9

0 0 0
                                    

Tengku Athief melepaskan cengkamannya. Melihat air mata Aulia membuatkan dia rasa serba salah. Selama ni memanglah dia ada nampak Aulia menangis, tapi kali ni, jujur dari hatinya, dia tidak sanggup melihat Aulia menangis.

Apakah ??

  "Kenapa berhenti ? Kenapa tak teruskan ? Teruskanlah kalau tu yang mampu buat rasa marah awak hilang. Saya tak kisah, saya dah biasa dengan semua ni,"

Tengku Athief terdiam.

Aulia sambung menangis lagi.

  "Saya tahu saya bukan siapa-siapa pada awak. Saya tak penting dalam hidup awak. Dan awak takkan pernah anggap yang saya ni isteri awak. Kalau awak nak pukul saya dekat sini, nak pukul saya depan semua orang, teruskan. Teruskan je. Saya langsung tak kisah. Saya memang tak layak untuk dapat kebahagiaan. Saya hanya tempat awak lepaskan amarah kan ?"

Akhirnya, apa yang terbuku di hatinya terluah juga.

Tengku Athief masih mendiamkan diri.

  "Kalau awak nak tahu, dari hari pertama saya jadi isteri awak, awak langsung tak pernah layan saya dengan baik. Awak layan saya dengan teruk. Tapi saya diam. Awak tahu kenapa ? Kalau saya melawan, awak akan pukul saya. Saya tak naklah melawan cakap suami sebab saya tak nak orang cakap saya ni isteri derhaka. Dan saya tak nak jadi isteri derhaka. Saya nak cium bau syurga,"

  "Dan saya yakin, suatu hari nanti, Allah akan lembutkan hati awak,"

Tergamam Tengku Athief mendengar kata-kata Aulia.

Tanpa dia sedari dia sudah pun mengelap air mata Aulia menggunakan ibu jarinya. Entah mengapa, dia berbuat demikian. Dia sendiri tidak tahu.

Terkejut Aulia dibuatnya.

  "Kau dah makan ke belum ?" Kali ni, nada suara Tengku Athief rendah sikit. Tak seperti sebelum ini. Kasar tak bertempat.

Aulia hanya menggeleng. Dia sebak. Sebab apa ? Sebab akhirnya Tengku Athief berlembut sedikit dengannya. Walaupun hanya sebentar, namun itu sangat berharga baginya. Jarang lelaki itu bersuara lembut dengannya.

  "Kau tak lapar ke ?"

Aulia mengangguk menandakan dia tengah lapar.

  "Jom," Tengku Athief menghulurkan tangannya pada Aulia.

Aulia mengerutkan dahinya tanda tidak faham. "Buat apa ?"

  "Aku teman kau makan," pantas Tengku Athief menarik tangannya.

Aulia hanya menurut. Kalau dia melawan, nahaslah dia. Mereka memilih bangku di luar khemah. Selepas mengambil makanan, Tengku Athief terus menuju ke arah Aulia.

  "Awak dah...dah makan ke ?" Tergagap-gapap Aulia menyusun ayat. Takut tersalah cakap.

Perlahan sahaja Tengku Athief mengangguk. Sesudu nasi disuakan ke mulut Aulia.

  "Saya...saya boleh...makan sendiri,"

  "Tak apa. Kali ni biar aku suap kau. Selama ni aku kasar dengan kau kan ?"...akhirnya, Aulia membuka mulutnya. Sesudu nasi sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.

  "Sedap ?"

Aulia mengangguk. Sebak Tengku Athief melihat Aulia. Kepala Aulia diusap perlahan.

Aulia ? Terkejut beruklah dia bila nampak perubahan Tengku Athief terhadap dirinya. Dulu kemain kasar. Sekarang ?

Akhirnya, nasi yang diambil oleh Tengku Athief tadi habis dimakan oleh Aulia. Setelah menyimpan pinggan yang digunakan tadi ke dalam besen yang disediakan, Tengku Athief kembali ke arah Aulia.

  "Dah kenyang ke ?"

  "Dah," jawab Aulia sepatah.

