BAB (5)

1.7K 41 1
                                    

TUDUNG saji dihempas kebawah. Rahmat dengan mata merahnya kerana tidak cukup tidur menonong mencari kelibat Azahra, anak saudara tiri Rodhiah. Jumpa budak tak guna tu terus saja Rahmat tarik belakang tengkuk dan cengkam sekuat tenaga.

Dihantuk kepala Azahra ketiang dinding. Dirasakan belum puas,disepak pula badan kecil Azahra yang mengerekot.

"Mana makanan hah?! Aku balik sebab aku lapar. Sebutir nasi pun tak ada. Kau buat apa dalam rumah ni?Goyang kaki?"

Kaki Rahmat naik menunjal-nunjal perut Azahra. Jerit pekik dari bibir Azahra tidak dipedulikan. Selagi hati dia belum puas selagi itu dia akan seksa perempuan ni.

"Bukan salah Zahra Pak Teh. Mak Teh yang tak bagi Zahra masak." suara Azahra tersekat-sekat dengan airmata.

"Mak Teh kau tak bagi masak? Kau jangan nak tipu aku."

Mata Rahmat mencerlung tajam.Kaki dia tak lagi menendang Azahra. Terhenti bila bibir yang sedikit robek dihujung itu berkata-kata dengan sedu sedan.

"T-tak.. Zahra tak berani nak tipu Pak Teh. Mak Teh yang larang Zahra masak. Jangan pukul Zahra lagi Pak Teh. Zahra sakit."

Rambut Rahmat yang panjang itu diraup kebelakang. Pintu terbuka. Muncul Halim dengan langkahnya yang terhuyung-hayang menaiki rumah.

"Kau pergi mana Halim?" tegur Rahmat datar.

"Eh, ayah? Baru balik? Macam mana judi? Menang tak? Halim nak duit ni. Barang Halim dah habis. Ayah cakap kalau menang nak bagi Halim separuh kan? Mana duitnya? Jangan ingkar janji Ayah. Tuhan tak suka."

Loya tekak Rahmat mendengar nama Tuhan disebut-sebut Halim. Bila pasal duit saja tahu pula sebut nama Tuhan. Pasal lain haram. Hukum hakam agama pun dilanggar. Sama macam dia.

"Aku kalah. Duit yang aku curi dalam tin Mak kau habis lesap. Satu sen pun aku tak dapat. Sekarang ni perut aku lapar. Balik rumah ingatkan boleh makan. Sebutir nasi pun tak ada. Mak kau sekarang dah makin kurang ajar dengan aku. Dia balik nanti tahulah macam mana aku nak ajar dia. Dia nak lawan aku sangat kan. Kau tengok Halim lepas ni. Aku ajar Mak kau tu."

"Apa? Kalah lagi? Kalau tahu macam tu lebih baik Halim ambil separuh duit tu buat beli barang Halim. Menyesal Halim laburkan dekat Ayah. Sekarang ni macam mana? Halim dah tak tahan ni. Barang Halim dah seminggu habis. Semalam pun Halim berhutang dengan kawan. Ingat hari ni boleh bayar."

"Macam mana apa? Menatang tu dah buat kau punah. Kau hisap benda tu bukannya boleh buat hidup kau kaya. Lain lah macam aku. Judi tu kalau aku menang berkepuk-kepuk duit aku boleh dapat."

Halim mencebik. Azahra yang mengerekot dibawah kaki Rahmat dipandang sepintas lalu.

"Ayah pukul budak ni lagi? Semalam Ayah dah libas dia dengan tali pinggang. Hari ni Ayah buat apa pula sampai dia terbaring dekat situ?"

"Kau pekak ke? Aku cakap tadi aku balik sebab lapar. Bawah saji tu satu makanan pun aku tak nampak. Budak ni pula ikut saja perempuan bodoh tu arah. Dah! Sekarang kau bangun. Pergi masak nasi untuk aku dengan anak aku."

Hujung kaki dikuis kebadan Azahra. Rahmat bergerak duduk atas kerusi rotan.

"Mak Teh dah larang Zahra masak. Zahra takut Pak Teh." gumam Azahra perlahan.

"Jadi sekarang ni kau lebih takutkan aku ke kau lebih takutkan perempuan bodoh tu? Kalau kau tak nak masak aku heret kau masuk bilik. Aku rogol kau Zahra. Biar aku dengan anak aku gilir-gilir rasa pucuk muda macam kau. Aku tak peduli kalau Rodhiah tu nak meroyan macam orang gila sekalipun. Kau pilih. Nak yang mana satu?" ugut Rahmat dengan pandangan meliar.

Halim yang ikut mendengar tersenyum-senyum miang. Dah lama dia nak rasa badan Azahra. Kalau bukan Rodhiah yang selalu beri amaran supaya tak sentuh Azahra, dari dulu lagi dia dah heret perempuan ni masuk bilik.

Airmata Azahra tumpah. Dengan langkah terhinjut-hinjut dia bergerak kedapur. Menanak nasi dan menumis sayur kangkung. Ugutan dari Rahmat lebih menakutkan daripada peringatan Rodhiah tengah hari tadi. Rahmat dan Halim lelaki, mana mungkin dia berani melawan. Apatah lagi kalau digabungkan kudrat kedua-duanya.

Ya Allah! Zahra betul-betul tak tahan. Dia nak lari. Tapi kemana? Tiada siapa yang sudi ambil dia selain Kamilah. Dia nak lari jauh. Sejauh mungkin dari Rodhiah dan keluarga Rodhiah.

DERITA AZAHRA ( Ebook)Where stories live. Discover now