10

0 0 0
                                    

Tengku Athief mengambil sehelai baju dari dalam almari lalu diserahkan kepada Aulia. "Tolong iron baju aku,"

  "Okay," balas Aulia perlahan. Suis saterika dihidupkan lalu dengan berhati-hati dia menggosok baju Tengku Athief.

Lelaki tu memang pantang nampak baju berkedut. Berkedut sikit je pun, marah.

Tapi kan, dia masih hairan dengan perubahan Tengku Athief. Tiba-tiba berubah. Kenapa eh ? Walaupun dia nak sangat lelaki tu berubah, tapu dia tetap hairan. Pelik.

Tak ke pelik tiba-tiba je berubah sikap ?

'Tapi kalau Athief dah berubah, baguslah. Tak adalah dia pukul aku hari-hari. Tak naklah aku kalau dia selalu marah-marah. Mengerikan,'

  "Aulia !!!" Jerit Athief dari dalam bilik air.

Aulia tersentak. Ada orang panggil dia ke tadi ?

  "Aulia !! Sini kau !!"

Okay kali ni, jujur Aulia cakap, perasaan takut dia kembali membara. Kalau Tengku Athief jerit-jerit macam tu, mesti ada yang tak kena kan ?

Cepat-cepat Aulia berlalu ke bilik air. Pintu tersebut dibuka perlahan.

  "Ke...kenapa ?" Soal Aulia gugup.

  "Tak ada apa,"

  "Hah ?"

  "Tak ada apa,"

  "Habis tu, yang awak panggil tadi kenapa ?"

  "Saja. Rindu tengok muka gugup kau,"

Aulia ternganga. Apakah ? Rindu tengok muka gugup aku ? Apa ni ? Weh apa ni ? Tolonglah jawab...

  "Kau dah siap iron baju aku ?"

  "Be..." laju Aulia berlari keluar dari bilik air. Baru dia teringat suis saterika tu dia belum matikan. Habislah. Jangan baju tu berlubang sudah...Ya Allah...

Sebaik sahaja saterika tu beralih tempat, Aulia tergamam. Habislah dia kali ni. Habis berlubang baju Tengku Athief.

Nahaslah dia kali ni. Mesti kena penampar. Ya Allah...

  "Baju aku mana ?"

  "A...awak...err baju awak..." perlahan-lahan Aulia mengangkat baju Tengku Athief.

Tengku Athief tercengang. Apakah ? Baju tersebut dirampas kasar dari tangan Aulia.

  "Kau !!" Tengku Athief menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak mahu memukul Aulia lagi. Cukuplah sebulan yang lalu Aulia kena tempias amarah dia.

  "Maafkan saya,"

Tengku Athief masih bersabar. Dia kemudian mencari pakaian lain di dalam almari tanpa memandang ke arah Aulia. Dia takut nanti terlepas amarah dia dekat situ.

Baju yang dah berlubang tu dia letak dalam raga pakaian kotor. Nanti buang jelah.

Selesai sahaja memakai pakaian, dia terus keluar dari rumah tanpa menjamah sarapan terlebih dahulu. Wajah Aulia pun dia tidak pandang lagi.

Bukan dia benci tau. Dia cuma tidak mahu berkasar dengan Aulia lagi. Itu sahaja cara terbaik agar Aulia tidak dipukul olehnya.
.
.
.
.
.
Awal-awal lagi, Daniel sudah menyerang pejabat Tengku Athief. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabatnya. Teringin juga dia tahu tentang perkembangan rumah tangga Tengku Athief.

Eh, macam menyibuk pula.

Kisah ?

"Kau nak apa datang sini, bongok ?"

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now