"ABANG Fakhril kenapa Zahra ke sini? Julia mana? Tadi Julia cakap dia nak bagi Zahra kerja."
Azahra gugup. Fakhril membawa dia ke tempat yang hiruk pikuk dengan dentuman muzik. Dikelilingi oleh manusia-manusia yang saling bermesraan.
Dia sudah mula takut.
"Tenang. Kejap lagi Julia pun datang. Tapi sebelum tu Abang nak Zahra tukar baju dulu. Boleh?"
"Zahra dah pakai baju Abang Fakhril. Zahra tak selesa dekat sini. Kita balik sekarang boleh tak bang?"
Fakhril mengutuk dalam diam. Azahra dibawa ke sebuah bilik. Tidak berselang lima minit muncul Julia bersama beg ditangan. Fakhril berpapasan dengan Julia dipintu. Berniat ingin keluar kerana Julia sudah sampai.
"Setengah jam lagi kau bawa dia keluar. Pastikan Zahra pakai baju yang kau bawa tu." bisik Fakhril perlahan.
"Aku tahulah."
Bunyi pintu ditutup terdengar. Azahra yang sedang duduk gelisah atas kerusi didekati. Julia tarik gaun bertali halus yang dibelinya sejurus tadi. Diletakkan gaun bewarna merah pekat tersebut bersebelahan Azahra.
"Julia cakap nak bawa Zahra cari kerja. Tapi sekarang kenapa Zahra ada dekat sini? Zahra takut Julia."
"Kerjalah ni. Tak apa kau pakai baju ni dulu. Kejap lagi aku bawa kau keluar."
Azahra geleng. Gaun tersebut hanya dipandang tanpa bersambut. Seumur hidup belum pernah lagi dia kenakan apa-apa pakaian berbentuk gaun. Apatah lagi seksi sampai begitu sekali.
"Zahra, ini kerja. Kau kena profesional. Bos marah nanti kalau kau tak ikut tatacara pemakaian. Kau nak kerja kan?"
Azahra angguk.
"Dahtu kau pakailah. Dekat KL ni kau tak boleh bergaya lusuh. Mana-mana tempat pun tak kan ambil kau bekerja kalau diorang tengok pakaian buruk kau ni."
T-shirt dan skirt kembang yang tersarung ditubuh dia memang lusuh. Semasa ke Kuala Lumpur baju-baju usang yang berada didalam rumah Rodhiah tidak diambil. Ini jugalah baju yang dia sarung ketika Rodhiah menghalaunya.
Saat menginap dirumah Julia pula,dia ada diberikan beberapa helai baju dan seluar. Tapi semuanya dibasuh. Tinggal ini saja yang tersisa. Fakhril pula datang ke rumah Julia dan menyuruhnya bersiap-siap agak tergesa-gesa.
"Zahra tak pernah pakai baju macam tu."
"Dah lah Zahra. Kau jangan nak banyak songeh boleh tak? Aku ni penat. Nak melayan kau lagi, nak melayan pelanggan-pelanggan aku lagi. Kalau kau betul-betul nak kerja kau pakai. Kalau kau tak nak kau boleh blah. Aku tak kan tumpangkan kau dekat rumah aku lagi kalau macam ni gaya kau. Tak kan seumur hidup biaya makan tidur kau aku yang kena tanggung." bentak Julia.
Airmuka Azahra berubah. Bibirnya diketap bila Julia berkata begitu. Airmatanya jatuh. Sungguh dia tidak ingin membebani sesiapa. Lebih-lebih lagi Julia yang sudah banyak menolong.
Lambat-lambat tangan bergerak mengambil gaun yang Julia letakkan.
"Salin dekat sana. Tolak tirai tu."
Punggung dihempas ke sofa. Julia bersilang kaki dengan gaya berpeluk tubuh. Anak mata mengekori ayunan kaki Azahra yang sudah masuk untuk menukar pakaian.
Tangan Azahra terketar-ketar menarik tirai saat selesai berpakaian. Gaun yang disuruh pakai oleh Julia sungguh menjolok pandangan. Ini memalukan. Bahagian dada terbuka sangat luas. Menampakkan belahan ditengah-tengah. Lengan dan betis sepenuhnya telanjang. Gaun ini hanya sebatas atas lutut. Ketat sehingga bentuk punggung dia menjadi padat.
"Not bad. Sesuai dengan kau. Jom, aku bawa kau ke luar." Siku lengan Azahra ditarik. Tubuh Fakhril terlihat diantara kerumunan orang ramai. Mereka berdua kesana saat tangan Fakhril melambai-lambai.
Azahra berjalan kerana ditarik. Beberapa pasang mata lelaki meliar padanya. Menambah rasa tak selesa dihati dia.Julia biasa-biasa saja.
"Aku tinggalkan Zahra ni dengan kau. Pelanggan aku dari tadi dah menunggu. Apa-apa hal kau jangan ganggu aku malam ni. Pelanggan aku kali ni VVIP."
Fakhril angkat tangan. Menyuruh Julia pergi saja.
"Ingat bayaran yang kau dapat tu kita bagi separuh-separuh. Jangan tamak bila dah nampak duit berkepuk-kepuk." pesan Julia lantas berlenggang pergi tanpa menjeling pada Azahra sedikit pun.
"Zahra kerja apa Abang? Kenapa Julia suruh Zahra pakai macam ni?"
Fakhril menoleh. Merenung sejenak pada penampilan Azahra yang nampak lain.
"Ikut Abang. Kejap lagi Zahra mesti akan dapat kerja. Percaya kata Abang."
Senyum licik Fakhril tersunggil. Azahra mengangguk kerana betul-betul percaya. Malangnya Azahra tidak sedar sesuatu, manusia-manusia yang berada didepannya sekarang adalah manusia yang memakai dua topeng.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...