BAB (3)

2K 51 0
                                    

AZAHRA bawa bakul pakaian kotor ke tepian sungai .Selesai membasuh--dipertengahan jalan dia terserempak dengan Julia. Kawan satu sekolahnya dahulu. Disebelah Julia ada seorang lelaki.Kacak dan berpenampilan kemas. Azahra tahu Julia jarang balik ke kampung kerana bekerja di kota besar Kuala Lumpur.

"Zahra, kau ke tu? Kenapa lain benar aku tengok kau sekarang. Tubuh kau dah makin kurus dari dulu." teguran Julia dibalas senyum nipis Azahra.

"Julia, bila balik? Dah lama Zahra tak tengok Julia dekat kampung."

Sikap ramah Julia memang selalu buat Azahra selesa. Sedari dulu lagi mereka berkawan. Namun tak rapat. Sebab Julia disekolah lebih popular berbanding dia yang pendiam.

"Semalam aku balik. Esok dah nak gerak ke KL. Eh, lupa pula. Ini aku kenalkan kawan aku Fakhril."

Lelaki disebelah Julia menghulurkan tangan. Malu-malu Azahra membalas. Menunduk sekejap bila tertangkap merenung wajah kacak lelaki itu. Entah kenapa dada dia berdebar bila tangan saling bertaut.

"Fakhril." Perkenal Fakhril sambil mengulas senyum.

"Err.. Azahra."

Tangan mereka masih dalam genggaman. Mata Fakhril tidak lepas mencuri tatap pada gadis yang cukup cantik bagi ukuran anak perempuan dalam kampung. Walaupun kulitnya tidak cerah, namun kening dan alis mata gadis itu cukup lebat. Diserikan pula dengan bibir peach pink semulajadi tanpa pewarna lipstick. Julia yang selalu bermake up tebal pun boleh kalah.

Dehem keras Julia merentap suasana yang baru nak bertukar romantik. Cepat-cepat Azahra keluarkan tangan dari genggaman Fakhril. Malu menerpa. Merona merah pipinya. Panas membahang mencengkam telinga.

"Cantik betul kawan kau Jul." bisik kecil Fakhril ditelinga Julia mengundang ketawa kecil. Sempat Julia berbisik.

"Kalau kau nak aku boleh atur."

Fakhril pula ketawa. Lebih keras sampaikan pandangan Azahra jatuh kearah pasangan yang melemparkan bisikan tanpa mampu dia dengar.

"Boleh. Tapi kau kena bawa dia ke KL dulu."

Kening Julia terangkat sebelah. Tahu sangat Fakhril sebenarnya ingin bermain-main saja. Bukannya serius.

"Itu senang saja. Janji kau boleh pikat dia. Biar dia sangkut dengan kau dulu baru aku boleh bawa dia ke sana. Kau nak enjoy kan? Sure. Aku boleh atur untuk kau. Jangan panggil aku Jul kalau aku tak mampu nak buat."

Fakhril bergumam perlahan.

"Okay."

"Zahra kalau kau tak keberatan jomlah ikut kami makan. Kebetulan aku tadi nak makan dekat warung Kak Tehah. Dah lama tak makan masakkan kampung. Perut ni rasa mengidam pula." ajak Julia selepas bisikan mereka usai.

Selain itu ada rancangan baik yang mereka sedang atur. Kalau Azahra bodoh cepat saja perempuan kampung ini masuk perangkap.

"Tak apalah Julia. Aku takut Mak Teh marah. Kau pergilah dengan Abang Fakhril. Terima kasih sudi ajak aku sekali."

"Mak cik Rodhiah tu jahat lagi ke dengan kau? Aku ingat dia dah insaf bila usia dah lanjut. Rupa-rupanya masih macam tu juga. Tak takut nak mati ke orang tua tu."

Sedikit sebanyak Julia tahu pasal Rodhiah yang melayan Azahra macam bukan sedara. Banyak desas desus dari orang kampung yang mengutuk dan membela perbuatan Rodhiah. Julia jelas-jelas mengutuk.

"Aku kan cuma menumpang. Tak apalah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum Julia, Abang Fakhril."

Azahra berlalu ketika mendengar salam dijawab oleh dua orang itu. Dalam hati sebenarnya dia mahu menerima ajakan dari Julia. Tapi kalau Rodhiah tahu dia yang akan sakit berkali-kali lipat.

Luka semalam pun masih berbekas kesan libasan tali pinggang Rahmat, suami Rodhiah. Puncanya kerana Rahmat mengatakan dia yang mengadu pada Rodhiah pasal duit simpanan Rodhiah yang hilang dalam tin biskut. Padahal dia tak tahu menahu tentang itu kalau bukan Rodhiah yang mengamuk dan membentak-bentak Halim.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now