BAB (1)

4.1K 68 3
                                    

"AMPUN Mak Teh. Zahra tak buat lagi. Zahra tak kan buat lagi Mak Teh.."


Esak pilu Azahra didengari seluruh pelusuk kampung. Tubuh Azahra diheret bagaikan lembu mengelilingi jalan bertar. Rodhiah menarik-narik rambut sebahu Azahra dengan kasar. Rintihan itu tidak mampu meluluhkan hati hitam Rodhiah. Anak yatim piatu itu patut dihajar supaya kenal sakit.

"Berulang kali kau cakap kau tak buat pun aku takkan percaya. Kau ni dasar anak manusia tak tahu dek untung. Kalau bukan sebab aku yang kasihankan kau. Dah lama kau ni aku biarkan membusuk dalam lubang kubur! Perempuan bodoh!" hambur Rodhiah kuat.

Orang-orang pakat keluar dari rumah. Mendengar sayup-sayup rintihan dari insan yatim piatu itu, ada beberapa saja yang memberi tatapan membelas. Selebihnya hanya mencebik seakan perempuan yang diheret itu memang patut merasai semua ini.

"Zahra salah Mak Teh, Zahra salah. Sakit Mak Teh. Ampunkan Zahra."

Mendayu-dayu suara itu memohon keampunan.Tapi sikitpun Rodhiah tak terkesan.

"Ya Allah Rodhiah, mengucap. Kenapa nak diheret budak Zahra ni keliling kampung? Kau tak ada rasa malu ke buat anak saudara kau ni macam binatang. Apa lagi salah dia kali ni sampai macam ni sekali kau layan dia?"

Dari jauh Kamilah datang dengan ayunan langkah tergesa-gesa. Menolak tubuh Rodhiah yang semakin teruk menghajar tubuh Azahra yang sudah melemah jatuh. Kepala nya digeleng berkali-kali.

"Kau tepi Milah. Ini urusan aku dengan anak bodoh ni. Kalau kau tak tahu apa-apa kau jangan berani nak masuk campur urusan keluarga aku. Ini hal aku bukan hal kau!" bentak Rodhiah dengan kilat kemarahan menjulang-julang. Ditarik Azahra dalam pelukan Kamilah namun tangan Rodhiah ditepis oleh wanita separuh abad itu.

"Mengucap lah Rodhiah. Kau ni tak tahu dosa ke? Ini anak yatim piatu. Tuhan murka dengan kau Rodhiah. Jangan sampai Tuhan turunkan bala pada kau dalam kau tak sedar."

Rodhiah merengus. Azahra menangis teresak-esak dalam dakapan tubuh gempal Kamilah. Tangan berkedut Kamilah mengusap kepala Azahra yang bernasib malang.

"Zahra janji Zahra tak buat lagi Mak Milah. Zahra tak buat lagi. Zahra lapar. Zahra cuma makan sikit saja sisa-sisa nasi kerak dalam periuk." Ngongoi Azahra memberitahu sembari menangis.

Mencerlung biji mata Kamilah mendengar. Ini puncanya. Rodhiah memang tak ada hati perut.

"Oh, sebab budak ni ratah nasi berkerak tu sampai kau nak amuk si Zahra ni keliling kampung. Mana hati nurani kau Rodhiah. Aku dah beritahu kau awal-awal lagi dulu kalau kau rasa kau tak mampu nak bela budak Zahra ni kau bagi aku yang bela dia. Tak miskin lah aku kalau aku pelihara budak ni seorang." marah Kamilah berapi-api.

"Dah Zahra kita bangun. Ikut Mak Milah balik rumah. Tak payah tinggal dengan manusia tak berhati perut macam ni."

Lengan Azahra direntap bila Kamilah mahu membawa Azahra pergi. Rodhiah tak kan bagi sesiapa jaga Azahra selain dia. Langkah mayat dia dulu sebelum ambil budak ni.

"Kau tak payah mengada-ngada nak ikut perempuan tua tu. Hidup kau dekat rumah aku tu. Dan kau Milah, lepas ni kau jangan berani-berani nak masuk campur urusan aku anak beranak. Aku tak suka orang luar macam kau buat kebajikan dalam keluarga aku."

Diheret tubuh kurus Azahra dengan kasar. Kamilah mengeleng berkali-kali.

Kesian budak Zahra tu. Sudahlah yatim piatu. Disiksa lagi. Kau memang kejam Rodhiah. Hidup kau tak kan selama-lama nya diatas kalau ini cara kau layan anak yatim piatu tu. Tuhan akan balas kau nanti. Percayalah cakap aku ni.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now