Hana memandang skrin telefonnya lama. Kenapa Daniel tak notif dia eh ? Atau Daniel belum on ? Ish, takkanlah belum on pepagi camni kan ?
Hana membuka aplikasi WhatsApp lalu nama 'Daniel👑❤' dicari. Nama Daniel ditekan. Last seen at 10:00 p.m ? Oh semalam on tak chat dia punnn :')
To : Daniel👑❤
-Assalamualaikum, dah bangun ke ?Hana mencebik. One tick je ? Apa kejedah si Daniel ni..
To : Daniel👑❤
-Kenapa tak chat saya semalam ?
-Awaaaaak !!!
-Morning😚
-Kalau awak tak bangun, saya datang
rumah awak hari ni juga !Hana mencebik lagi. Hish !
'Tak bangun-bangun pun abang Daniel ni,'
"BAAA !!"
"OH MAK KAU HIJAU !"
Hanafi ketawa terbahak-bahak. Ni yang dia suka kejut Hana ni. Suka sangat melatah tah pape tu.
"Along boleh tak jangan usik Ana sehari je ?" Marah Hana namun Hanafi ni memang dari dulu tak suka dengar cakap. Kan ?
Hanafi masih lagi dengan sisa tawanya.
"Mana boleh. Adik chat siapa tadi tu ? Along ada nampak love-love tadi. Boyfriend eh ? Ciee.. tak mengaku lah tu,"
Hana memandang Hanafi tajam. Hanafi nampak ke ? Oh my god...bertambah malu lah dia kalau Hanafi tahu siapa Daniel.
"Mana ada. Kawan je,"
"Ehem.. Daniel siapa eh ?"
Buk ! Hah kan dah kena..
"Along curi-curi tengok eh ?"
"Taklah. Along nampak secara tak sengaja tadi,"
"Along ni jahatlah. Along tu tak ada girlfriend ke ?" Soal Hana.
Hanafi menggeleng. "Nothing. Along ni manalah hensem, sebab tu orang tak nak. Angah tu lainlah. Jadi rebutan orang ramai,"
Hanafi teringat akan pergaduhan sesama perempuan di mall minggu lepas hanya sebab nak berebutkan Hafiz. Haih..sampai boleh gaduh ye ?
"Along tu dah jadi rebutan orang tahu tak ? Orang sana kirim salam, orang sebelah sana usyar-usyar, dalam sosial media, banyak fans..."
Hanafi tersengih, memang betul pun apa yang Hana cakap tadi. Tapi dia tidaklah mahu terburu-buru buat keputusan.
Kriingg ! Telefon Hana berdering. Nama si pemanggil dilihat. Daniel ? Cepat-cepat Hana naik ke tingkat atas. Dia tidak mahu Hanafi dengar apa yang dia bualkan pada Daniel.
"Assalamualaikum,"
"Walaikumsalam,"
"Ni aku nak cakap sikit dengan kau ni,"
"Nak cakap apa ?"
Hana jadi teruja pula. Dia jadi panasaran ingin tahu apa yang Daniel ingin cakapkan. Jangan-jangan nak ajak keluar tak ?
"Mulai sekarang, jangan ganggu aku lagi,"
Zap ! Hati Hana bagaikan digores-gores. Eh kenapa pula dia perlu tergores sedangkan dia dengan Daniel tidak mempunyai apa-apa hubungan kan ?
"Err, kalau boleh saya tahu, kenapa eh ?"
"Kau masih budak. Masih belajar. Lebih elok kalau kau fokus pada pelajaran kau dulu. And please, jangan cari aku lagi. Anggaplah lepas ni kau tak pernah jumpa aku. Tak pernah kenal aku. Assalamualaikum,"
YOU ARE READING
"BE MINE ?"
RomanceTengku Athief -Lelaki yang kacak, tinggi, putih tetapi sombong dan dingin seperti 'ice'. Dia tidak pernah mempercayai pada mana-mana perempuan lagi akibat masa lalunya. Nur Aulia -Gadis pendek, tetapi ceria. Dia tidak pernah merasakan apa itu cinta...