"ENCIK.."
Masuk-masuk saja Megat Tajul sudah disergah dari depan. Kus semangatnya sebentar. Hampir melompat dia kerana terkejut. Perempuan sama yang semalam dia heret masuk ke Penthouse miliknya masih berdiri tegak dengan mata terkebil-kebil.
"Kau kenapa hah? Nak suruh aku mati cepat? Apa lagi kau buat dekat rumah aku ni? Keluarlah! Mana ada aku kurung kau dekat sini."
"Saya tunggu Encik."
Terdiam seketika Megat Tajul. Dia bergerak mengantung kunci kereta didinding. Berjalan kedepan lagi dan menyarung selipar rumah berbulu hitam. Perempuan yang kata menunggunya tadi mengekor dari belakang.
"Itu baju dengan seluar aku kan?"
Mata lelaki itu memicing tajam. Baru perasan pakaian yang tersarung ditubuh wanita itu adalah pakaian yang terdapat dalam almari bajunya.
Azahra garu kepalanya sebelum mengangguk mengiyakan. Dia berdiri sementara lelaki yang bertanya itu sudah melabuhkan duduk.
"Siapa izinkan kau sentuh barang-barang aku? Mana baju yang kau kata nak jahit tu? Kenapa kau tak sarung yang tu saja?"
"Saya nak jahit. tapi tak jumpa jarum dengan benang." jawab Azahra jujur. Tshirt besar yang seharusnya lengan sebatas bawah bahu itu menjadi tiga suku bila dipakai olehnya. Begitu juga dengan seluar yang melebihi ukuran tinggi kakinya.
"Lepas tu kau curi pakaian aku tanpa izin?!"
Azahra menekur pandangan pada lelaki yang baru saja menyilangkan kakinya itu.
"Saya tak ada pakaian lain."
"Aku tahu!" bentak Megat Tajul.
"Encik ada duit? Saya nak tambang bas balik ke kampung." usai saja berujar pandangan Azahra jatuh menunduk.
"Tahu pula kau meminta-minta. Pagi tadi bukan main angkuh taknak terima."
"Saya terpaksa.." tutur Azahra perlahan.
Senyum Megat Tajul sinis.
"Berapa kau nak?"
"Seikhlas Encik. Saya cuma nak beli tiket bas."
Dompet dibuka. Megat Tajul tarik semua not bewarna ungu yang berada didalamnya. Dicampak kasar keatas meja bulat jenis kaca sehingga beberapa keping not terjatuh kebawah menyentuh hujung kaki Azahra.
"Sekali dengan bayaran yang kau tolak tadi. Ambil semua."
Azahra menunduk. Sekeping not yang bernilai seratus ringgit diambil dari bawah kakinya.
"Ini saja." Kemudian diselit masuk kedalam poket seluar.
"Ambil semua!"
Azahra geleng. Tak tertarik ataupun gelap mata walaupun ini kali pertama dia tengok duit sebanyak itu dicampakkan depan matanya.
"Ambil semua kalau kau tak nak tengok aku bakar duit tu jadi abu." Sekali lagi Megat Tajul menekan kata.
"Itu hak Encik."
Megat Tajul berang.
"Berapa tarif kau dalam satu malam? Seratus ringgit? Perempuan lorong pun bayaran yang diorang letak lebih mahal daripada kau."
"Encik boleh cakap sebab Encik tak kenal saya."
"Siapa yang sudi nak kenal pelacur macam kau? Perempuan kelab malam bukan perempuan baik-baik."
Azahra kemam bibir. Lagi-lagi terpaksa menahan sakit kerana dianggap hina. Ramai manusia berhati jahat dikota besar ini. Semuanya ternyata lebih jahat dari Rodhiah.
Kalau masa depan boleh diramal dia tidak sudi jejakkan kaki ke sini. Di ibu negara Kuala Lumpur.
"Saya minta diri dulu."
Perlahan saja dia mengorak langkah. Rasa sakit dicelah pahanya masih belum surut. Tak meringis kerana dia mahu tampak kuat.
Kalau balik kekampung siapa yang akan memberi tumpang dirinya? Rodhiah sudah menghalau dia. Wanita tua itu tidak sudi lagi menanggung makan minumnya.
Padahal Azahra baik. Kenapa dia disakiti tanpa henti? Tuhan tidak adil mengatur hidupnya.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...