16

0 0 0
                                    

Tiga hari berlalu dengan pantas. Kini hari yang paling dinantikan oleh Tengku Athief dan Aulia akhirnya tiba di mana mereka akan pergi honeymoon.

Honeymoon ? Mesti best kan ?

  "Hati-hati di negeri orang tu," pesan Tengku Azhar.

  "Okay pa. Janganlah risau. Tahulah Ief jaga diri Ief,"

  "Jaga menantu mama sekali tau ?" Pesan Tengku Amanina pula.

Tengku Athief tersenyum kemudian mengangguk.

  "Abang jangan lupa hadiahkan Iera anak buah tau ?" Datang pula mood mengusik Tengku Aira. Kesian Aulia kan ? Ahhahaha...

  "In Sha Allah. Kalau ada rezeki adalah tu," balas Tengku Athief selamba.

Aulia menyiku tangan Tengku Athief perlahan. Tak sudah-sudah mengusik orang. Orang ni tengah tahan malu boleh pula diusik lagi.

  "Penerbangan ke London akan berlepas sebentar lagi. Mohon tuan-tuan dan puan-puan untuk bersedia,"

Tengku Athief sudah bersiap-siap untuk bergerak ke balai pelepasan. Begitu juga dengan Aulia. Bagasi di tarik lalu sebelum mereka pergi, mereka sempat menyalam ibu bapa mereka termasuk mertua.

  "Ingat pesan papa,"

  "Iyalah pa,"

  "Permintaan Iera pun jangan lupa,"

  "In Sha Allah,"

  "Kitorang gerak dulu tau," ujar Aulia.

  "Pergilah. Nanti flight terlepas,"

Aulia terus mengikuti langkah Tengku Athief dari belakang menuju ke balai pelepasan.

<SKIP>

  "Kalau mengantuk, tidur je. Nanti dah sampai aku kejut kau," ujar Tengku Athief perlahan.

Aulia menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu tidur.

  "Tak naklah. Saya nak teman awak,"

  "Teman buat apa ? Dalam kapal ni banyak orang apa ?"

  "Nanti ada perempuan lain usik-usik awak. Tu, perempuan tu dari tadi asyik pandang-pandang awak je. Panas pula hati ni," Aulia memuncungkan bibirnya ke arah salah seorang perempuan yang duduk di bangku sebelah.

Tengku Athief memandang ke arah perempuan tersebut kemudian memandang Aulia semula. Rasanya dia tahu apa maksud Aulia.

  "Kau...jeles eh ?"

  "Hah ? Mana ada saya jeles. Saya cuma tak suka je. Dia tak tahu ke awak tu dah kahwin,"

'Kalau jeles tu cakap jelah. Ni tak,' bebel Tengku Athief dalam hati.

  "Memanglah dia tak tahu sebab dia mana tahu. Kenal kita pun tak,"

Aulia mencebik. "Back up perempuan tu pula. Fine,"

Aulia menjauhkan sedikit tubuhnya dari Tengku Athief. Aca-aca merajuk konon. Walaupun dia tahu takkan ada siapa yang akan pujuk dia.

  "Merajuk ke ?"

Aulia angkat bahu.

  "Merajuklah. Malas aku nak pujuk,"

  "Saya tak suruh pujuk pun,"

  "Ni macam nak minta kena pujuk je,"

  "Tak ingin. Saya nak balik rumah,"

Tengku Athief tergelak. Gila nak balik rumah ? Sia-sia dia beli tiket ke London tahu tak ?!!

&quot;BE MINE ?&quot;Where stories live. Discover now