JULIA sipitkan mata. Fakhril yang mengekori juga ikut berkerut. Diatas tanah meringkuk badan seorang perempuan. Tepat didepan rumah Rodhiah.
Kedatangan mereka kesini kerana ingin bertemu dengan Azahra. Fakhril yang mahu berjumpa. Katanya untuk memulai rancangan memikat dan memujuk Azahra ke kota besar.
Julia membungkuk. Teragak-agak mahu menyentuh. Bila bahu lemah itu dibalik,bulat mata Julia. Begitu juga Fakhril.
"Ini Zahra. Kenapa dengan dia?"
Julia panik. Fakhril yang berdiri membungkuk seperti Julia.
"Kita bawa dia ke klinik." tukas Fakhril.
"Jangan. Kau tak kenal Mak cik Rodhiah tu macam mana. Dia pantang kalau ada orang ambil tahu pasal anak sedara dia. Kau tunggu kejap. Biar aku ketuk pintu rumah dia." Julia bangun.
"Kau angkat Zahra tu dulu."
Pintu diketuk. Julia berdiri cukup lama didepan. Menunggu kalau-kalau ada orang yang akan memunculkan diri.
"Ada orang ke tak?" Fakhril berdiri disebelah Julia. Buku tangan digunakan untuk mengetuk.
"Kita bawa Zahra pergi klinik sajalah. Aku rasa rumah ni tak ada orang."
Julia senyap. Pintu diketuk sekali lagi. Kali terakhir masih juga sama.
"Jom lah. Entah apa yang jadi aku pun tak tahu. Tak apalah. Kalau Zahra tu dah sedar kita boleh tanya dia saja."
Fakhril angguk.
"ZAHRA cakap apa dekat kau?"
Sibuk Fakhril bertanya bila Julia keluar dari bilik. Nak juga tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tadi pun semasa dia angkat Azahra ada beberapa kesan lebam yang ditangkap mata. Nampak membiru besar. Pasti sakit. Agaknya kes dera.
"Dia kena halau."
"Serius?"
Julia angguk.
"Kau tak rasa ini kesempatan kita ke Aril? Kau kan suruh aku pujuk Zahra ke KL? Apa kata kita gunakan kesempatan ni untuk ajak Zahra kesana?"
"Dia nak?"
"Aku belum cuba lagi. Tapi aku rasa dia mesti tak kan tolak. Sebab tadi dia cakap selain Mak cik Rodhiah tak ada siapa lagi yang boleh tumpangkan dia."
Fakhril nampak sedang berfikir.
"Okay."
"Kau mesti ada rancangan baik kan? Beritahulah aku. Mana tahu keuntungan tu kita boleh bagi-bagi. Aku pun ada usaha juga."
"Dah plan tapi belum tentu jadi. Ini stok perempuan kampung. Tapi kalau dia masih dara aku jamin kita boleh kaya serta merta."
Julia picingkan mata.
"Jangan cakap kau nak bertaruh macam kau buat dekat aku dulu?"
Julia kenal Fakhril di KL. Ketika itu dia masih gadis. Tak tahu kenapa dia boleh terpikat dengan Fakhril dan termakan kata manis lelaki itu.
Sebulan keluar bersama, Fakhril tiba-tiba jadikan dia bahan pertaruhan lelaki-lelaki kaya. Dari kalangan bangsawan pelbagai umur. Bertaruh dengan cara wang ringgit. Sesiapa yang paling tinggi meletakkan cek didepan Julia dialah yang akan menjadi orang pertama mencuba darah kegadisan Julia.
Kesiannya lagi Julia terpaksa pasrah bila daranya dipecahkan oleh seorang lelaki tua berkepala botak. Sempat dia membentak Fakhril kerana mempermainkan hatinya. namun bila Fakhril sodorkan wang tunai padanya keesokan hari, mata Julia terus gelap. Dalam satu malam dia boleh dapatkan 50 ribu ringgit dengan cara menjual dara. Itu cukup berbaloi.
"Itu saja cara paling menguntungkan untuk jadi kaya."
"Sekarang ni kau tak cukup kaya lagi ke? Duit yang kau dapat dari aku yang melayan lelaki-lelaki hidung belang tu selalu ke akaun kau dulu. Tak kan masih tak cukup." sindir Julia.
"Ini kesempatan Jul. Bila lagi kita nak manfaatkan perempuan macam Zahra tu kalau bukan sekarang."
"Okay.Kerja kau pikat dia dulu. Sama macam yang kau buat dekat aku dulu. Mulut kau kan manis. Kalah gula."
Dan rancangan mereka pun bermula. Hidup seorang gadis dipertaruhkan demi mengejar kemewahan duniawi.
YOU ARE READING
DERITA AZAHRA ( Ebook)
RomanceAzahra baik. Dia perempuan kampung yang dipergunakan kerana janji seorang sahabat. Berhijrah ke bandar dan ditipu. Dijanjikan pekerjaan namun maruah dia yang diperjualbelikan. Dikota besar itu dia meneruskan hidup. Dikota besar itu juga dia datang...