BAB (6)

1.6K 42 0
                                    

PIPI Rodhiah ditampar. Rahmat yang sedari tadi menunggu kepulangan sang isteri sudah bersiap sedia memberikan sepakan dan tendangan. Hati tua dia sakit bila Rodhiah halang dirinya daripada makan. Selebihnya dia mahu ajar Rodhiah supaya takut dengannya.

"Kau dah gila ke?!" tempik Rodhiah lantang. Pijar dipipi kanan dia pegang. Rodhiah terkam Rahmat seperti orang kesetanan.

Halim yang melihat mengigit kukunya dengan tubuh mengiggil. Manakala Azahra seakan putus nafas melihat pertengkaran adu tangan yang suami isteri itu lakukan.

"Kau tu yang gila. Kau cakap apa dekat budak Zahra tu? Kau larang aku makan? Hei perempuan tua bodoh, sedar sikit. Rumah yang kau menumpang ni tapak rumah aku. Gerannya atas nama aku. Semua benda yang ada dalam rumah ni hak milik aku. Kau tak boleh nak larang aku makan dekat rumah aku sendiri. Tak sedar diri!" Leher Rodhiah dicekik.

"Ini aku nak ingatkan kau. Jangan nak tunjuk diri kau lebih hebat dari aku kalau kau tak nak aku ambil semua harta benda kau. Aku tahu mana tempat kau simpan barang-barang kemas kau tu."

Cekikan dilepaskan. Rahmat seluk poket seluarnya dan tunjukkan dua utas rantai leher emas didepan wajah Rodhiah. Membuntang besar mata Rodhiah. Menjerit histeria dia mahu merampas kalung emas itu dari tangan berkedut Rahmat.

"Kau binatang! Mana kau dapat rantai tu? Bagi balik! Itu rantai aku. Jangan cuba-cuba kau nak jual rantai aku untuk kau berjudi. Itu milik aku! Bagi balik! Bagi balik aku cakap!!" Rodhiah meronta. Rahmat ketawa jahat.

"Halim. Pegang Mak kau. Aku nak ambil gelang emas yang ada dekat tangan dia."

Mata Rahmat turun ke pergelangan tangan Rodhiah. Seperti yang disuruh Halim pegang tubuh gempal Rodhiah. Tahan sedaya upaya sehingga tiga utas gelang yang melingkar sudah berpindah ketangan Rahmat.

"Zahra, tolong aku! Kau buat apa dekat situ hah?! Datang sini tolong aku! Jahanam kau Rahmat! Dasar bedebah!" Amuk Rodhiah.

"Halim, untuk kau. Pergi jual. Beli barang yang kau nak tu. Hisap banyak-banyak. Kalau tak cukup ambil harta Mak kau lagi."

Halim ikut ketawa. Azahra terpaku. Tak terdaya nak menolong kerana Rahmat sudah berikan amaran dari awal supaya duduk diam kalau tidak ingin diapa-apakan.

"Anak beranak binatang! Aku lapor kau pada polis. Biar meringkuk korang dalam penjara."

Rahmat marah. Muka Rodhiah ditampar berkali-kali sehingga berdarah.

"Kau berani lapor polis aku bunuh kau Rodhiah."

Azahra pekuk mulut. Tidak sangka Rahmat boleh berkata begitu.

"Kau.. kau binatang!!"

Rodhiah menjerit. Menendang-nendang tubuh Rahmat yang semakin mengundur ke belakang. Ditimbang-timbang emas yang ada ditangannya dan ketawa terbahak-bahak. Selepas itu kelibat keduanya hilang ditelan dinding kayu. Rodhiah jatuh terduduk. Berteriak dan menyumpah.

"Mak Teh-"

"Dasar perempuan bodoh! Tadi aku suruh kau buat apa hah? Aku suruh kau jaga barang-barang aku kan?Kenapa dua ekor keparat tu boleh ambil barang kemas aku? Kau pergi mana?!"

Rambut Azahra ditarik-tarik. Rodhiah lampiaskan kemarahan pada gadis itu.

"Zahra tak tahu Mak Teh."

"Apa yang kau tahu? Sekarang kau keluar! Kau keluar dari rumah aku!Keluar!!" Tubuh Azahra diangkat. Diheret dan dihumban ketanah.

"Mak Teh, jangan halau Zahra. Kesian kan Zahra Mak Teh."

Kepala Azahra jatuh menyemban dikaki Rodhiah. Sekali lagi dia diheret dan dihumban kebawah.

"Aku tak nak bela kau lagi. Sekarang kau berambus. Pergi dari sini!! Pergi!"

Berdebam!

Pintu dibanting. Terhinjut bahu Azahra.

"Mak Teh tolong Mak Teh. Zahra dah tak ada tempat lain nak pergi lagi. Kesiankan Zahra Mak Teh.."

Tenaganya melemah. Ketukan pada pintu tidak dibuka sama sekali. Sehingga menginjak kemalam dia masih berusaha meminta belas Rodhiah.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now