BAB (4)

1.7K 44 0
                                    

BARU menapak naik dari pintu belakang suara sergahan Rodhiah berbunyi nyaring. Azahra letak besen kebawah. Pakaian sudah siap dia jemur.

Entah apa lagi pe'el Rodhiah kali ini. Sampai bila Azahra mampu tahan kalau tiap-tiap hari ditengking dan dicaci maki. Dia pun ada perasaan. Tahu sakit, tahu sedih, tahu menangis.

"Iya Mak Teh. Zahra dekat pintu belakang ni. Baru siap jemur kain." Laung Azahra.

Terkedek-kedek dia kedepan. Menaiki tangga kayu dengan termengah-mengah. Rodhiah selalu menyuruh dia cuci pakaian disungai. Katanya untuk berjimat duit air. Jarak sungai dan rumah Rodhiah dua kilometer jauhnya. Ditambah lagi jika mahu kesungai perlu ikut jalan bersemak samun. Setiap hari memang kerja dia berulang-alik kesungai.

"Lembap lah kau ni. Kau pergi mana hah?! Dari tadi lagi aku duk melalut panggil nama kau. Bukannya nak dijawab." tengking Rodhiah.

"Zahra pergi sungai tadi. Cuci pakaian. Baru aje siap jemur. Kenapa Mak Teh? Mak Teh ada nak apa-apa ke?"

Huh? Rodhiah merengus.

"Itu saja alasan kau kan. Entah-entah kau pergi sungai tu sebab nak mengatal. Manalah aku tahu apa yang kau buat dekat sungai tu."

Terjuih bibir Rodhiah. Mengucap panjang Azahra dalam hati.

"Betul Mak teh. Zahra cuma pergi cuci pakaian."

"Lantak kau lah. Ni aku nak keluar kejap. Petang sikit baru aku balik. Kau jaga rumah aku ni elok-elok. Barang-barang aku tu kau jaga. Jangan sampai dua ekor laki tu datang sini ambil harta-harta aku lagi. Kalau aku tengok ada mana-mana tempat yang aku simpan tak ada barang aku. Memang kau yang aku balun sampai mampus."

"I.. iya Mak Teh."

"Kau jangan nak iya-iya saja. Mata tu tengok kiri kanan sikit. Harta aku tu aku simpan dengan keringat aku. Hasil titik peluh aku berbelas-belas tahun."

"Baik Mak Teh."

Rodhiah capai beg tangan. Kebaya ketat yang dia sarungkan ketubuh mencetak punggung besarnya bila berjalan. Azahra mengekori dari belakang.

"Kau jangan pandai-pandai nak merayap. Dekat kampung ni banyak mata-mata yang aku pasang. Selangkah kau keluar dari rumah ni aku tahu kau pergi mana dan dengan siapa. Ingat!" Selipar disarung.

Azahra menunduk. Mengangguk pun tidak. Tak berani dia mahu menentang kilat tajam dari mata Rodhiah yang memancar-mancar. Takut kalau tiba-tiba dia dipukul lagi.

"Malam ni kau tak payah masak. Aku nak makan dekat luar. Kalau dua orang malaun tu balik nak makan, kau suruh dia pergi hisap ganja dengan main judi. Tak ingin aku nak bagi mereka makan sedap-sedap. Dah perabis duit aku nak mencekik makanan yang aku beli pula. Kau pun!Kalau kau lapar cicah biskut tawar dengan air kosong saja. Jangan mengada-ngada nak menanak nasi."

Amaran keras itu hilang bila batang tubuh Rodhiah sudah tak kelihatan lagi.

Azahra pegang perut yang berbunyi sejak dari sungai lagi. Dari petang semalam dia belum makan apa-apa. Sekarang dah pukul 12 tengah hari. Ingatkan boleh juga menumpang kerak nasi seperti selalu kalau Rodhiah makan tengah hari. Nampaknya hari ini biskut tawar dengan air kosong juga yang akan dia isi.

Tak apalah. Boleh makan saja dia dah bersyukur.

Kira beruntung Rodhiah masih bagi dia makan biskut tawar. Sekurang-kurangnya perut dia masih boleh bertahan dari kebulur.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now