3

0 0 0
                                    

Daniel bersyukur sangat sebab terbuka juga hati Mr.Ice ni untuk kahwin. Dulu, kemain lagi tak nak bagai. Sekarang, tiba-tiba nak kahwin.

  "Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak kahwin. Tak apalah. Aku doakan rumahtangga kau bahagia. Tak sabar rasanya aku nak tengok kau kahwin," kata Daniel separuh mengusik.

Tengku Athief mencerlung tajam ke arah Daniel.

  "Bukan aku yang nak tapi parents aku yang nak sangat aku kahwin. Lagipun aku tak minatlah dengan pilihan mama aku,"

  "Weh, pilihan ibu bapa tu lebih baik tau ? Sekurang-kurangnya, ada yang jaga makan minum kau lepas ni. Kau janganlah asyik salahkan perempuan hanya sebab masa lalu kau,"

  "Kau tak faham Dan, aku sayang dia tapi dia buat aku kecewa. Hati aku sakit. Bagi aku, semua perempuan sama. Hanya nakkan kesenangan,"

Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya. Haih nilah Tengku Athief. Suka sangat samakan orang.

  "Tak semua sama Athief. Jangan sebab dia, kau dah tak reti nak percaya pada perempuan,"

Tengku Athief menumbuk bahu Daniel bagi melepaskan geram.

  "Sakitlah bongok,"

  "Kau tu mengalahkan ustaz pula. Kalau nak bagi ceramah fasal jodoh, pergilah bagi dekat masjid hujung sana tu. Aku tak nak dengar,"

  "Best tau dengar ceramah. Kau tak nak dengar ke ?"

  "Tak ingin aku nak dengar,"

Daniel tergelak besar. Bodoh punya kawan ! Patutlah Allah masih tak datangkan jodoh yang tepat pada Tengku Athief. Haih...

  "Kau bila nak balik ?" Soal Tengku Athief seakan mengusir Daniel dari rumahnya.

Daniel mencebik. "Kau halau aku ? Sanggup kau halau kawan kau sendri Thief," Daniel membuat muka kesian meminta simpati.

Tengku Athief menggumam geram. "Aku tak halau cuma aku bosan hadap muka kau hari-hari,"

  "Aku handsome apa ? Perempuan kat luar sana pun tak lepas dari pandang aku," Daniel mula mendabik dada. Eleh, mentang-mentang hensem...

  "Kau ? Handsome ? Bolehlah tapi aku lagi handsome dari kau. Kau tak akan dapat lawan kekacakan aku. Ingat tu Dan,"

  "Mengaku handsome tapi jodoh tak datang-datang,"

  "But next week, I'll maried, Daniel..."

  "Kau bukannya suka perempuan tu kan ? Maknanya bukan jodoh kau lagi,"

  "Pandailah sangat. Aku kahwin sebab aku dah dapat jodoh,"

  "Jodoh konon,"

Tengku Athief menumbuk bahu Daniel buat kali yang kedua. Padan muka. Tulah, mulut tak ada lesen langsung. Kan dah kena.
.
.
.
.
.
Aulia termenung di hadapan televisyen. Kata-kata Tengku Athief tengah hari tadi masih segar diingatannya.

'Lepas kau kahwin dengan aku, aku akan pastikan hidup kau merana !'

Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan laju. Adakah hidupnya selepas ini akan merana seperti yang Tengku Athief cakap ?

Ya Allah....

Jika bukan kerana abah kerana umi, dia juga tidak teringin untuk kahwin. Apatah lagi berkahwin dengan Tengku Athief, lelaki dingin sedingin salju. Dia lebih rela membujang.

Namun dia tidak berhak untuk menolak takdir. Mungkin ini sudah ditakdirkan menjadi separuh daripada jalan cerita hidup dia. Who know Allah's plan ? Kan ?

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now