  "Kat sini rupanya korang eh ? Jom tangkap gambar sama-sama. Bolehlah kita buat kenang-kenangan," ujar Ryean sambil tangannya ligat mencari aplikasi kamera.

Aulia gugup. Tangkap gambar ? Sama-sama ? Nak ke Tengku Athief tangkap gambar bersama-sama mereka ?

  "Aulia, kau mengelamun ni dah kenapa ?" Soal Izara.

  "Hah ? Mana ada, aku okay je," sesekali ekor matanya memandang ke arah Tengku Athief yang jelas-jelas tengah memandang ke arahnya. Tapi pelik. Kali ni pandangan lelaki itu tidak tajam seperti dulu. Eh, memang itu yang aku nakkan ?

Aktiviti tangkap menangkap gambar diteruskan hinggalah jam mencecah pukul 10 malam.
.
.
.
.
.
Tengku Athief memandang ke arah Aulia yang sedang menyikat rambut. Rasa kasihan mula terasa di hatinya apabila mengingatkan kelakuan dia pada Aulia dulu. Kasar sangat.

Kelihatan Aulia sudah bersiap-siap mahu tidur.

  "Ehem," Tengku Athief berdehem.

Aulia menoleh ke arah Tengku Athief. Dia masih lagi gugup berhadapan dengan lelaki itu. "Kenapa ? Awak lapar ke ? Saya boleh tolong masakkan,"

  "Tak. Aku tak lapar,"

  "Habis tu awak nak apa ?"

  "Sini," Tengku Athief menepuk ruang di sebelahnya.

Aulia mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

  "Sini. Duduk sini,"

Dengan perasaan teragak-agak, Aulia mendekati katil Tengku Athief. Namun tiba-tiba, insiden di mana dia dilibas dengan tali pinggang kerana dia menyentuh katil Tengku Athief berlegar-legar di kepalanya..

Langkahnya terhenti kemudian dia memandang Tengku Athief.

Tengku Athief faham maksud pandangan Aulia.

  "Janganlah risau. Aku takkan pukul kau. Aku yang suruh kau duduk sini, kan ? Cepat duduk sini," pujuknya.

Aulia perlahan-lahan duduk di atas katil tersebut. Berdebar sebenarnya. "Awak nak apa ?"

  "Kau tidur sebelah aku mula hari ini dan hari seterusnya. Jangan tidur atas lantai tu lagi,"

  "Tapi..."

  "Kau takut aku pukul kau lagi ?"

Aulia mengangguk laju.

  "Takkan, aku takkan pukul kau lagi. So, you'll sleep beside me tonight,"

  "Kalau macam tu, saya ambil selimut dengan bantal saya dulu,"

Hampir terlepas tawa Tengku Athief. "Tak perlu, buat apa selimut banyak-banyak ? Satu cukuplah,"

  "Maksud awak, saya kongsi selimut dengan awak ?"

  "Ya,"

  "Awak tak marah, awak tak kisah ?"

  "Tak. Mehlah sini. Aku ni suami kau. Tak haram pun kalau kau tidur sekatil dengan aku, satu selimut dengan aku,"

Tengku Athief memberikan isyarat mata agar Aulia tidur di sebelahnya. Aulia hanya menurut lalu membaringkan tubuhnya menghadap Tengku Athief..

Abah pernah pesan, kalau nak tidur, tak boleh belakangkan suami. Dosa tau.

Tengku Athief menarik selimutnya lalu menyelimuti separuh tubuh Aulia. "Tidurlah, dah lewat ni," ujarnya perlahan. Dia tahu, Aulia masih gugup dengan dia.

Beberapa minit sahaja, kedengaran dengkuran halus Aulia.

'Lena betul budak ni tidur,'

Tengku Athief membelai rambut Aulia. Rambut ni lah tempat dia lepaskan amarah dia dulu. Kemudian tangannya turun ke pipi Aulia pula. Dan...pipi ni lah yang selalu terkena tamparan dia.

'Kasar sangat ke aku layan kau Aulia ?'

Perlahan-lahan dia menunduk lalu mengucup dahi Aulia buat kali pertama.

  "Goodnight,"








-tbc-

"BE MINE ?"Where stories live. Discover now