengan lajunya.
Setelah itu, upacara menyarungkan cincin di jari bermula. Kini giliran Tengku Athief menyarungkan cincin ke jari manis Aulia.
"Jangan harap kau akan bahagia," bisik Tengku Athief perlahan setelah dia mengucup dahi licin Aulia.
Aulia terkesima. Ya Allah, dia mahukan perkahwinan yang meriah bukan perkahwinan seperti ini.
.
.
.
.
.
"Kau jangan tidur sekatil dengan aku !" Tengku Athief memberikan amaran kepada Aulia."Tapi saya nak tidur mana ?"
"Ni rumah kau. Suka hatilah kau nak tidur mana ? Tak apa, aku tidur sofa. Kau tidur kat katil. Tapi kalau kau dekat rumah aku, kau kena tidur lantai, aku tidur atas katil. Faham ?"
Perlahan-lahan Aulia mengangguk.
Ya Allah, kenapa kau beri aku jodoh macam ni ? Astagfirullahalazim...cepat-cepat dia beristigfar dalam hati. Tak elok pandang rendah pada takdir Allah.
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...