BAB (8)

1.5K 34 0
                                    

"ZAHRA, aku tak paksa kalau kau taknak ikut aku pergi KL. Aku dengan Fakhril cuma nak bantu kau saja. Kami janji kami akan cari kau kerja dekat sana. Tempat tinggal pula kau boleh duduk serumah dengan aku."

Berat sebenarnya Azahra mahu buat keputusan. Saat mengingat kesungguhan Rodhiah yang menjerit-jerit menghalau dia tiga hari lepas dan tiada tanda-tanda Rodhiah mencarinya disekitar kampung membuatkan dia nekad ingin mengikuti ajakan Julia dan Fakhril.

Lebih-lebih lagi bila Fakhril tiga hari ini nampak begitu ambil berat padanya. Sungguh saja hati dia jadi tersentuh.

"Abang pun akan jaga Zahra dekat sana, jangan risau." Itu janji Fakhril yang selalu diulang-ulang kalau Azahra terlihat ragu-ragu.

"Zahra ikut."

Julia dan Fakhril tersenyum sesama sendiri. Menjerit kegirangan saat pernyataan kali terakhir itu meniti dibibir Azahra.

"Kalau macam tu kau masuk cepat. Sebelum malam kita kena sampai KL."

Azahra akur. Buat kali terakhir dia lilaukan mata kesekeliling kawasan sebelum masuk ke perut kereta.

"Kalau ada kelapangan masa kita balik lagi ke kampung. Aku bukannya suruh kau tinggal dekat bandar tu terus. Lagipun Mak cik Rodhiah sendiri yang halau kau. Bukannya kau yang lari dari rumah tu."

Kereta menjalar. Pepohon dikiri dan kanan jalan diimbas dan dirakam kekotak memori. Biar tidak dilupakan bahawa ini adalah kampungnya tempat dia membesar. Nanti dia akan pulang kerumah Rodhiah. Tidak berjanji tapi dia akan usahakan supaya pulang kesana.

"Dekat bandar Zahra kerja apa Julia?" soal Azahra. Fakhril menjeling Julia disebelah.

"Kerja banyak dekat KL. Nanti aku carikan mana yang sesuai untuk kau."

"Terima kasih Julia. Zahra tak tahu nak cakap apa lagi. Kebaikan Julia dengan Abang Fakhril memang takkan mampu Zahra balas."

Julia tersentak. Terselit rasa serba salah dihati. Cepat-cepat dibuang pergi bila membayangkan duit yang bakal dia perolehi nanti dari hasil pertaruhan Azahra. Lambat laun Azahra pasti akan terbiasa juga sama seperti dia.

"Kita kawan Zahra. Siapa lagi akan tolong kau kalau bukan aku."

Airmata Azahra menitik jatuh. Sedih bila kereta yang dipandu Fakhril sudah tidak lagi masuk kejalan kampungnya. Dia betul-betul tinggalkan kampung dan Rodhiah.

"Zahra.." Julia menoleh kebelakang. Airmata yang mengalir itu diseka walaupun Julia sudah nampak.

"Aku tak kan tanya kenapa kau menangis. Aku cuma berharap lepas ni kau kuat."

Azahra senyum. Mengangguk dan membisukan diri berjam-jam lamanya. Sehinggalah perjalanan mereka selesai. Kota besar Kuala Lumpur ada banyak kerlipan lampu-lampu. Pelbagai jenis kenderaan dia dapat lihat.

"Zahra ini rumah aku."

Pegun sekejap Azahra bila melihat bangunan tinggi didepan matanya.

"Dekat tingkat sepuluh aku tinggal. Nak naik atas kita guna lif. Mari sini aku ajar kau."

Azahra mengekor Julia. Fakhril turut berjalan sekali. Julia ajar secara terperinci cara-cara untuk menekan lif jika mahu naik dan turun. Hendak ketingkat berapa dan sebagainya.
Dia tidak tahu gaji Julia mahal sampaikan boleh menyewa tempat tinggal semolek ini.

"Aku tunjukkan kau bilik."

Azahra angguk.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now