BAB (12)

1.8K 46 2
                                    

"ZAHRA dengar sini. Ikut lelaki tu malam ni saja. Bagi apa yang dia minta. Esok Abang datang ambil Zahra dekat hotel." Fakhril masih berusaha memujuk.

Azahra mengeleng bersama airmata yang bergenang. Tidak dia sangka pekerjaan terkutuk macam ni yang dicari Fakhril dan Julia. Dia dijual. Dilelong macam barang murah. Kalau tahu begini dia lebih rela diseksa Rodhiah daripada mengikuti dua manusia yang pura-pura baik.

"Zahra tak nak. Hantar Zahra balik kampung. Zahra tak nak duduk sini lagi."

Berkali-kali dia merayu. Memohon pada Fakhril namun lelaki itu berkeras masih menyuruh dia ke hotel. Melayani seorang lelaki berparut yang berjaya membelinya tadi.

"Tak boleh!" bentak Fakhril tinggi.

"Kau ikut dia. Macam mana sekalipun dia dah bayar harga tubuh kau mahal. Kalau kau masih berkeras macam ni biar aku yang paksa kau."

Pergelangan tangan Azahra dicengkam. Lelaki yang membeli Azahra sudah disuruh Fakhril untuk menunggu disebuah hotel. Jika dia terlambat menghantar lain pula jadinya. Ini bisnes.

"Lepaskan tangan Zahra, Abang! Zahra tak nak! Jangan buat Zahra macam ni."

Azahra keraskan kaki dari melangkah. Dia cuba melawan dengan menggigit tangan Fakhril. Bila berjaya lepas dia berlari sekuat tenaga. Maki hamun dan sumpah seranah Fakhril kuat terdengar dari belakang. Dia dikejar oleh Fakhril.

Pin! Pin!

Dia elak sebuah kereta. Tapi Fakhril yang mengejar tersekat. Menbentak-bentak pada kereta putih yang menghalang dia daripada mengejar larian Azahra.

"Siap kau perempuan. Aku jumpa kau aku cincang lumat kau. Tak guna!"

Azahra masih berlari. Mengesat sisa airmata yang masih mengalir dipipi. Tubuhnya terhumban jatuh kebawah akibat rempuhan kuat dari depan.

"Shit!!" Megat Tajul menyumpah. Dada liatnya digosok.

"Kau buta ke? Tak nampak aku berdiri dekat sini?!" hambur lelaki itu marah. Perempuan yang menyembah jatuh dibawah kakinya dipandang tajam.

"Ma-maaf."

Megat Tajul mendengus. Dia pergi tanpa membantu.

"Encik, tolong Zahra." suara sendu penuh permohonan itu berjaya menghentikan gerak kaki Megat Tajul. Perempuan yang masih tidak bangun itu dikerling. Keningnya terangkat.

"Tolong Zahra Encik. Zahra nak balik kampung." pohon Azahra hiba. Tidak terbayang apa yang akan terjadi kalau dia masih tinggal disini. Dikota besar Kuala Lumpur dan dirumah Julia.

Megat Tajul amati tubuh kurus yang terdedah itu.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Zahra dijual. Bukan kehendak Zahra Encik. Zahra kena perangkap." Ngongoi Azahra.

Dari tadi mengamati baru Megat Tajul ingat. Ini adalah perempuan yang sama menjerit-jerit didalam kelab tadi. Perempuan murah yang dia labelkan dalam hati.

"Mana pembeli kau?"

Tiga jari naik menekan kepala. Rasa pening akibat tegukan alkohol baru terasa. Namun untuk mabuk bukan diri Megat Tajul. Dia seorang peminum yang kuat. Setakat segelas Vodka dan beberapa gelas bir tak membuatnya jatuh.

"Dia.. Zahra lari."

Bibir Megat Tajul mendesah berat. Perempuan yang entah boleh dipercayai atau tidak itu dipandang selama beberapa minit. Ini bukan hal dia. Masuk campur urusan orang lain bukan diri Megat Tajul.

"Aku tak boleh tolong kau. Dekat sana tu ada orang. kau pergi minta tolong diorang." Kemudian dia menyambung langkah.

Kepala yang masih berdenyut-denyut itu ditekan kuat. Pintu kereta Audi RS Q3 dibuka. Enjin dihidupkan sesaat menghela nafas.

Puk! Puk!

"Encik! Encik!!" Cermin kereta diketuk bertalu-talu. Azahra memanggil-manggil sambil sesekali merenung kebelakang. Perasaan takutnya menyelinap. Bayang Fakhril yang menyumpah seranah bersama wajah bengis terlintas.

"Encik, tolong Zahra!"

Stereng kereta dicengkam. Rayuan dari perempuan itu sayup-sayup kedengaran. Wajah yang berlinangan airmata itu direnung tajam. Megat Tajul buka pintu kereta dan keluar.

"Encik, tolong Zahra.."

Lengan Azahra dicengkam. Tubuh dia ditarik. Pintu kereta dibuka lalu belakang tubuhnya dihumban masuk kedalam kereta. Kepala Megat Tajul pening. Semakin pening bila suara dan tangisan memohon perempuan itu mengisi telinga.

Sial!

Tajul tak tahu apa yang dia buat sebenarnya?

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now