12

0 0 0
                                    

Tengku Athief masuk ke dalam rumah sebaik sahaja dia memberi salam. Masuk-masuk sahaja, Aulia sudah pun menyambut kedatangannya di depan pintu.

Tapi yang peliknya, yang lawaknya, Aulia sambut kedatangan dia sambil bawa tali pinggang. Apakah ? Aulia nak libas dia ke ? Eh tak boleh jadi ni. Kan dia lagi ganas dari Aulia ?

Aulia pandang dia semacam.

  "Kau nak buat apa dengan tali pinggang tu ?"

Aulia menyerahkan tali pinggang tersebut pada Tengku Athief. Tengku Athief ambil jelah. Tapi nak buat apa eh ?

  "Kalau awak nak pukul saya, pukullah. Saya tak kisah,"

  "Hah ? Apa maksud kau ni ? Aku tak fahamlah,"

  "Pagi tadi, memang silap saya. Saya cuai hinggakan baju awak tu terbakar. Saya tahu awak marah pagi tu. Kalau dengan cara berkasar dengan saya boleh buat amarah awak hilang, teruskan. Saya dah biasa dengan semua ni,"

Tengku Athief memandang tali pinggang yang berada di genggamannya kemudian memandang Aulia semula. Okay...dia faham.

Tangan Aulia ditarik lalu dia mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Dan...

Dumm !! Pintu bilik dihempas kuat lalu dikunci.

Bahu Aulia terhinjut sedikit dek terkejut. Dia dah tahu apa yang bakal terjadi lepas ni. Dia langsung tidak kisah. Dia dah bersedia hadap baran Tengku Athief.

Tengku Athief mendekati Aulia.

  "Kau nak sangat aku pukul kau kan ?"

Teragak-agak Aulia mengangguk.

Tengku Athief mengangkat tinggi tangannya manakala Aulia sudah pejam mata.

Satu...

Dua...

Tiga...

Eh, tak rasa apa-apa pun. Dia buka mata semula.

Tengku Athief sudah pun menyimpan tali pinggangnya di dalam almari lalu dia kembali ke arah Aulia semula.

  "Kau gila ke ?"

Aulia menggeleng.

  "Habis tu ?"

  "Saya cuma nak awak hukum saya. Tu je. Sebab selama ni kan, satu kesalahan yang saya buat, mesti awak pukul saya,"

  "Tu dulu,"

Aulia tunduk. Matanya berkaca. Kakinya menguis-nguis lantai. Ya Allah, isteri siapa ni ? Aduhaii...

  "Sini," Tengku Athief mendepakan tangannya.

Aulia memandangnya semacam. Perlahan-lahan dia mendekati Tengku Athief dan...

Mata Aulia terbuntang. Apa Tengku Athief buat ni ? Namun dia selesa berada di dalam pelukan itu. Dia rasa tenang, selamat.

  "Aku takkan pukul kau,"

Aulia menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Tengku Athief. Dia rasa sebak. Tidak tahu hendak berkata apa-apa selain mengucapkan syukur pada Allah.

  "Tapi awak marah saya lagi kan ?"

  "Mana ada. Aku dah maafkan, sorry kalau selama ni layanan aku pada kau agak kasar. Aku cuma...takut untuk buka hati aku pada mana-mana perempuan. Aku takut aku kecewa lagi macam dulu. Tu je,"

  "Tak apa, saya faham," Aulia menepuk-nepuk belakang Tengku Athief perlahan. Mama pernah juga cerita pada dia bahawa Tengku Athief pernah bertunang sebelum ni tapi tunang dia tiba-tiba menghilang bila hari pernikahan hampir tiba.

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now