"KAU tak nak join?"
Megat Tajul yang sedang meneguk segelas bir mengeleng. Pentas kecil yang sedari setengah jam lalu terlihat penuh dengan keramaian manusia dijeling sekilas. Loya tekak dia bila tahu disana sedang diadakan pertaruhan untuk memenangi gadis-gadis baru untuk dibuat santapan tidur. Dia suka bermain perempuan sayangnya malam ini nafsunya tidak setinggi biasa.
"Rugi lah kau ni. Aku dengar ramai anak dara malam ni. Bida lah satu untuk buat penghangat tempat tidur. Tak kan nak harapkan Elena lagi."
"Bagi aku Vodka."
Gelas bir ditolak ketepi. Vodka yang kadar alkoholnya lebih tinggi daripada bir sudah berada ditangan Megat Tajul. Disesap minuman keras tersebut sehingga tandas.
"Rileks dulu. Janganlah baran tak kena tempat. Pantang aku sebut nama Elena sikit. Dah-dah. Kalau kau tak nak pun kau boleh cuci-cuci mata. Stop minum! Aku tak nak hantar kau dalam keadaan mabuk-mabuk."
Gelas Vodka yang baru diangkat bila Megat Tajul ingin meraih. Dizran hulur semula kepada penjaga bar.
"Ikut aku." Badan sasa Megat Tajul diheret. Orang-orang yang menghalang laluan mereka untuk berada paling depan ditolak satu persatu oleh Dizran.
"Buang wajah datar kau tu. Selagi muda ni enjoy saja lah. Kau tengok tu.. Fuh! Mantap Tajul. Dada montok. punggung berisi. muka cantik. Kau tak nak?" Dizran bersiul. Bersorak bila ramai yang membida.
Megat Tajul buang muka. Tidak terliur mahu ikut serta. Sudah dia katakan nafsu dia jinak malam ni. Kalau hari lain mungkin dia boleh angkat tangan dan pertaruhkan harga paling tinggi untuk seorang perempuan.
"Abang Fakhril! Abang! Zahra tak nak ikut dia. Abang Fakhril! Tolong Zahra!Tolong Zahra Abang!"
Puluhan pasang mata mengarah pada suara teriakan dari seorang perempuan. Begitu juga Dizran dan Megat Tajul.
"Hish.. ini kenapa pula? Tak pernah-pernah aku tengok drama macam ni sepanjang aku jadi penghuni kelab malam. Kau tengok Tajul. Baru tadi perempuan tu kena bida. Harga tinggi pula tu." Terjuih mulut Dizran.
Mengeleng dia bila teriakan dari si perempuan masih mengaung. Memanggil-manggil nama Fakhril yang entah siapa orangnya.
Megat Tajul hanya pandang namun tak peduli. Itu bukan urusan dia. Bila dah dibeli baru nak tunjuk jual mahal. Muak dia melihat. Perempuan murahan tak patut berperangai begitu. Cukup buka paha dan mendesah.
Kenapa nak menangis dan meratap-ratap? Bodoh! Harga diri pun dah tergadai.
"Aku nak balik. Permandangan dekat sini menyiksa mata aku. Raungan perempuan tu buat telinga aku sakit."
Megat Tajul rempuh manusia-manusia dengan kasar. Dizran jadi pak turut dari belakang.
"Tajul tak kan dah nak balik? Awal lagi kot." Dizran kedepan. Menutup laluan Megat Tajul dari keluar.
"Aku datang sini cuma nak minum."
Dizran garu belakang tengkuk. Kesilapan dia sebab halang Megat Tajul dari mabuk tadi.
"Perempuan ramai tu. Angkut lah seorang sebelum balik. Seks kan boleh release tension." pancing Dizran.
"Bukan hari ni." ujar Megat Tajul datar.
Dizran sudah tak terkata. Nak tak nak terpaksa dia lepaskan Megat Tajul keluar dari kelab malam. Dia berjalan semula ke pentas. Ikut serta membida seorang gadis untuk jadi peneman tidur. Sekali sekala rasa barang ketat apa salahnya. Bini pun tak ada. Tiada siapa mahu marah.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...